27

267 30 0
                                    

Malam itu, Sara tidak dapat melelapkan matanya kerana terlalu teruja hendak berjumpa dengan Laksamana Zheng He yang juga bapa angkatnya. Dia tidak betah duduk di biliknya. Xiao Lian yang sedang mengemas barang ke dalam kotak-kotak kayu bersama dayang-dayang yang lain merasa rimas melihat Sara tidak senang duduk.

"Furen, Xiao Lian sudah merasa pening kepala tengok Furen berjalan ke sana ke mari. Tidak letihkah?"tegur Xiao Lian. 

"Xiao Lian kau tak tahu, betapa aku rindukan Zheng gonggong. Banyak yang aku ingin bertanya banyak yang aku nak perkatakan. Aku harap dia dapat menziarahi aku pada waktu yang lama," balas Sara. "Oh, aku rasa aku akan ke dapur. Barang yang aku pesan sudah sampai ke Xiao Lian?"tanya Sara.

"Sudah, barang yang untuk digiling juga siap Furen," jawab Xiao Lian. Sara merancang untuk memasak Nasi Lemak Sambal Ikan Bilis kegemaran Laksamana Zheng He. "Betul ke Furen hendak memasak esok pagi.

"Betullah," jawab Sara gembira.

"Kalau macam itu, apa kata Furen tidur awal malam ini?"cadang Xiao Lian. Sara mengangguk tanda setuju. Xiao Lian bangun mengiringi Sara ke katilnya. Xiao Lian duduk di sisi dan mengipas Sara supaya dia lebih selesa.

"Haiya masih panas!" komplen Sara duduk di katil. Dia membuang lapisan luar Hanfu nya dan tinggallah tank top yang bertali yang hanya menutupi dadanya. Rambutnya yang panjang di sanggul tinggi supaya dia boleh merasa lebih sejuk. Xiao Lian menggelengkan kepalanya. 

"Mari aku sapukan air wangi yang menyejukkan kulit," kata Xiao Lian berhenti mengipas dan mengambil botol air wangi yang diperbuat dari bunga matahari dan bunga mawar dicampur dengan pati limau kasturi. Dia menekap-nekap seluruh tubuh Sara dan itu membuatkan Sara merasa lebih selesa. "OK, baringlah, Xiao Lian kipaskan,"ujar xiao Lian sambil membantu Sara berbaring.

"Xiao LIan, terima kasih!"kata Sara kepada Xiao Lian. Tersipu-sipu Xiao Lian tersenyum. Sesungguh segala yang dibuat untuk Sara adalah kerelaan. Tiada satu pun kerja yang diberikan membebankannya. 

"Xie, shenme," jawab Xiao Lian. "Dah tidur," kata Xiao Lian lagi memadam 2 batang lilin supaya udara lebih dingin. Sara meniarap tanpa selimut. Oleh kerana belakangnya hanyalah tali jadi dia merasa lebih selesa dikipas begitu. Tidak lama kemudian, dia benar-benar tertidur. Xiao Lian menurunkan tirai kelambunya dan mengarahkan dayang-dayang mengemas barang-barang itu dengan cermat dan senyap.  Dia memadam kesemua lilin kecuali di meja bulat. Perlahan-lahan dia meninggalkan bilik itu.

Yuan Yuan menyambut kedatangan Li Yang Jian dengan gembira. "Errlang hendak mandi dulu? Yuan Yuan sudah pun menyediakan air hangat," kata Yuan Yuan. Li Yang Jian mengangguk. Dia pergi merendamkan dirinya dalam air hangat yang wangi itu seketika. "Err lang biar Yuan Yuan menyabun badan Err lang."

"Yuan Yuan, pergilah tidur dulu. Sudah ada Zhu Wu membantu," kata Li Yang Jian. 

"Baiklah Errlang, Yuan Yuan tunggu di bilik," ucap Yuan Yuan mengundurkan diri.  Kehangatan dan bau semerbak air mandi itu menenangkan fikirannya. Dia terasa dahinya sedikit benjol akibat tandukan Mo Li Hua tadi. Dia mengusap dahinya sambil tersenyum. 'Li Hua adakah kau sengaja membuat aku memikirkan mu? Dari manakah kau belajar supaya aku hanya memikirkan kau sahaja?' soal hatinya. Dia menyental badannya dengan kain lembut yang disediakan.

"Zhu Wu baju tidur aku mana?" tanya Li Yang Jian.

