77

168 26 1
                                    

"Shuang er," panggil Shu Wu Ji. "Sakit di mana?" tanya Wu Ji. Sara hanya memandang lelaki purba di hadapannya.

"Are you here  to scold me?" tanya Sara lalu bersin.

"Ya, pada mulanya," jawab Shu Wu Ji.

"Wuji, kau marahkan aku ke?" tanya Sara mengesat hidungnya.

"Ya," jawab Shu Wu Ji. "Sebelum sampai di sini, beribu cara aku fikirkan untuk membalas cara kau meninggalkan aku," sambung Wu Ji. Sara menarik lengan baju Wu ji.

"Wu Ji, Shuang er minta maaf," kata Sara.

"Jika kau mahu balik ke Melaka, kau hanya perlu katakan sahaja dan aku akan menguruskan segalanya."

"Kau akan izinkan ke?" tanya Sara.

"Tidak, jika kau tak mahu aku bersama. Teruk sangat ke menjadi isteri aku, Sara?" tanya Shu Wu ji. Sara perasan kalau Shu Wu Ji menggunakan nama itu dia dalam masalah.

"Lupakan Sara."

"Sara!"

Ann Di dan Pipit serta Ah Chan yang mencuri dengar di luar pintu juga terkejut. Shu Wu Ji yang hampir hilang pertimbangan menarik nafas panjang. Dia teringatkan kata-kata Jiaofu.

"Aku ingat kita saling menyayangi," nada suara Shu Wu Ji rendah kembali. Sara merasa kepalanya pening. Dia berbaring kembali. Shu Wu Ji menyarungkan selimut dan mengucup dahi Sara. "Jika ini yang kau mahukan, aku menurutinya. Jika kau mahu kita menjadi orang asing, baiklah. Kau menang Sara. Aku ke Melaka juga punya tugas. Bukan hanya untuk mengejarmu, rehatlah," bisik Shu Wu Ji lalu meninggalkan bilik itu. Kata-kata Shu Wu Ji amat menyedihkan tetapi Sara tiada apa yang dapat Sara buat. Dia di situ hanya sementara. Sara tertidur kerana terlalu penat untuk memikirkan hidupnya.

Shu Wu Ji keluar dengan wajah yang sugul. Ann Di dan Pipit berpandangan.

"Ann Di, Pipit tolong tengokkan Shuang er. Aku masih punya banyak urusan,"kata Shu Wu Ji masuk ke biliknya. Ah Chan hanya mengikuti Shu Wu Ji masuk ke biliknya. Ann Di dan Pipit turut berlalu masuk ke bilik.

"Sara,"panggil Ann Di. "kau perlu minum lemon ni dan mesti menghabiskan air halia ini,"kata Ann Di memaksa Sara bangun dan meminum ubat yang disediakan. "Rehatlah, kapal akan belayar sedikit masa lagi,"ucap Ann Di membaringkan Sara semula. Dia memandang wajah Sara yang sugul dan tidak bermaya. 'Aku memahami tekanan yang kau lalui Sara dan aku akan sentiasa bersama kau walau apapun,'janji Andrew dalam hatinya.

Shu Wu Ji masuk ke biliknya yang sebesar bilik Sara. Dia duduk di meja dan menekup wajahnya. Terlalu berat terasa beban ini di bahunya. Ah Chan membiarkan Shu Wu Ji menenangkan dirinya sendiri.

"Daren, ini nota dari istana," kata Ah Chan memberikan nota itu kepada Shu Wu JI. Dia membacanya. 

"Dia sudah berada dalam kapal?"tanya Shu Wu JI. Ah Chan mengangguk. "Baik, kau beritahu pembantunya yang kita akan pergi menemuinya malam nanti,"kata Shu Wu Ji lagi. Dia menuangkan teh dan membasahkan tekaknya yang terasa kering. Hatinya lebih tenang mengenangkan yang Sara berada di sampingnya biarpun Sara begitu. Dia mengeluh panjang.

"Daren, tak apa-apa?"tanya Ah Chan. Shu Wu Ji menggelengkan kepalanya. "Shu Furen begitu kejam sekali," ucap Ah Chan.

"Dia segalanya, Ah Chan tapi bukan kejam," Shu Wu JI membetulkan Ah Chan.  "Sudahlah, aku tak apa-apa. Berikan notis kepada Wang xiaojie yang aku akan menemuinya malam nanti. Aku mesti memberikan beberapa maklumat kepada sepupu Wang Li Bao gongju itu," sambung Shu Wu JI lagi.

Keesokan paginya Sara terbangun untuk Subuh dan dia merasa agak segar. Ann Di dan PIpit masih tidur. Dengan perlahan dia mengambil wuduk dan bersolat subuh dan dengan perlahan-lahan dia keluar dari situ. Dia ingin melihat fajar menyinsing. Dia perlukan itu untuk meleraikan kekusutan fikirannya. Dia ke dek tanpa mengikat rambutnya yang mengurai panjang. Dia menapak ke atas dek dan berdiri di tempat kegemarannya. 'Adakah dia berpeluang menyaksikan fajar menyinsing?' soalnya di dalam hati. Angin berpuput lembut dan kedengaran laut menghempas kapal. Dia memejamkan matanya. Hati dan fikirannya hanya memikirkan Shu Wu JI. Dia mengeluh. Tiba-tiba ada seseorang menyelimutkannya dengan 'cape' panjang. Dia cuba berpaling tetapi orang itu terus memeluknya. Sara tersenyum dia tahu itu adalah Wu JI.

