18

272 30 0
                                    

Setelah tiga minggu kediaman Keluarga Li menjadi seperti biasa setelah Li Yang Jian pulih dari demam campak. Sara menjaga Li Yang Jian sebegitu baik hinggakan parut2 hilang kesemuanya. Pagi yang agak mendung dan hujan renyai mula membasahi bumi. Sara berdiri di tingkapnya. Dia sukakan situasi itu. Bau rumput yang segar dibasahi hujan udara pula nyaman. Terasa kelegaan kerana tiga minggu yang sangat sibuk dan kritikal. Dia menggeliat dan menghela nafas panjang.

"Li Hua," tegur Xiao Lian. Sara berpaling. "Laoye dan Da Nyangzi panggil mengadap," beritahu Xiao Lian. Sara mengeluh.

"Nak apa lagi mereka ini?" tanya Sara perlahan. Dia masih tidak berganjak dari situ.

"Li Hua," panggil xiao Lian. Sara mengerling kepada Xiao Lian.

"Kau saja wakilkan boleh? Badan aku ni masih keletihan," balas Sara tersenyum. Xiao Lian menggelengkan kepalanya. Sara mengeluarkan keluhan berat. Dia tiada mood hendak berjumpa sesiapa pun hari ini.

"kita mesti pergi cepat Li Hua. Cepat pergi cepat selesai," pujuk Xiao Lian.

"Betul! Kau cakap betul,"kata Sara." Ayuhlah, "kata Sara setuju.  Dia dan Xiao LIan beriringan ke rumah besar. Sesampai sahaja di situ, semua orang sedang menikmati minum teh pagi. Han Mei dan Yuan Yuan juga berada di situ. Lao Furen yang sedang menikmati buah-buahan di piring tersenyum melihat Sara melangkah masuk ke ruang makan itu. 

"Selamat pagi Zumu, Tiye, Nyang, Daren," tegur Sara ceria. Dia melihat Yuan Yuan dan Han Mei berdiri dan menunduk hormat. Dia anggukkan sahaja.

"Hua er," tegur Da Nyang zi. Dia pergi mendapatkan Sara dan membawa Sara ke meja makan untuk duduk bersama. Selepas Sara mengambil tempat, Xiao Lian menuang teh ke cawan. 

"Terima kasih Xiao Lian," kata Sara. Semua yang berada di situ terkejut kerana Sara mengucapkan terima kasih kepada Xiao Lian seorang orang gaji. "Kenapa semua macam terkejut ni?"tegur Sara hairan. Lao Furen tersenyum melihat Sara. 'Hua er ini memang seorang yang bertimbangrasa,'fikirnya.

"Hua er, Nyang nak ucapkan terima kasih kerana menjaga Jian er."ucap ibu mertuanya. Sara menggelengkan kepalanya.

"Sudah menjadi tugas Hua er," jawab Sara. Da Nyangzi tersenyum kepadanya dan mengalihkan pandangannya kepada suaminya.

"Hua er, sememangnya jasa kamu mesti dihargai," kata Li Laoye.

"Tak perlu, tiye. Hua er buat tanpa mengharap apa-apa balasan," balas Sara. Li Yang JIan terasa hatinya tersentuh dengan kata-kata itu kerana selamanya dia tidak pernah hendak mengenali apatah lagi menghargai Mo Li Hua sebagai isteri rasminya.

"Hao, Haizi," panggil Lao Furen. "Zumu pun bersependapat dengan Tiye dan Nyang kamu," kata Lao Furen lagi. Yuan Yuan berpandangan dengan Han Mei. Mereka hanya dapat mendiamkan diri mereka. 'Mo LI Hua, kau ingat kau boleh mendapatkan perhatian err lang dengan berbuat begini?'desis hati Yuan Yuan. Hatinya begitu sakit ketika itu. 

"Na, apakah hadiah yang kamu mahukan?"tanya Li Laoye. Sara melihat sahaja wajah ayah mertuanya, kemudian pandangannya beralih kepada ibu mertua dan Lao Furen. Dia langsung tidak mengendahkan Li Yang JIan, Yuan Yuan atau Han Mei di situ.

"Na, jika Hua er minta dua hadiah bolehkah Tiye?"tanya Sara. Li Laoye menganggukkan kepalanya. "Baiklah yang pertama, Hua er, minta izin untuk pulang ke rumah keluarga Mo,"lancar sahaja permintaan Sara. 

"Boleh, tiye izinkan. Apakah yang kedua?"tanya Li Laoye.

"Jadikan Yuan Yuan isteri rasmi rumah ini,"jawab Sara. Li Lao Ye dan Li Yang Jian hampir tersembur ketika meminum teh. Semua yang berada di situ amat terkejut dengan permintaan tidak semena-mena Sara.

