46

217 28 0
                                    

Shu wu Ji mengarahkan Xiao Lian mengambil makanan di dapur dan membawanya ke bilik mereka. Sara duduk di meja dan termenung seketika. Berjumpa dengan Woo Wei Young dan bayinya memberi kesan kepada dirinya.

"Sara,"panggil Wu Ji. Sara memandang Wu Ji dan tersenyum. "Mari makan. Selepas ini airen terpaksa balik ke kediaman Shu. Hendak mengemas beberapa barang lagi,"beritahu Wu ji.

"Ok. Jiaofu ada berehat di bilik bukan?"

"Jiaofu ada di kediaman rasmi,"jawab Shu Wu Ji.

"Ok, jalan baik2 ya airen,"ucap Sara ceria.

"Takpe ke makan dengan Pipit dan Xiao Lian sahaja?"

"Tak ada masalah!"jawab Sara sambil membuat isyarat ok. Shu Wu Ji mengangguk dan mencium dahi Sara. 'Mungkin...mungkin ini adalah kali terakhir kau bersama aku Wuji,"bisik hatinya.

"Airen pergi dulu ya?"kata Shu Wu Ji. "Pit, Xiao Lian jaga Zheng xiaojie baik-baik ya? Saya pergi sebentar sahaja,"kata Shu Wu Ji. Dia melambai selamat tinggal kepada Sara. Sara menanti sampai hilang kelibat Shu Wu Ji.

"Xiao Lian simpan semua makanan ini. Pipit bersedia ikut aku berjumpa Jiaofu,"arah Sara.

"Kenapa kita hendak ke rumah Zheng Gonggong?"tanya Pipit. Sara hanya memberikan senyuman.

"Biar aku bercakap dengan Jiaofu dulu nanti aku cerita. Dah jom. Kita mesti balik sebelum Shu Wu Ji balik ke mari,"kata Sara menarik Pipit untuk bergegas dengannya.

Apabila mereka sampai di kediaman Zheng gonggong, kelihatan ramai pembesar negara keluar dari situ. Zheng gonggong pernah memberitahu ada delegasi dari Jurchen akan datang ke Nanjing. Sara menyelinap masuk agar tiada yang tahu dia ada di situ. Pipit dan Sara menuju ke rumah besar dan melihat Zheng gonggong sedang minum teh keseorangan.

"Jiaofu, Shuang er lai le,"tegur  Sara.

"Ah, Shuang er. Kenapa kamu ke mari? Petang sikit jiaofu akan ke rumah penginapan,"sapa Zheng gonggong. Sara memandang Pipit dan Pipit mengerti Sara mahu bercakap sendirian dengan Zheng gonggong. Zheng gonggong dapat merasakan ada yang tidak kena dengan Sara. "Hao haizi, kenapa ni? Beritahu Jiaofu,"pujuk Zheng gonggong. Sara berlutut dan memberi hormat dari seorang anak kepada seorang ayah. "Shuang er, ni-"tegur Zheng gonggong kerisauan. Sara masih lagi berlutut bergerak perlahan-lahan kepada Zheng gonggong. "Hao haizi, jangan menakutkan jiaofu,"pujuk Zheng gonggong. Sara duduk dan meletakkan kepalanya di riba Zheng gonggong. Zheng gonggong merasa sedikit pelik tapi dia masih membiarkan Sara bersedia untuk bercerita.

"Jiaofu, Shuang er balik ke mari bukan untuk berkahwin dengan Wu Ji,"Sara memulakan bicara. Zheng gonggong memandang Sara di ribanya. "Jiaofu tahu bukan, Shuang er kehilangan Shu Wu Ji di hari pernikahan kami. Shuang er sangat berduka hinggakan Shuang er tidak lalu makan dan terasa ingin mati."

"Haizi, apa yg telah berlaku ni?"tanya Zheng gonggong lembut.

"Shuang er sangat sedih melihat Woo Wei Young dan bayinya. Jiaofu, Shuang er nak balik." Zheng gonggong mengusap rambut Sara.

"Haizi, kenapa berperasaan begini?Apa haizi sudah tidak sukakan Shu Wu Ji?"

Sara terdiam. "Setiap yang ada di dunia ini ada pasangannya dan Shu Wu Ji-" bicara Sara terhenti di situ dan dia tidak tahu bagaimana untuk menerangkannya. "Shuang er tak berhak,"sambung Sara.

