55

214 27 6
                                    

Keesokan harinya, makanan pagi dibawa ke bilik serba mewah Sara. Ren ji yang sentiasa memastikan semuanya adalah dalam kesempurnaan untuk pewaris kediaman itu. 

"Xiao ye, ini sarapan. Mari makan. nanti selepas sarapan Ren JI akan bawa Xiao ye melawat ke seluruh bandar," kata Ren Ji.

"Hao! Ren Ji mari makan dengan kami," ajak Sara.

"Tapi-" Ren JI cuba menolaknya. Dari semalam dia memerhatikan cara Sara mengendalikan orang-orang bawahannya. Tuan muda ini amat besar hatinya kerana menganggap orang bawahan seperti kawan-kawan.

"Duduk sahaja Ren Ji," kata Sara. "Mari semua," ajak Sara. "Ann Di mei mei begitu ceria hari ini dalam merah jambu. Cantik sangat," puji Sara ketawa. Ann Di menundukkan kepadanya tanda terima kasih.  "Ren Ji, kenal Mo Li Hua?"tanya Sara selepas sahaja mereka habis bersarapan dan sedang melangkah keluar dari kediaman itu.

"Mo LI Hua?"tanya Ren JI. "Oh, anak gadis saudagar sutera?"kata Ren JI.

"Ya," balas Sara.

"Kenapa?"

"Dia ada di sinikah? Ingin sekali menziarahi. Lama sudah tidak berjumpa," bohong Sara.

"Rasanya dia berada di Nanjing, dia sudah berkahwin dengan keluarga LI, salah sebuah keluarga terkaya di Nanjing," terang Ren Ji.

"Lama tidak berjumpa hinggakan tidak ingat bagaimana rupanya," bohong Sara lagi.

"Oh, sangat comel. Pipinya bulat, kulitnya bersih dan senyumannya comel sekali. Ren Ji pernah nampak ketika di ke tokong dengan keluarganya dan sekali lagi bila membantu Zheng gonggong mengambil kain sutera dari rumah mereka."

"Nah, sekarang bagaimana ya keluarga Mo?"

"Ibu dan ayah Mo Li Hua pulang ke pedalaman kerana nenek sebelah ibu Mo LI Hua tidak sihat dan memerlukan keluarga untuk membantunya di ladang," jawab Ren JI ceria.

"Oh," balas Sara. Dia tahu itu semua adalah bohong semata. Mereka dihantar ke pedalaman kerana pakcik ketiga iaitu adik kepada ayah Mo lI hua sendiri sudah tertipu di meja judi. "Ren ji, kedai paling menggembirakan lelaki di Hangzhao ini ada pusat perjudian bukan?"tanya Sara. REn JI menghentikan langkahnya. Mereka sudah berada di luar pintu gerbang.

"Xiao ye, mahu pergi ke situ?" tanya Ren JI berhati-hati.

"Ya," jawab Sara berbisik. Ren Ji ketawa.

"Tapi Ann Di-"

"Oh, Ann Di meimei akan ditemani oleh Xiao Liang untuk membeli-belah. Pipit akan bersama aku," terang Sara. Xiao Lian dan Ann Di berpandangan. Nampaknya misi bermula sekarang.

Shu Wu JI yang begitu komited dengan tugasnya duduk sebentar di bawah pokok. Hatinya melayang kepada Sara. Sudah dekat seminggu dia tidak bertemu dan masa amat mencemburuinya kerana begitu lambat berlalu.

"Shu Daren, jika semuanya selesai  Zheng gonggong meminta Shu Daren pulang ke kediamannya," beritahu Ah Chan.

"Baiklah mari kita pergi," kata Shu Wu JI tanpa berlengah lagi. Dia tiba di kediaman itu dan melihat LI Lao Ye bersama Zhu Wu dan dengan seorang pembantu lagi berada di ruang tamu dan sedang berbual bersama Zheng gonggong. "Maafkan Wuji. Jiaofu, Wu Ji datang," sapa Shu Wu JI.

"Ah, Wu JI. Silakan duduk. LI Lao ye di sini kerana ada sesuatu ingin diperkatakan olehnya," terang Zheng gonggong.

"Ya Li Lao ye," sapa Shu Wu JI.

"Shu Daren, Lao fu datang ke sini kerana ingin meminta bantuan."

"Bantuan apakah?"tanya Shu Wu JI.

"Jian er menceraikan Mo Li Hua bukan kerana dia mahu menceraikan tetapi Lao Fu yang memaksa," cerita LI Lao Ye. Shu Wu Ji dapat mengagak apakah tujuan bapa LI Yang JIan bertamu di sini.

