36

259 34 3
                                    

"Aku penat, Sara," kata Shu Wu Ji bersandar di tiang pondok itu. Sara duduk di meja melihat sahaja Shu Wu Ji yang sugul dari tadi. "Sepanjang aku mengenali kau, berapa kali aku hampir kehilangan kau," sambung Shu Wu Ji lagi. Sara terdiam dengan kata-kata itu.

"Aku masih di sini bukan?"tanya Sara kembali. Shu Wu Ji memandangnya.

"Kau tahu tak perasaan aku bila melihat leher kau begitu?!"tegas Shu Wu JI. Sara melihat lelaki segak itu di hadapannya. 'Aku tidak tersilap pilih,'bisik hati Sara. 'Walaupun kau dan aku tidak ditakdirkan bersama, melihat kau mengambil berat begini sudah satu kesyukuran pada aku Wu Ji,' kata hatinya. "Sekali kau cedera begini, aku juga terasa sakit itu, kau faham tak?"kata Shu Wu Ji. 

"Wo ai ni," balas Sara. "Tiada yang lain di hati aku," sambung Sara. Shu Wu Ji yang tadinya begitu serius menghela nafas panjang melihat Sara di hadapannya.

"Wo ye ai ni," kata Shu Wu Ji dengan nada yang lebih lembut. Sara tersenyum.

"Terima kasih kerana banyak mengambil berat terhadap aku, sejak mula kita berkenalan,"kata Sara.

"Jangan mengubah topik. Aku tahu kau cuba mengelak mendengar aku bercakap," ucap Shu Wu Ji. Sara tersenyum dalam kesakitan. Hendak tersenyum pun menjadi susah kerana kecederaan di lehernya. "Don't do this anymore,"tegas Shu Wu Ji.

"Habis kau ingat aku pergi menyerah tengkuk kepada LI Yang Jian? Hah, cekiklah, cekiklah. Macam tu?"kata Sara cuba mengendurkan ketegangan di situ.

"Bukan masanya untuk bergurau, sayang,"balas Shu Wu Ji.  

"What's your point then?"tanya Sara. Dia tahu, sekali Shu Wu Ji membuka mulut terutama dalam keadaan begini, susah baginya untuk menghentikan Shu Wu Ji.

"Kau membuat aku begitu takut tadi, Shuang er,"akui Shu Wu Ji.

"Aku tahu,"balas Sara pendek. "Lapar tak?"tanya Sara kepada Shu Wu Ji.

"Nak makan di sini atau di luar?"tanya Shu Wu Ji. 

"Makan di luar sahaja,"jawab Sara. Shu Wu Ji memanggil Ah Chan untuk memanggil Xiao Lian dan Pipit mengikuti mereka. "Wu JI, aku hendak bertemu dengan Zhu Wu sebentar," pinta Sara. Shu Wu Ji dan Pipit bertukar pandangan. 

"Kalau aku tak benarkan?"balas Shu Wu JI. 

"Zhu Wu cedera dihentak bangku oleh LI Yang Jian. Aku mesti pergi bertemunya untuk kali yang terakhir,"jawab Sara lembut. "Boleh ya? Kau akan ada, LI Yang  Jian takkan berani berbuat apa-apa," pujuk Sara lagi. Shu Wu Ji menggelengkan kepalanya. Dia sememangnya tidak pernah menang kalau dengan Sara.

"Sekejap saja," kata Shu Wu Ji.  Sara tersenyum. Mereka pergi ke bilik Zhu Wu berlima. Zhu Wu terbaring bersama balutan di sana sini.

"Zhu Wu, ini Li Hua," tegur Sara masuk ke bilik Zhu Wu. Bau ubat amat kuat boleh dihidu di bilik itu. Shu Wu Ji sungguh tidak percaya betapa ganasnya Li Yang Jian boleh mencederakan orang sendiri. Zhu Wu bangun dibantu oleh Pipit. "Maafkan LI Hua, Zhu Wu. Kerana Li Hua Zhu Wu jadi begini," kata Sara bersimpati. Dia duduk di sisi Zhu wu. Zhu Wu menggelengkan kepalanya.

"Li Daren hilang akal ketika itu, Zhu Wu kenal LI Daren, setiap kali dia menggunakan kekerasan dia akan menyesalinya. Mo Xiaojie jangan bimbang ya?" kata Zhu Wu.

"Hari ini, Li Hua akan berpindah dari rumah ini. Li Hua datang mahu memberikan ini kepada Zhu Wu," kata Sara menunjukkan tag jed hijau berkembar. "JIka Zhu Wu mahu Li Hua menebus Zhu Wu, bawa yupe ini kepada Shu Wu Ji. LI Hua akan wakilkan Shu Wu Ji untuk membawa Zhu Wu keluar dari sini."

"Mo xiaojie, jika bukan di sini ke mana lagi saya mahu pergi?"tanya Zhu Wu terkejut.

"Datang ke Hangzhao bekerja dengan aku sebagai orang yang bebas bukan sebagai hamba,"jawab Sara. Zhu Wu terkejut dengan tawaran itu dan memandang sahaja wanita muda yang menjadi kegilaan Li Yang Jian kini. Sara menarik tangan Zhu Wu dan meletakkan Yupe itu di atas tangannya. "Terpulang kepada kau apapun keputusannya. Kau banyak membantu Li Hua di sini dan hanya ini yang Li Hua boleh lakukan," sambungnya lagi. Zhu Wu melihat Yupe hijau yang cantik di genggamannya.  "Semoga cepat sembuh ya, Li Hua mesti pergi sekarang," kata Sara berdiri hendak berlalu.

"Mo Xiaojie, maafkan Zhu Wu tidak datang waktu yang tepat untuk membantu semalam," ucap Zhu Wu. Sara menggelengkan kepalanya tanda dia tidak berdendam.

"Cepat sembuh ya Zhu Wu. Li Hua minta diri. Fikirkanlah tawaran itu. Tiada tarikh lupus. Selagi ada Shu Daren, dia akan membantu Zhu Wu," beritahu Sara menunduk hormat. Mereka keluar dari bilik itu. Zhu Wu melihat yupe di tangannya. Dia menitiskan airmatanya kerana kebaikan Mo Li Hua dan kenyataan yang Mo LI Hua akan pergi dari rumah itu selamanya. 

"Mo Xiao jie semoga satu hari kita akan bertemu lagi," kata Zhu Wu perlahan. Dia menyimpan baik-baik yupe itu di bawah bantalnya dan itulah harta yang paling berharga dalam hidupnya.

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now