"Sayang, kau tak sepatutnya berada di sini. Angin sejuk boleh mengganggu kesihatan," ucap Shu Wu Ji perlahan.

"Maafkan Sara,"kata Sara. 

"Semalam, Ann Di datang bilik dan dia menerangkan segalanya," balas Shu Wu JI. "Aku begitu kecewa dengan sikap kau Sara sebelum ini sebab adakah kau telah berubah hati? Kita baru sahaja melangsungkan perkahwinan masuk hari ini dua minggu." Sara hanya mendiamkan dirinya. Meluahkan apa yang terbuku di hatinya takkan dapat membuat Shu Wu JI memahaminya kerana dia tidak mahu menerima alasan Sara. "Ann Di itu Wu Hen bukan?"tanya Shu Wu JI. Sara berpaling. "Dia menceritakan segalanya. Sara aku cintakan kau selamanya. Aku tahu kau menyediakan diri aku bila kau pulang nanti kepada mamatok dan mak. Tapi Sara, aku berjanji aku akan kuat bila masa itu tiba,"kata Shu Wu JI memujuk. Sara begitu tersentuh dengan kata-kata Shu Wu JI. Shu Wu Ji memeluk isterinya. "Kau jangan berangan hendak ceraikan aku, faham? Kita kawin dengan ijabkabul dan tradisi di sini tak boleh digunapakai,"bisik Shu Wu JI.Sara ketawa walaupun ada airmata yang mengalir. Dia mengesatnya cepat-cepat.

"Apa dia urusan kau ke Melaka Wu JI?"tanya Sara. Wu JI melepaskan pelukannya dan membawa Sara duduk di bangku tidak jauh dari situ.

"Wang LI Bao gongju meminta adik sepupunya menemaninya di Melaka. Jadi itulah kerja Wu JI. Memastikan Wang xiaojie tiba di Melaka dengan selamat."

"Dia cantik tak?"tanya Sara. Shu Wu Ji memandang Sara seketika dan mengangguk perlahan. "Do you like her? Kau nak aku pasangkan tak dengan kau?"tanya Sara. Shu Wu JI menjentik dahi isterinya dan Sara mengaduh kesakitan. "Sakit tau tak?"desis Sara.

"Sakit lagi hati Wu JI ni faham?"jawab Shu Wu Ji. Dia ketawa sambil mengurut dahi Sara yang kemerahan. "Kau mahu orang tahu kau isteri aku ke atau kau mahu dikenali sebagai Zheng xiaojie sahaja?" Sara tersenyum. Itu satu soalan yang bukan mudah untuk dijawab. Dia percaya Shu Wu JI akan ada peminatnya sendiri nanti.

"Buat masa sekarang kita rahsiakan dulu hubungan kita," jawab Sara. Shu Wu JI tidak menyukai jawapan itu sebenarnya. "Kenapa kau pandang aku macam tu?"tanya Sara apabila melihat Shu Wu JI memandangnya tanpa berkelip.

"Biarpun kita tak umumkan, kau aku haramkan berkawan rapat dengan mana-mana lelaki atas apa alasan sekali pun," jawab Shu Wu JI.

"Biarpun kita tak umumkan, kau aku izinkan berkawan rapat dengan mana-mana gadis atas apa alasan sekali pun," balas Sara tersenyum. 

"Nin-" Shu Wu JI hilang kata-kata dengan ucapan Sara itu.

"Zheng xiaojie," panggil Lee Taiyi dari jauh. Dia berlarian menuju kepada Sara. 

"Terutama dengan tabib itu," bisik Shu Wu Ji.

"Dia tabib, jiaofu yang gajikan dia memantau kesihatan aku. Tak payah  cemburu sangatlah," balas Sara perlahan.

"Yi Song, kenapa?"tanya Sara. 'Hah, Yi song?' bentak hati Shu Wu JI apabila Sara memanggil lelaki tinggi lampai itu dengan nama sebenar.

"Xiaojie, tidak boleh berada di sini. Bukankah semalam sudah demam. Mari saya temankan ke bilik," kata Lee Taiyi sambil cuba membawa Sara berjalan ke biliknya. Shu Wu JI menolak tabib muda itu ke lantai. Sara menjeling kepada Shu Wu JI. Sara mengeluh.

"Yi Song, ini suami saya Shu Wu JI. Shu Daren. Tak ramai yang tahu pasal perkara ini, tapi tolong rahsiakan, ok?"kata Sara menarik Yi Song berdiri. Dia berpaling kepada Shu Wu JI. "Happy?"tanya Sara. Shu Wu Ji cuba untuk tidak tersenyum.

"Shu Furen," panggil Lee Taiyi.

"Shuang er," kata Sara membetulkan. "Kami datang dengan urusan yang berbeza jadi, saya harap awak akan rahsiakan perkara ini," pinta Sara lagi. Lee Yi Song yang terkejut dengan kekasaran Shu Wu Ji mulai faham kenapa Shu Wu JI begitu. Dia menganggukkan kepalanya berkali.

"Maafkan kekasaran aku," sapa Shu Wu Ji. Lee Taiyi tersenyum hambar. Dia mengikut langkah Sara yang sudah pergi meninggalkan tempat itu sendiri.

   

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now