"Dan saya ini ucapkan terima kasih kerana saya amat bahagia bersama Mo LI Hua," jawab Shu Wu JI sambil memandang Zheng gonggong.

"Lao fu tahu, tapi keadaan Li Yang Jian sangat teruk sekarang dan hanya seorang sahaja yang dapat mengubatnya iaitu Mo Li Hua."

"Ubat? Apakah yang LI Hua boleh lakukan untuk mengubati LI Daren?"tanya Shu Wu Ji. Suaranya sudah mula meninggi kerana kesabarannya tercabar.

"Kalau boleh, Lao Fu mahu Mo LI Hua kembali ke rumah kami. Lao Zumu juga merinduinya. Keadaan keluarga sekarang seperti kacau-bilau kerana ketiadaan Mo LI Hua," terang Li Lao Ye. Shu Wu Ji terketawa.

"Li Lao ye, maafkan saya kerana tidak mengawal perlakuan saya. Mo LI Hua duduk di keluarga LI dan terseksa sepanjang 3 tahun ini dan cara LI Lao ye bercakap seperti Mo LI Hua hidup bahagia di sana," balas Shu Wu JI. Li Lao Ye terdiam. Nampaknya Shu Wu Ji amat mengerti keadaan Mo LI Hua sebelum ini.

"Lao Fu berjanji tidak akan membuatkan Mo LI Hua menderita lagi. Lao Fu merayu, ceraikan Mo Li Hua dan berikan peluang kepada LI Yang Jian," kata Li Lao ye. Shu Wu Ji berdiri kerana dia tidak percaya ada permintaan yang sebegitu rupa.

"Wu JI, duduk," arah Zheng gonggong. "Li gongzhi, terima kasih kerana berkunjung. Biarpun  Shu Wu JI boleh melepaskan Hua er, tapi saya takkan benarkan dia kembali ke sana. Maafkan saya." kata Zheng gonggong. Li Lao ye terdiam dan mengangguk.

"Bolehkah saya berbicara dengan Mo LI Hua sebentar?"

"Hua er tiada di sini. Dia sudah pun berada di Hangzhao,"  balas Zheng gonggong. 

"Kalau begitu, saya minta diri dulu," pinta LI Lao Ye dengan nada kecewa. Dia dan Zhu Wu kembali ke rumah mereka. Di pintu gerbang, untuk sekian kalinya LI Lao ye mengeluh panjang. "Zhu Wu, kau pergilah menjaga tuanmu, aku mahu berehat di rumah besar," akui lelaki 60an itu. Zhu Wu melangkah ke bilik bacaan Li Yang Jian.  Dia sebenarnya gembira kerana Zheng gonggong tidak melayan permintaan tidak masuk akal keluarga Li.

"Zhu Wu kau dari mana?"tanya LI Yang Jian yang bergolek di atas bangku panjang memegang botol arak.

"Dari rumah Zheng gonggong," jawab Zhu Wu mengangkat hormat.

"Kenapa ke situ?"dalam keadaan mamai Li Yang Jian bertanya.

"Li Lao Ye cuba meminta Li Furen untuk kembali kepada keluarga ini," jawab Zhu Wu dengan jujur. Li Yang Jian terkejut dan terus duduk.

"Apa?"tanya LI Yang JIan. "Kenapa?"

"Li Lao ye merasa bersalah kerana memaksa Li Daren menceraikan LI Furen," jawab Zhu Wu.

"Habis tu keputusannya?"

" Zheng gonggong dan Shu Wu JI menolak terus permintaan itu walaupun Li Lao Ye mengatakan semua ini adalah salahnya," 

"Mo LI Hua ada di situ tadi?"

"Tiada, Mo xiaojie sudah pun berada di Hangzhao."

"Tadi kau kata ada Shu Wu JI,"tanya LI Yang Jian.

"Ya, Shu Daren masih meneruskan tugas menjaga tetamu dari Jurchen jadi-"

"Sediakan air mandi. Aku nak mandi. Kita ke Hangzhao esok pagi," kata Li Yang Jian bersemangat.

"Apa?"tanya Zhu Wu.

"Kau pekak ke? Aku kata kita bertolak ke Hangzhao esok pagi," tegas Li Yang Jian.  Zhu Wu masih lagi termangu-mangu di situ. 

"Baik," balas Zhu Wu mengundurkan dirinya. Dia mengeluh. Dia menulis sehelai nota dan memberi kepada orang kepercayaannya untuk memberitahu Shu Wu JI yang LI yang JIan akan bertolak ke Hangzhao esok paginya.

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now