"Hua er!"tegur Lao Furen. Li Yang JIan juga merasa amat terkejut dengan tindakan berani Mo Li Hua. "Zumu tidak izinkan!"kata Lao Furen dengan lantang. Sara pergi kepada Lao Furen dan merendahkan dirinya di sisi Lao Furen. Dia memegang tangan wanita matang itu. Dia memandang Lao Furen yang runsing dan masih tidak berpuas hati dengan permintaan Sara.

"Zumu, Hua er tahu Zumu tidak mahukan ini. Tapi Zumu, cuba tengok Yuan Yuan. Dia sangat sayangkan Daren. Dia layak menjadi isteri rasmi rumah ini," pujuk SAra. Yuan Yuan yang agak terkejut dengan tindakan Sara melihat sahaja Sara memujuk Zumu.

"Tapi Zumu sudah berjanji dengan ayah kamu," balas Lao Furen.

"Zumu berjanji untuk memberi kehidupan lebih baik kepada Hua er dan akan pastikan Hua er bahagia bukan?"tanya Sara. Bergenang airmata wanita tua itu. "Zumu sudah pun menunaikan tanggungjawab itu, Hua er sangat rasa bahagia sebab Zumu sayangkan Hua er sampai bila-bila," kata Sara masih memujuk. Li Yang Jian merasa agak panas kerana cara Mo LI Hua berbicara seperti dia tidak wujud di situ. Lao Furen hilang kata-kata apabila melihat cara Sara berbicara di hadapannya. Kematangan Mo Li Hua terserlah ketika itu. Mo LI Hua bukanlah seorang gadis yang tiada pendirian, pendiam dan sentiasa menangis. Lao Furen menyentuh wajah Sara.

"Betul ke ini yang kamu mahukan?"tanya Lao Furen lembut. Sara menyentuh tangan yang berada di wajahnya. Dia mengangguk. Li Yang Jian menghentak cawan tehnya ke meja mengejutkan semua. 

"Err zhi, pergi menyelesaikan urusan untuk hari ini," kata Li Yang Jian bangun, memberi hormat dan pergi dari situ. Yuan Yuan tidak sempat untuk menahan Li Yang Jian daripada berlalu. Lao Furen memandang Yoo Momo ketika itu dia menyimpan senyumannya. Dia menelah, sesuatu telah berlaku ketika Mo Li Hua sibuk menjaga Li Yang JIan sakit tempoh hari. Lao Furen memegang wajah Hua er dengan kedua tangannya kini.

"Asalkan kamu bahagia, Zumu akan cuba menerima keputusan ini," kata Lao Furen. Sara bangun dan memeluk erat wanita itu. Tindakannya mengejutkan Lao Furen tetapi wanita itu memeluk Sara semula. Li Lao ye dan Danyangzi hanya bertukar pandangan. Nampaknya Mo LI Hua sudah tahu cadangan mereka supaya LI Yang Jian menceraikan Mo LI Hua.

"Zumu, Hua er hendak ke pekan sebentar. Hendak berjumpa LIang Taiyi. Ada lagi beberapa perkara yang perlu Hua er tanya mengenai Hua er," beritahu Sara.

"Mengenai Hua er?"tanya Lao Furen.

"Ya, tentang ingatan Hua er yang masih tidak pulih," jawab Sara berbohong. Lao Furen mengangguk. 

"Ada duit tidak?"tanya Lao Furen. Sara mengangguk.

"Kalau begitu pergilah.Jangan balik lewat," jawab Lao Furen. 

"Baik Zumu. Nyang, Tiye, Hua er berundur dulu," kata Sara hormat dan terus berlalu. Setelah Sara hilang dari pandangan, ketiga orang tua tu berpandangan sesama sendiri. Lain yang dijangka lain pula yang terjadi.

"Yuan Yuan ada beberapa bulan lagi untuk Yuan Yuan bersalin." tegur DaNyangzi.

"Ya Da Nyangzi," jawab Yuan Yuan. 

"Jaga kandungan dan diri kamu baik-baik kerana kamu akan menjadi puan besar di rumah ini," ucap Da Nyang zi sambil memandang suaminya. Yuan Yuan tersenyum dan memberi hormat.

"Yuan Yuan berjanji," balas Yuan Yuan. Lao Furen bersama Yoo Momo meninggalkan mereka di situ. Walaupun hati Lao Furen runsing tetapi dari tatapan mata Mo Li Hua tadi, dia merasa sedikit bahagia kerana Mo Li Hua begitu yakin dengan diri sendiri. 

Li Yang Jian baru sahaja habis berjumpa dengan beberapa orang pegawai istana dan mereka berada di sebuah kedai teh. Walaupun dia bekerja, fikirannya masih memikirkan bagaimana Mo LI Hua meminta dirinya diceraikan dan diganti dengan Yuan Yuan. Dia tidak percaya yang Mo LI Hua berani membuat keputusan sebesar itu tanpa ada gusar di wajahnya. 

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now