80

177 23 0
                                    

Selepas Shu Wu Ji menghantar dan menenangkan Wang He Lan dia bergegas ke bilik Sara. Pipit yang baru tiba dengan dari mengambil ubat dan Ann Di yang baru sahaja sediakan air mandi Sara berlari ke pintu.

"Ketepi!"suruh Shu Wu Ji. Ann Di dan Pipit menggelengkan kepala mereka. "Ketepi,"suruh Shu Wu Ji sekali lagi.

"Ge, Sara sedang berehat,"kata Ann Di seperti berbisik. Shu Wu Ji memerhatikan yang Ann Di seperti baru balik dari bilik mandi dan Pipit sedang memegang bungkusan ubat. Dia terus menolak kedua mereka ketepi. Dia masuk ke bilik dan melihat Sara sedang berbaring. Sara bangun sambil mata terpejam.

"Ann Di dah balik. Pipit bawakan aku ke bilik air!Aku penat,"kata Sara mengangkat kedua tangannya tetapi masih terpejam. Ann Di dan Pipit mengintai dari luar. Shu Wu Ji duduk dan mendukung Sara di belakangnya seperti yang dilakukan Pipit. Ann Di menampar dahinya. "Pipit, lepas ni kau pergi tengok Shu Daren dan cakap aku minta maaf ya?"ucap Sara masih terpejam dan memeluk leher Shu Wu Ji takut terjatuh. Ann Di menyiku Pipit supaya menjawab.

"Er..ya ya,"jawab Pipit.

"Shu Wu Ji, sayang...maafkan Sara ya,"kata Sara dalam mamai. Jantung Ann Di begitu berdebar-debar takut Sara sedar yang dia didukung oleh Shu Wu Ji bukannya Pipit. Ucapan Sara buat Shu Wu Ji menghentikan langkahnya dan dia berpaling pada Sara yang kemengantukan di sebelahnya. Dia menarik nafasnya. Perasaan marahnya berkurangan melihat Sara yang begitu keletihan.

"Aku sayangkan kau lebih dari nyawa aku Shuang er,"kata Shu Wu Ji perlahan tapi masih didengari oleh Pipit dan Ann Di. Ann Di menarik lengan Pipit untuk membiarkan sahaja Shu Wu Ji dan Sara berduaan.

"I know. Jangan marah dah ya?"kata Sara yang sebenarnya sudah tahu itu Shu Wu Ji dari awal. "Wo ai ni,"kata Sara lagi. Shu Wu Ji menghantuk kepalanya ke kepala Sara. "Auw!"Sara mengaduh sakit.

"Wo geng ai ni (i love you more),"kata Shu Wu Ji tersenyum dan terus mendukung Sara ke bilik mandi.

Keesokan harinya keadaan kapal menjadi normal kembali. Lebih 20 orang lanun terbunuh dan beberapa orang awam yang terkorban. Tetapi lanun-lanun itu dapat ditumpaskan. Sara sedang menikmati udara petang sambil melihat kanak-kanak bermain di dek.

"Zheng xiaojie,"panggil Zhen Hwang Di. Sara ketawa melihat Zhen Hwang Di di situ. Ann Di dan Pipit kehairanan kenapa Sara ketawa melihat tentera itu

"Jiangjun, perkenalkan ini Ann Di dan itu Pipit. Pipit Ann Di ini Zhen Hwang Di."

"Betul ke?"balas mereka serentak. Sara ketawa dan wajah Zhen Hwang Di kemerah-merahan menahan malu.

"Maafkan kami jiangjun. Kenapa kau di sini?" tanya Sara usai ketawanya.

"Panglima Armada minta Zheng xiaojie memeriksa laporan ini sebelum dihantar ke istana,"kata Zhen Hwang Di menghulurkan salinan laporan itu. Kebetulan Wang He Lan bersiar-siar di dek bersama pembantu Swee Lee dan Shu Wu Ji serta Ah Chan.

" Eh, itu Zheng Xiaojie,"tegur Wang he Lan."Dia telah menyelamatkan nyawa kita berdua," katanya lagi kepada Shu Wu Ji. Semua melihat ke arah Sara yang berkumpul bersama Ann Di dan Pipit.

"Silakan duduk jiangjun," kata Sara.

"Tak apa terima kasih," balas Zhen Hwang Di. Sara memandang lelaki sebaya Pipit ini atas dan bawah. 'A little cute but nerdy,' bisik hati Sara.

"Ini bukan permintaan," kata  Sara selamba. Pipit beralih sedikit dan Zhen Hwang Di duduk di sebelah Pipit.

"Apa yang ada pada dia yang membuatkan lelaki begitu terpikat?" tanya Wang He Lan. "Semalam pun ketua lanun itu terpedaya dengan senyuman manis Zheng xiaojie," tambah Wang He Lan. Ah Chan dan Shu Wu Ji berpandangan. "Shu daren, pada pendapat daren Zheng Shuang itu cantikkah?" tanya Wang He Lan tak semena-mena. Soalan itu membuatkan Shu Wu Ji terpempan.

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now