"Hao haizi, kenapa jadi begini?"tanya jiaofu. Sara menarik nafas dan memandang Zheng gonggong.

"Izinkan Shuang er sahaja pergi ke Hangzhao dan menyelesaikan masalah Mo Li Hua,"kata Sara.

"Tapi kenapa?"

"Jiaofu, tolonglah mengekalkan Shu Wu Ji di sini,"pinta Sara. Zheng gonggong memegang dagunya dan memandang wajah Sara sedalam-dalamnya.

"Betul ni?"tanya Zheng gonggong. Sara mengangguk. "Apa rancangan Shuang er?"tanya Zheng gonggong sekali lagi.

"Jiaofu percayakan Shuang er tak?"

"Tanpa Shu Wu Ji akan lebih merbahaya tapi mengenali Shuang er, tiada apa yang dapat diselesaikan,"jawab Zheng gonggong lagi. Sara tersenyum.

"Shuang er fikir, Shuang er ke Hangzhao menyamar sebagai seorang lelaki,"beritahu Sara.

"Hao, jiaofu bersetuju. Ini kunci rumah kita. Kalau orang tanya kata Shuang er ialah Ma Shang Wu, anak saudara jiaofu. Wu er berada di Yunnan berdagang jadi Shuang er gunakan identitinya. Nah ini yupe Ma Shang Wu. Tunjukkan yupe ini kepada Pakcik Ah Meng ketua orang gaji."

"Terima kasih Jiaofu."

"Ambil ubat tidur di dapur. Campurkan dalam minuman Wu Ji. Subuh nanti kamu bertiga bertolak ke Hangzhao. Jiaofu akan sediakan 4 ekor kuda seorang untuk perjalanan ini. Nah ini sedikit wang tunai. Pastikan Xiao Lian juga ikut menyamar."

"Jiaofu,"panggil Sara. "Wo ai ni,"kata Sara lagi. Zheng gonggong ketawa.

"Na, sampai di rumah kita, anak penjaga kediaman namanya Ren Ji akan membantu Shuang er  dan Shuang er boleh percayakan dia."

"Jiaofu,"ujar Sara memeluk lutut Zheng gonggong. "Habis  semua ini, boleh tak Shuang er mengikut jiaofu mengembara,"ucap Sara. Zheng gonggong mengusap kepala Sara.

"Hao haizi, Shu Wu Ji takkan benarkan,"kata Zheng gonggong lembut.

"Jiaofu, pernah dengar tak perempuan bangsawan bercerai dua kali dalam masa setahun?"tanya Sara. Zheng gonggong membantu Sara berdiri.

"Pelik tu, belum pernah Jiaofu melihatnya."

"Na, nanti Shuang er tunjukkan tapi sebelum itu, jangan belayar tanpa Shuang er ok?"pinta Sara ceria. Zheng gonggong menggelengkan kepalanya kerana dia tahu perempuan itu ialah anaknya Zheng Shuang. "Jiaofu...!"panggil Sara sekali lagi menghentikan lamunannya.

"Betul ni nak ikut jiaofu belayar?"

"Tidak syak lagi."

"Apa salah Shu Wu Ji, Shuang er hendak tinggalkan dia begini?"tanya Zheng gonggong. Sara terdiam.

"Shu Wu Ji patut bersama dengan orang di zaman yang sama sebab Shuang er akan pulang ke tempat asal. Shuang er tak mahu Shu Wu Ji bersedih,"jawab Sara.

"Shuang er adakah menjadi anak jiaofu ini satu mimpi bagi kamu?"tanya Zheng gonggong. Sara menggelengkan kepalanya. "Habis itu kenapa perlu berfikir terlalu jauh sedangkan kita takkan tahu apa yang akan berlaku sesaat lagi?"tanya Zheng gonggong. 'Memang bijak pelaut ternama ini,'bisik hati Sara.

"Cakap Jiaofu memang betul. Shuang er akan cuba untuk tidak terlalu memikirkan,ok?"balas Sara.

"Ingat, letakkan serbuk ubat tidur dalam teh Shu Wu Ji. Keluar sebelum Subuh. Suruh Pipit masuk untuk menerima arahan Jiaofu,"arah Zheng gonggong. Pipit mengadap masuk dan Zheng gonggong memberikan senarai yang panjang untuk dilaksanakan oleh Pipit.

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now