"Ada di almari Daren," jawab Zhu Wu dari luar. Li Yang Jian mengeringkan dirinya dan memakai baju tidurnya. Dia melihat dirinya di cermin. Dia mengambil keputusan untuk ke kediaman Mo LI Hua malam itu. Dia memakai baju luar dan keluar dari bilik air itu. 

"Zhu Wu, aku ke kediaman Li Furen sebentar," beritahu LI Yang Jian.

"Tapi Daren, puan muda," ucap Zhu Wu. Li Yang Jian tersenyum dan menepuk bahunya. 

"Aku pergi sebentar sahaja," jawab Li Yang Jian tenang. Dia berjalan ke kediaman Mo Li Hua dan dia terkejut melihat laman yang dulunya membosankan dengan daun-daun kering tapi kini penuh dengan bunga mawar, bunga matahari dan pohon-pohon ume. 'Lain macam karya taman ini. Kenapa aku tak pernah perasan kecantikan laman ini?'soal hatinya. Semuanya sunyi sepi. Yang ada hanya pengawal-pengawal yang membuat rondaan. Dia mengetuk pintu bilik itu, tetapi tiada yang menyahut. Dia menolak pintu dan dia terkejut sudah dua kali pintu bilik itu tidak berkunci. "Xiao Lian mana?"tanya LI Yang Jian kepada diri sendiri. Cahaya lilin yang samar-samar di meja makan menyenangkan dia melihat tempat berehat Li Hua. Dia menghampiri katil itu berhati-hati. Dia menyelak tirai dan melihat Sara tidur meniarap dan hanya memakai baju dalam dan seluar panjang. 

"Xiao Lian, panas...kipaskan," panggil Sara dalam mamai. Li Yang Jian mencari kipas tangan dan menjumpai kipas itu di tepi katil. Dia mengikat sebelah tirai dan duduk di sisi Sara dengan senyap. Dia mula mengipas perlahan-lahan. "Hmm...selesanya. Xie Xiao Lian,"kata Sara dalam ketiduran. Li Yang Jian mengambil lilin di meja dan meletakkan lilin itu di sisinya. Dia masih lagi mengipas Sara yang sedang lena. 

'Kau nampak seperti bidadari begini Li Hua,'bisik hatinya. Ada rambut terjuntai di dahi Sara dan dia dengan perlahan mengalihkannya dari dahi Sara. 'Li Hua, kenapa aku tak pernah perasan yang kau secantik ini?' soal hatinya. Dia mengamati tubuh itu. 'Kau seorang yang tinggi Li Hua kalau nak dibanding dengan wanita yang ada di ibu negeri ini. Kulit kau putih bersih,'pujinya di dalam hati masih lagi mengipas Sara. Perlahan matanya mengagumi bulu mata Li Hua yang panjang, bibirnya mungil. "Li Hua,  maafkan aku atas segala penderitaan yang aku beri kepada kau. Aku tahu susah untuk kau maafkan aku. Ingin sekali aku memiliki hatimu, Li Hua," kata Li Yang Jian berbisik. Dia meletakkan dua jari di  bibirnya dan jari yang sama dia meletakkan di bibir Li Hua yang sedang nyenyak tidur itu. Tiba-tiba dia teringatkan Yuan Yuan. Dia begitu mencintai Yuan Yuan tapi kenapa hatinya kini berbelah bagi? Dia berhenti mengipas  dan meletakkan kipas itu di tempatnya. Dia bangun dan menurunkan tirai yang diangkat. Dia membawa lilin itu ke meja tadi dan dengan berhati-hati dia keluar dari bilik itu. Selepas sahaja pintu itu kedengaran ditutup, Sara membuka matanya. Ada perasaan terharu apabila begitu lembut Li Yang Jian datang melihatnya beradu. Dia tersenyum dan terus tertidur.

Jam poket Sara berbunyi menandakan jam 5 pagi. Cepat-cepat SAra bangun dan bersiap ke dapur. Dia mahu sarapan siap tepat pada waktunya. Nasi Lemak hanya untuk Zheng gonggong dan Shu Wu Ji. Dengan bantuan pembantu dapur, Sara siap memasak tepat pada waktunya.

"Xiao Lian, aku nak mandi dan bersiap. Nak pakai baju warna merah jambu, cucuk sanggul jed putih,"arah Sara berlari ke bilik mandi.

"Li Hua jangan berlari, nanti tersadung," ingatkan Xiao Lian.

"Okay!" jerit Sara terus berlari. Xiao Lian menggelengkan kepalanya kerana Sara lebih suka berlari dari  berjalan seperti isteri-isteri orang kenamaan yang lain.

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now