42

232 27 1
                                    

Kecoh satu kediaman Li, Yuan Yuan akan bersalin awal kerana tersungkur di bilik Mo LI Hua tadi. Lao Furen, DaNyang zi, Li Laoye dan LI Yang Jian menunggu di luar bilik Yuan Yuan. Bersilih ganti dayang-dayang berlarian membawa baldi air panas, kain bersih dan suasana agak hingar-bingar di situ.

"Ini semua salah kamu Jian er," herdik Danyangzi.

"Nyang.." jawab Li Yang Jian.

"Nin ah, degil! Kalau kamu tak bawa Mo LI Hua dengan masih berpakaian pengantin, Yuan Yuan takkan bertindak begini!" marah DaNyangzi lagi.

"Nyang, Mo LI Hua isteri rasmi Jian er," jawab Li Yang Jian lagi. Lao Furen pergi kepadanya dan menampar badan LI Yang Jian berkali-kali. "Zumu! sakit!" jerit LI Yang Jian.

"Jian er, hati Zumu ini lagi sakit. Kalau anak kamu selamat, kamu mesti berubah. Kalau anak Yuan Yuan ini tidak dapat diselamatkan, kamu jangan tegur atau panggil Zumu lagi. Anak tak mendengar kata!"tempik Lao Furen. Danyangzi dan Lao Furen menjadi satu pasukan malam ini. "Kamu sudah pun menulis surat perceraian masih tak malu mengakuinya!" bebel Zumu.

"Ini semua salah Tiye dan Nyang!" tempik Li Yang Jian. Tekanan demi tekanan dirasakan kini oleh panglima itu. "Jian er tak pernah mahu menceraikannya! Jian er dipaksa oleh Tiye dan Nyang!" sambungnya lagi. Kedengaran suara Yuan menjerit kesakitan.

"Heh, kau dengar tu. Itu suara Yuan Yuan, wanita yang kau sanggup mati dari meninggalkannya!" kata Zumu menunjuk kepada bilik Yuan Yuan. Li Yang JIan terdiam.

"Zumu, percaya atau tidak, Jian er sayangkan Mo LI Hua!" balas LI Yang Jian.  Dia hendak berlalu kerana teringatkan Mo LI Hua berada di dalam biliknya.

"Kamu hendak ke mana? Yuan Yuan sedang bertarung nyawa di sana!" panggil Danyanzi. 

"Semua sudah ditentukan, Nyang. Selamat atau tidak, sudah tertulis. Jian er minta diri kerana isteri rasmi rumah ini sedang menunggu," kata JIan er berlalu pergi.

"JIan er, Jian er," panggil LiLao ye cuba menghalang. Tetapi tidak dihiraukan oleh LI Yang Jian. Dia sampai di bilik Mo LI Hua dan melihat Mo LI Hua masih duduk di katil pengantin.

"LI Hua, maafkan aku, aku tak dapat membenarkan kau berkahwin dengan Shu Wu Ji. Kau milik aku. Aku sayangkan kau," tegur Li Yang Jian.

"Na, kita mesti selesaikan upacara perkahwinan ini," jawab Mo Li Huazhen. Zheng gonggong sememangnya bijak kerana suara Mo LI Huazhen kedengaran hampir serupa. LI Yang JIan pergi ke meja dan mengambil dua cawan wain perkahwinan.  Li Yang JIan meminum wain itu dengan pantas. Dia tanpa berlengah membuka kerudung pengantin perempuan dan dia terkejut kerana itu  bukan Mo Li Hua. 

"Kau siapa?!"

"Li Daren, saya Mo LI Huazhen," jawab Huazhen. 

"Kau bukan Mo Li Hua!"

"Ya, saya ialah pengantin gantian Zheng xiaojie," jawab Huazhen tenang. Li Yang Jian meluru kepada Huazhen dan mencekik leher Huazhen dengan penuh kebencian.

"Li Hua, kau takkan aku lepaskan. Baik, jika kau tak dapat membunuh kau aku akan membunuh perempuan ini!"  Mo LI Huazhen tidak terlalu meronta walaupun kesakitan. Dalam hatinya mengira sebanyak 5 detik. 'lima, empat, tiga, dua,..' Li Yang JIan tersungkur dengan sendirinya. Huazhen mengurut lehernya yang berbekas. Dia membawa LI yang JIan ke katil, menanggalkan pakaian panglima itu, dan dia sendiri memakai pakaian tidur. Dia mencucuk tiga jarinya dan mengeluarkan sedikit darah. Dia nekad  untuk membantu Sara.  Selesai meletakkan segala props di tepi katil dan sebagainya dia berbaring di sisi LI Yang Jian. 

