63

198 26 0
                                    

"Seriously, aku stressed!" jerit Sara selepas jauh meninggalkan Shu wu Ji dan Li yang Jian. Mereka semua berhenti melangkah bersama Sara. Sara bercekak pinggang. "Masalah demi masalah bila nak habis ni? Ha?!" tanya Sara. Ann Di, Xiao Lian dan Pipit saling bertukar pandangan.

"Err," baru sahaja Ann Di mahu menjawab terdengar ada suara yang memanggil.

"Mo Li Hua?" panggil suara itu. Xiao Lian menoleh dan dia terkejut kerana abang sepupu Mo Li Hua berada di situ dan mengenali Mo Li Hua biarpun sebagai lelaki. Xiao Lian menampar dahinya.

"Kau siapa?" tanya Sara keras. Xiao Lian langsung berbisik.

"Itu abang sepupu kau. Nalan piao ge," bisik Xiao Lian.

"Penting ke?" tanya Sara. Xiao Lian memandang Sara tidak percaya.

"Kau sepatut berkahwin dengan dia tetapi hubungan kalian ditentang keluarga," bisik Xiao Lian.

"Woah, aku gemuk pun dia suka?" tanya Sara ketawa kecil.

"kau dan dia dari kecillah. Xiaoye tak pernah kisah kau gemuk ke kurus," kata Xiao Lian.

"Oh, so sweet," sampuk Sara tersenyum sambil memandang lelaki tegap tinggi lampai di situ.

"Li Hua! Kau ni!" tegur Xiao Lian tidak senang hati dengan sikap main-main Sara.

"Relakslah. Aku nak main mata pun tak senang," bisik Sara. Xiao Lian menjegilkan matanya. "Wo ming bai le," bisik Sara lagi menjegil balik. Dia memandang lelaki itu dan tersenyum. 'Huih aku ni kat studio filem ke. Lelaki Hangzhou ni semua lawa-lawa ek?' soal Sara kepada dirinya sendiri.

"Li Hua," panggil Nalan Aisin sambil melangkah ke arah mereka.

"Gongzhi, kita saling mengenalikah?"tanya Sara.

"Li Hua, kau tidak kenal aku?"tanya Nalan kembali. Sara ketawa.

"Gongzhi, maafkan saya. Saya tidak kenal gongzhi. Kami pergi dulu," kata Sara mengangkat hormat.

"Xiao LIan,"panggil Nalan memandang Xiao LIan.

"Gongzhi, ini Xiao Liang bukan Xiao LIan," balas Sara.

"Tapi-"Nalan hilang kata-kata. Tetapi dia begitu pasti itu adalah Mo LI Hua.

"Ma Shang Wu," panggil Shu Wu JI dari belakang Nalan. Nalan menoleh.

"Shu Daren?" tegur Nalan. Shu Wu JI mengangkat hormat kerana dia mengenali Nalan. Nalan ialah seorang pegawai kerajaan yang bertugas sebagai salah seorang Majistret di situ.

"Majistret Nalan Aisin,"balas Shu Wu Ji. 'Cis, Shu Wu JI mengenalinya,'bisik hati Sara ada sedikit kesal di situ. "Kenalkan ini anak saudara Zheng gonggong Ma Shang Wu. Pewaris keluarga Zheng gonggong," kata Shu Wu JI mengenalkan.

"Maafkan saya Ma gongzhi," kata Nalan meminta maaf.

"Tak perlu," jawab Sara pantas. Ann Di menjeling tajam kepada Sara. Sara menjeling semula kepada Ann Di.

"Saya ingatkan Ma gongzhi adik sepupu saya Mo LI Hua. Saya sudah lama tidak bertemu dengannya. Sekali imbas saya ingatkan Ma gongzi LI Hua. Maafkan saya lagi sekali," kata Nalan mengangkat kedua tangannya tanda meminta maaf.

"Gongzhi," ucap Sara. Dia merasa kasihan melihat wajah Nalan yang begitu kecewa. Dia tentu sangat sayangkan Mo LI Hua.

