7

329 35 2
                                    

Xiao Lian yang sudah pun menyediakan air panas untuk mandian Sara menunggunya di bilik mandi. "Li Hua dah datang?" sapa Xiao Lian.

"Kau pun mandi sekali. Kau sebelah sana," arah Sara seraya dia menanggalkan bajunya dan berpakaian mandi.

"Mana boleh, nanti siapa nak bantu kau mandi," jawab Xiao Lian.

"Kau ingat aku kudung ke? tak boleh buat sendiri. Kau dah ambilkan air cukuplah. Dah pergi mandi sekarang. Aku tak sanggup nak duduk di tepi kau nanti faham. Busuk!" usik Sara.

"Li Hua!" balas Xiao Lian macam merajuk.

"Kau akhir mandi bila? Minggu lepas?"

"Li Hua!" panggil Xiao Lian.

"Muka lawa tapi badan berbau!"

"Li Hua!!!" jerit Xiao Lian. Sara ketawa.

"Hao hao hao. Aku tak usik dah. kau pergi siapkan air mandi kau. Kita saling menemani di sini," arah Sara. Xiao Lian tunduk hormat dan pergi menyediakan air mandinya. Sara menyabun badannya dengan sabun buatannya sendiri. Harum bunga sakura menghangatkan bilik air yang besar itu. Xiao Lian masuk dan mandi di sebelah Sara.

"Hah, baru betul. Xiao Lian. Aku nak kau mandi paling kurang 2 kali sehari. Pagi dan petang. Faham?" kata Sara. Xiao Lian mengangguk. "Nah sabun," ucap Sara menghulurkan sabun wangi itu. "Xiao Lian, mulai esok aku nak kau lebih berhati-hati. Selepas malam ini, aku khuatir ada yang akan cuba mencederakan kita." kata Sara seperti berbisik. Xiao Lian mengangguk tanda memahami.

"Esok carikan 4 orang pengawal yang pandai untuk bekerja sebagai tukang kebun di kediaman kita tapi pada masa yang sama menjaga keselamatan kita," arah Sara lagi. Dia harus memikirkan kenapa dia di sini.

"Li Hua aku sudah mandi dulu, aku nak sediakan makanan untuk kau ni,"kata Xiao Lian selesai mandiannya.

"Ok!" Jawab Sara. Dia masih menikmati kehangatan air wangi yang disediakan oleh Xiao Lian. Tiba-tiba dia mendengar suara orang melaung api! Api. Lekas-lekas dia berpakaian dan melihat apakah yang sedang berlaku di luar. Dia bergegas keluar dan melihat Xiao Lian berlarian. "Xiao Lian, apa dah jadi?"

"Li Hua..."termengah-mengah Xiao Lian. "Lao Furen, rumah..api,"kata Xiao Lian mengambil nafas.

"Apa?!" Sara begitu terkejut tapi sempat masuk ke bilik air mengambil persalinannya yang basah. Dia berlari sekuat hatinya ke kediaman Laofuren.

Shu Wu Ji berjalan melewati kediaman keluarga Li. Dia melihat semua orang suruhan bertempiaran mengambil berbaldi-baldi air.

"Tunggu, apa yang terjadi?"tanya pembantu Shu Wu Ji kepada salah seorang pembantu lelaki yang berkeliaran di situ.

"Rumah Li Laofuren terbakar,"kata pembantu itu. "Maafkan saya,saya mesti pergi,"kata pembantu itu berlari ke dalam. Shu Wu Ji turun dari kuda dan berlari ke dalam bersama pembantunya, Ah Chan.

"Nyang..."panggil Li Laoye. Danyangzi juga berada di situ menangis. Yang Jian bersama dengan Yuan Yuan dan Han Mei. Di situ. Yang Jian hendak pergi menyelamatkan Zumu tetapi ditahan oleh ibunya dan gundiknya.

"Zumu ada di dalam?"tanya Sara ketika sesampainya di situ. Yuan Yuan mengangguk. Sara mengatur langkah ke hadapan. Tetapi ditahan oleh Yang Jian. "Lepaskan!"jerit Sara.

"Api marak!"jerit Yang Jian. Sara menghentak kaki Yang Jian.

"Aku akan mati bersama Zumu!" Jerit Sara. Dia cuba berlari tetapi terlanggar Shu Wu Ji yang baru sampai. "Wu Ji!"panggil Sara. "Help me,"katanya. Shu Wu ji terkejut.

"Shuang er?"tanya Shu Wu Ji tetapi soalan itu tak terdengarkan oleh Sara kerana dia sudah pun berlari ke rumah laofuren.

"Da ren,"panggil Ah Chan.

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now