68

166 27 2
                                    

Nalan Daren bangun agak awal walaupun semalam dia terpaksa menyelesaikan kerja rasminya sehingga lewat malam. Fikirannya hanya kepada Mo Li hua yang menyamar sebagai M Shang Wu. Dan bagaimana Li Yang Jian melepaskannya untuk dia menjadi isteri Shu wu Ji. Dia mengeluh kerana sepatutnya dia yang berkahwin dengan Mo Li Hua sekiranya dia sampai sebelum perkahwinan itu berlangsung.

"Nalan Daren," bunyi ada ornag memanggil di luar bilik bacaannya.

"Masuk," kata Nalan. Dia tahu itu adalah orang bawahannya.

"Daren, Shu Daren akan bertolak ke Nanjing hari ini juga," kata lelaki berpakaian serba hitam itu.

"Dia percaya nota itu adalah kiriman Zheng He?" tanya Nalan sambil menghampiri lelaki itu.

"Ya!"

"Begitu mudah dia mempercayainya?" soal Nalan mendengus. "Kau tak sehebat mana rupanya Shu wu Ji,'katanya sendiri." Apa yang buat kau begitu yakin dia mempercayainya? "

" Shu Daren mempercayainya kerana cop rasmi Pelaut Diraja Zheng He, "jawab lelaki itu berterus-terang. Nalan terketawa kecil.

"Ma Shang Wu ne?"

"Akhirnya mereka berdua bergaduh. Ma xiaoye err Ma kunyang kelihatan amat marah tadi."

"Apa reaksi Shu Wu ji?"

"Dia tidak mempedulikan Ma kunyang dan terus bersiap untuk bertolak."

Nalan tersenyum puas. Rancangannya berjaya.

"Baiklah, kau boleh balik. Itu upah kamu. Ingat biar pecah perut jangan pecah mulut," kata Nalan. Lelaki itu menunduk hormat dan teus mengambil upahnya dan berlalu. Nalan termenung di tingkapnya. Semuanya adil dalam peperangan dan juga percintaan. Mo LI Hua, tunggu piao ge mengambil kau kembali dan kita akan hidup bahagia seperti dahulu. Fikirnya lagi. 

Sara walaupun kelihatan dapat mengawal keadaan tetapi dia tidak sedar dia mengeluarkan beberapa keluhan ketika berdiri di tepi tingkap. Ann Di yang sedang membantu Xiao Lian mengubah bunga di meja berpandangan. 

"Xiao Lian, Ann Di terasa seperti hendak makan buah. Bolehkan Xiao LIan tolong Ann Di?"pinta Ann Di.

"Sudah tentu Ann Di kunyang," kata Xiao Lian langsung bangun dan bergerak ke dapur. Ann Di atau Andrew pergi ke sisi Sara dan menyentuh sikunya. Sara terkejut dari lamunannya.

"Kau ni kenapa Sara? Aku tengok sejak lepas makan kau macam tak senang duduk," tanya Ann Di. Sara menarik tangan Ann Di dan duduk di meja.

"Aku sedang berfikir, mengapa aku di sini dan kenapa aku tempuhi pelbagai masalah. Tujuan aku pulang ke sini hanya untuk melihat Shu Wu Ji hidup bahagia," balas Sara. Ann Di memandang wanita yang hebat di matanya.

"Kalau macam tu, mari kita lari nak?"cadang Ann Di. Sara ketawa.

"Kau gila?"usai ketawanya. Ann Di menggelengkan kepalanya.

"Dinasti ini, kita macam ancient world tour. Kita ke Goryeo atau Silla, kita boleh ke Melaka jika kau mahu atau kita boleh berkunjung ke tamadun Ayutthaya. Bukankah itu lebih menarik daripada kau menyelesaikan masalah Mo LI Hua,"kata Ann Di lagi. Lama Sara menatap wajah Ann Di. 'Betul juga kata Ann Di ni,'fikir Sara. Dia tidak sedar memegang rantai mutiaranya. Ann Di mengeluarkan cucuk sanggul jed putih yang sentiasa berada di tangannya.

"Duit?"tanya Sara. 

"Kau kan kaya. Kau kan jutawan. Aku bosanlah di sini. Dikejar diherdik. Dipandang rendah. Baru aku tahu susah rupanya jadi perempuan ni," jawab Ann Di panjang lebar. Hati Sara bagai ditarik-tarik. Dia amat sukakan idea itu. Hidup dengan bebas tanpa ikatan apa-apa.

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now