87

169 28 0
                                    

Wang He Lan memalingkan mukanya daripada Sara kerana kalah dengan kata-kata Sara tadi.

"Wang Xiaojie silalah ke pedati kuda yang tersedia di sana, jemput Li Gugu. Terdapat 5 buah pedati yang disediakan.

"Li gugu, jauhkah istananya?" tanya Sara.

"Tidaklah jauh kalau berjalan kaki pun tidaklah keletihan," jawab Li gugu.

"Na... Izinkan saya berjalan kaki bersama Ann Di," pinta Sara sopan.

"Hamba temankan?" tanya Tun Ishak. Sara memandang wajah yang mulus itu dan tersenyum manis.

"Orang sini kata, kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan," jawab Sara.

"Baiklah kalau begitu, Zheng xiaojie, berhati-hati ya. Datuk laksamana akan memastikan Zheng Xiaojie sampai ke istana," balas Li gugu sambil mempelawa Wang he Lan naik ke kereta kuda.

"Shu Daren mari naik bersama He Lan," kata Wang He Lan sambil menggamit Shu Wu Ji. Shu Wu Ji menoleh kepada Sara, Sara menyuruh mengikut sahaja permintaan itu. Tinggallah Ann Di dan Tun Ishak.

"Kanda Ishak, hamba minta diri dulu, Cempaka sedang sarat di rumah takut apa-apa terjadi," pinta Tun Daim sambil melirik kepada Sara. 'Uih tak senonoh,' kata Sara dalam hatinya. "Zheng Shuang-" panggil Tun Daim.

"Datuk Laksamana, datuk boleh terus memanggil hamba Cik Zheng," potong Sara sambil tersenyum. Tun Ishak terpempan dengan keberanian Sara membetulkan Tun Daim. Tun Daim berdehem membetulkan suaranya.

"Hamba minta diri dulu Cik Zheng," kata Tun Daim.

"Kirimkan salam kepada isteri datuk," balas Sara. Tun Daim merenung Sara seketika. 'Kenapa macam aku kenal dengan dia ni?''soal hatinya. Tun Diam mengangguk dan berlalu.

"Zheng Shuang," panggil Tun Ishak.

"Ah.... Datuk nak mudah lagi memanggil nama hamba?" tanya Sara. Tun Ishak kehairanan. "Ayah saya dan suami saya hanya memanggil saya Shuang er. Cuba datuk sebut," kata Sara.

"Maafkan hamba, suami?" tanya Tun Ishak.

"Kenapa? Datuk tak percaya?"

"Bukan tak percaya tapi kagum kerana suami Shuang er membenarkan mengetuai pelayaran sedangkan isterinya begitu mengagumkan," kata Tun Ishak. Sara merasa malu dipuji begitu menutup mulutnya dangan rambutnya dibawa ke depan. Tun Ishak ketawa melihat sikap keanak-anakan Sara." Siapakah jejaka bertuah itu?"tanya Tun Ishak.

"Dia ada bersama hamba ketika ini. Nanti ada masa hamba kenalkan," jawab Sara teruja. Sara senyap tiba-tiba kerana terpandang  sesuatu. Tun Ishak memandang ke arah yang sama.

"Oh itu-" Tun Ishak cuba berkata.

"Pisang goreng!" kata Sara dan Ann Di serentak. Mereka berlari ke gerai itu. Tun Ishak menggelengkan kepalanya melihat
dua wanita muda ini begitu seronok melihat makanan.

"Makcik ini semua berapa?"tanya Sara teruja.

"Satu syiling sekeping,"jawab makcik itu.

"Hamba mahu beli semua!"

"Hah semua?!"tanya penjual itu. Sara mengangguk. Penjual itu membungkus pisang goreng itu dalam 10 bungkusan daun keladi. "Separuh tahil perak,"kata penjual iti lagi. Ann Di mengeluar setengah tahil perak.

"Ann Di tambah 2 separuh tahil lagi,"bisik Sara. Ann Di membayarnya dan Tun Ishak memegang makanan itu.

"Ini lebih xiaojie,"tegur makcik itu. Sara ketawa dan menggelengkan kepalanya. Sara mengambil satu bungkusan dari Tun Ishak dan membukanya. Dia menyuap Ann Di sekeping.

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now