"Ya, Ma gongzhi,"balas Nalan.

"Saya jarang ke sini apatah lagi mengenali orang di sini. Kalau Nalan Daren tidak keberatan, mahukah Daren minum teh bersama kami?"tanya Sara lembut. Lama Nalan memerhatikan wajah Sara. 'Begitu mirip dengan Mo LI Hua,' bisik hatinya. Dia memandang Shu Wu JI.

"Saya kebetulan tiada apa-apa yang rasmi untuk diselesaikan. Apa kata Ma Gongzhi, Shu Daren dan semuanya ikut saya ke kedai teh yang paling ternama ni sini. Di hujung pekan," ajak Nalan. Sara mengangguk dan mempersilakan Nalan menunjukkan jalan ke situ. Ann Di mencubit lengan Sara.

"Kau ni apahal?"bisik Sara memarahi Wu Hen atau Andrew atau Ann Di.

"Kau tu! Pantang tengok muka macam pelakon drama mulalah tu," balas Ann Di sambil berbisik. Sara mengalihkan wajahnya ke tempat lain. Shu Wu Ji juga merasakan yang Sara mengagumi Majistret Nalan ini dan itu buat dia rasa cemburu. Dia tidak boleh mengawal Sara kerana Sara adalah Ma Shang Wu di Hangzhao ini. Dia menjeling tajam kepada Sara dan Sara melihat pandangan Shu Wu JI. Berdiri bulu roma Sara melihat tenungan maut suaminya Shu Wu JI.

"Ma gongzi, kita sudah sampai," beritahu Nalan. Sara tidak dapat menghalang dirinya dari mengagumi Nalan kerana dia nampak seperti sungguh bijak dan saksama orangnya.

"Ya kah? Bagus, mari," balas Sara tersenyum. Kedai teh ini lain dari yang lain kerana mejanya diperbuat daripada marmar. "Wah, nampak begitu mahal kedai ini," tegur Sara sambil melihat dari lantai ke siling. Nalan ketawa.

"Kedai ini adalah milik seorang Peranchis yang berkahwin dengan orang tempatan," terang Nalan. Seorang pelayan berbangsa Peranchis datang menyambut mereka. "Ini Sean, ketua pelayan adik kepada Geoffrey pemilik restoran ini."

"Majistret Nalan," tegur satu suara. Mereka menoleh ke arah suara itu.

"Inilah Geoffrey pemilik restoran ini," beritahu Nalan.

"Comment allez-vous, Nalan," tegur Geoffrey.

"Je vais bien," jawab Nalan bersalaman.

"Ini," tanya Geoffrey.

"Ma Shang Wu, itu Shu Wu Ji," balas Sara.

"Bien venu," sapa Geoffrey.

"Merci boucoup. Ravi de vous recontrer (terima kasih dan selamat berkenalan)," balas Sara. Semua di situ merasa terkejut.

"Parles francais (Bercakap Peranchis)?"tanya Geoffrey terkejut. Sara ketawa.

"C'est tout ce que je sais ( Ini sahaja yang saya tahu)" balas Sara. Giliran Geoffrey dan Nalan pula ketawa.

"Apa yang mereka cakapkan ni?"tanya Xiao Lian kepada Ann Di berbisik. Ann Dia tersenyum.

"Kalau begitu, marilah ikut saya. Saya bawa ke meja yang paling istimewa," kata Geoffrey. Nalan memandang Sara dan dia menyenangi Ma Shang Wu. Ada sesuatu yang mengatakan lelaki budiman ini bijak orangnya. Mereka duduk di satu meja panjang dan menghadap terusan yang cantik berlatar belakangkan pergunungan.

"Wow, cantik sungguh pemandangan," puji Sara.

"Sila duduk, pelayan akan menghantarkan makanan," beritahu Geoffrey meminta diri.

"Saya sukakan tempat ini," kata Sara kepada Nalan.

"Na, kalau suka, bolehlah Ma gongzhi ke sini lagi," kata Nalan. Shu Wu JI hanya memerhatikan sahaja Nalan.

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now