"Daren, Daren," panggil Shen LIang. Mo Li Huazhen dengan rambut terurai dan pakaian sutera berwarna merah membuka pintu. Shen LIang terkejut melihat seorang wanita muda di situ. "Kunyang, siapa awak?" tegut Shen LIang.

"Saya Mo LI HUazhen. Saya diculik oleh Li Daren sebentar tadi. Saya ialah pengantin gantian Zheng xiaojie," terang Mo LI Huazhen.  Kata-kata itu memeningkan kepala Shen LIang. Segala jerih perih tengahari tadi adalah sia-sia kerana mereka menculik salah orang.

"Boleh kejutkan Daren, Err xiaojie sudah melahirkan anak lelaki," kata Shen LIang. Mo Li Huazhen menoleh ke belakang dan kepada Shen LIang semula.

"Daren minum dengan banyak tadi, saya rasa dia akan tidur sampai pagi," jawab Mo LI Huazhen. Shen LIang melihat Li Yang Jian tidur dengan nyenyak.

"Na, saya pergi dulu," kata Shen LIang meminta diri. Dia terpaksa melaporkan kepada Li Laoye tentang apa yang sedang berlaku.

Keesokan paginya, Shu Wu Ji bangun agak awal kerana dia sengaja mahu menatap wajah Sara sedang tidur. Dia menyentuh dengan lembut wajah gebu itu dan tersenyum. 'Sesungguh aku bersyukur kita dapat bersama. Shuang er, aku minta maaf, walaupun aku bersedia kau pergi meninggalkan aku balik kepada mamatok dan mak, yang pasti aku takkan dapat melepaskan kau pergi,'kata Shu Wu JI di dalam hatinya. Sara membuka matanya perlahan.

"Qin ai de, what are you doing," kata Sara dalam ketiduran. Shu Wu JI ketawa kecil.

"Dah subuh, solat bersama?"ajak Shu Wu JI.

"Too tired," jawab Sara. Shu Wu JI bangun dan mencempung Sara ke tempat mandi yang telah Xiao Lian sediakan. Xiao LIan sudah pun menanti di situ.

"Xiao Lian , tolong kejutkan Shu furen ini dari tidurnya dan suruh dia mandi sekarang juga," arah Shu Wu JI dan keluar dari tempat mandi itu dan mengambil pakaian untuk persalinan dirinya. Dia keluar dari bilik itu dan pergi ke biliknya.

"Shu Furen bangunlah," kata Xiao Lian. 

"Dah bangun," jawab Sara.

"Mata masih tutup," usik xiao Lian.

"Kenapa bising sangat pagi ni?"tanya Sara membuka matanya. "Dah sediakan pakaian aku mandi sekarang," kata Sara.

Mereka pergi mengadap Zheng gonggong di meja sarapan. 

"Selamat pengantin baru anak-anak jiaofu," ucap orang tua itu. "Dah bangun dari melutut kita bersarapan bersama," pelawa Zheng gonggong.

"Terima kasih jiaofu," balas Sara.

"Li Laoye menitip ampun maaf baru sebentar tadi kerana perbuatan memalukan Li Yang JIan dan dia berjanji akan menjaga Mo Li Huazhen dengan baik," terang Zheng gonggong.

"Kalau mereka tidak menjaga dengan baik?"tanya Sara. Zheng gonggong ketawa.

"Tiada lagi keluarga LI di ibunegeri ini," jawab Zheng gonggong.

"JIaofu, wo ai ni," ucap Sara. Zheng gonggong memegang kepala Sara.

"Wu Ji, kau ada tugas berat ni. Ini satu-satunya anak jiaofu."

"Wu JI berjanji akan melindungi, menyayangi-"

"dan mengikut segala kemahuan Shuang er," sampuk Sara. Berderai ketawa Zheng gonggong.

"Apa perasaan Shuang er sekarang?"tanya Zheng gonggong.

"Shuang er telah mengalahkan LI Yang JIan dalam permainan dia sendiri. Itu sudah cukup bagi Shuang er. Belum pernah Shuang er berjumpa dengan orang seperti LI Yang JIan," ujar Sara sambil memandang Shu Wu Ji di sebelahnya. 'Segak sungguh suami aku ini,'desis Sara.

"Apa yang Shuang er fikirkan?"tanya Shu Wu JI apabila melihat Sara asyik memandangnya.

"Hmm, sejak menjadi menantu Zheng gonggong, Wu JI sangat tampan Shuang er tengok," kata Sara mengangkat keningnya berkali-kali. Shu Wu JI tersenyum lebar mendengarkan pujian itu.

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now