9

304 32 3
                                    

"Da ren, kenapa?kenapa?"tanya Sara terkejut pergi meninjau ke tingkap.dan belakang pintu. "Ada penjahat ke?"tanya Sara berpura-pura cemas. Xiao Lian dan Shu Wu Ji juga membuat muka terkejut.

"Kau buat apa di sini?"tanya Li Yang Jian.

"Saya?"tanya Wu Ji. "Kami kebetulan bersua di sini dan Li furen hendak mencuba teh yang baru sampai dari Parsi."

Li yang Jian melihat hidangan yang.banyak dan beberapa teko teh di situ.

"Kenapa Sam Tsui beritahu kau menampar mukanya?"tanya Li Yang Jian.

"Mana Sam Tsui?"tanya Sara.

"Saya di sini,"jawab khadam itu tertunduk-tunduk.

"Aku tampar kau?"tanya Sara.

"sam Tsui, kau menipu ya,"balas Xiao Lian.

Sam Tsui berlutut. "Da ren, Li Furen benar-benar menampar saya,"kata khadam itu.

"Ada saksi?"tanya Xiao Lian.

"Ada..."datang seorang lagi khadam yang tidak dikenali. Sara melihat dengan tenang saja kedua orang di hadapannya.

"Kau masih hendak berbohong?"tanya Li Yang Jian.

"Yang Jian,"tegur Shu Wu Ji.

"Xiao Lian, tadi aku menyalin baju bukan? Sebelum.masuk ke bilik ini?"tanya Sara kepada Xiao Lian. Xiao Lian memandangnya dan mengangguk perlahan-lahan. 'Apa yang Lihua nak buat ni?'tanya hati Xiao Lian. "Sekarang ni kau cakap masa aku tampar kau tadi aku pakai baju warna apa?"tanya Sara.

"Mana ada Li Furen bertukar pakaian?"kata Sam Tsui.

"Hoi saksi, aku pakai pakaian warna lain kan masa menampar Sam Tsui?"tanya Sara kepada saksi tadi.

"Er...er..."saksi itu tergaru2 kepalanya. "Ya, tadi warna ungu,"balas saksi itu. Sara ketawa. Dia memandang Wuji.  Wuji memanggil pembantunya Ah Chan.  Ah Chan menghunuskan pedangnya ke leher Sam Tsui.

"Sam Tsui, aku akan lepaskan kau kalau kau mengaku kau menipu,"kata Sara. "Kalau tidak kita ke pejabat majistret sahaja,"kata Sara.

"Li daren, saya diminta mengekori Li Furen dan saya merasa marah kerana Li Furen tidak memberi saya mengikutnya ke atas bersama Xiao Lian. Sebab tu saya berbohong,"jawab Sam Tsui sambil merayu.

"Rou Hee, berikan hukuman mengikut keluarga Li,"arah Li Yang Jian.

"Apakah hukumannya?"tanya Shu Wu Ji.

"Berbohong untuk mencemarkan kehormatan adalah dibenam ke tasik sampai mati,"jawab Li Yang Jian.

"Li Daren, tolong saya ada anak tiga orang untuk disara,"kata Sam Tsui dalam tangisan.

"Li Daren,saksi ini?"tanya Rou Hee.

"Bunuh saja,"kata Li Yang  Jian.

"Li daren, tolonglah kami, Li Daren..."kata mereka dalam rayuan dan tangisan.

"Kau cuba memburukkan Li Furen, aku takkan biarkan kau lepas,"balas Li Yang Jian.

"Daren, berikan mereka berdua ini kepada Li Hua saja. Biar Li Hua memberi menetapkan hukuman,"pinta Sara tersenyum. Li Yang Jian berfikir sejenak dan bersetuju. Dia mengarahkan kedua mereka dibawa balik ke kediaman keluarga Li.

"Na, Li Daren apakata duduk sekali dan turut menikmati teh parsi,"cadang Shu Wu Ji. Li Yang Jian memandang Sara dan kemudian Shu Wu Ji.

"Baik, aku terima jemputan itu,"kata Li Yang Jian.

"Silakan," Shu Wu Ji mempelawa Li Yang Jian duduk.

"Daren, Li Hua meminta diri,"kata Sara memberikan hormat dan melangkah pergi.

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now