5

325 32 0
                                    

Sara berangkat pulang bersama 10 orang pengikut. Xiao Lian pembantunya, 9 orang lain adalah pembantu kewangannya, tukang cuci baju, cuci bilik, pemandu 2 kereta kuda dan penjaga kuda dan 2 orang lagi adalah pengawal peribadinya. Perjalanan separuh hari melalui liku2 gunung sedikitpun tidak menjemukan Sara. Dia menghirup udara segar dan tersenyum.

Dia membuka tirai dan kagum melihat alam sekeliling yang menghijau. Pokok2 buluh di tepi jalan dengan bunyi2 burung menghiburkannya.

"Li Hua kau nampak begitu bahagia,"usik Xiao Lian. Sara ketawa.

"Xiao Lian,"panggilnya berbisik.  Xiao Lian mendekatkan telinganya. "Kaya sangatkah keluarga Li ini?"

"Kau cakap apa ni?! Sudah tentu! Keluarga diraja jika ke sini tidak akan duduk di rumah tumpangan mana2. Mereka akan bermalam dia kediaman keluarga Li."

"Hmm, keluarga Mo?"tanya Sara.

"Keluarga Mo adalah kaya satu ketika dulu, namun setelah Laoye ditipu dan shaoye dibunuh oleh rakan kongsinya sendiri,,sepupunya lagi, Mo Laoye dan Mo Danyangzi menjadi murung perniagaan jatuh. Sebab tu kau dikahwinkan kepada Li Daren kerana Li Lao furen ialah saudara jauh Mo jia."

"Oh begitu ceritanya. Aku ingin sekali membeli hadiah untuk Zumu, Li Daren, Yuan Meimei dan Han Mei meimei."

Xiao Lian  meletakkan belakang tangannya ke dahi Mo Li Huan.

"Kau demam ke?"tanya Xiao Lian hairan. Sara mengalihkan tangan Xiao Lian dan menjeling.

"Terasa nak "shopping"?"jawab Sara.

"Shop-apa?"

'gao-wu..membeli belah.."balas Sara.

"Ah...tak perlu khuatir. Kau pilih saja barang tunjukkan tag jed ini (sambil menunjukkan ke pinggang  Sara) semua barang akan dihantar dan dibayar oleh Li jia."

"Semudah itu?"tanya Sara. Xiao Lian mengangguk.

"Ini, duit untuk dihabiskan untuk gerai gerai kecil tepi jalan."tunjuk Xiao Lian kantung biru bersulamkan nama Mo Li Hua di tangannya. Sara mengambil dan melihat isi dalamnya siling copper dan perak sarat di dalamnya.

"Hao le. Sampai di Nanjing kita berhenti makan dulu di kedai makan sayur2an. Boleh?"tanya Sara. Xiao Lian tersenyum.

"Sudah tentu!"jawab Xiao Lian. Mereka tiba di Nanjing tepat tengahari. Kesibukan Nanjing mengujakan Sara. 'Just like KL but more environmental,'bisik hatinya. Mereka berhenti di kedai sayur2an untuk menikmati makan tengahari. Selesai makan Sara memberikan sedikit wang saku kepada pengiring2nya untuk berbelanja. Pemberian Sara itu menggembirakan semua anak2 buahnya itu.

"Dalam sejam jumpa balik di sini,"arah Sara.

"Baik.Li furen,"kata mereka dan terus menghilangkan diri di celah-celah orang ramai itu. Tiba-tiba Sara melihat kelibat seorang lelaki yang saling tak tumpang seperti Shu Wu Ji sedang membantu seorang wanita yang sarat mengandung. Dia terpempan. Itu sememangnya Shu Wu Ji kerana itu adalah Shu Furen yang baik hati. "Kau bahagia dia sini Wu Ji. Aku merasa sangat lega,"bisiknya. Xiao Lian yang hairan melihat Sara begitu dan memandang ke arah pandangan Sara.

"Shu jiangjun,"kata Xiao Lian.

"Kau kenal?"tanya Sara. Xiao Lian menggelengkan kepalanya. "Habis tu?"

"Xiao Mo dan aku ke pasar dan terserempak dengan Shu Jiangjun dan Xiao Mo menceritakan dia baru saja sedar pernah koma 6 bulan dulu. Apabila dia sedar, Isterinya merasa begitu gembira dan menabur syiling emas di pasar."

"Adakah itu cerita terbaru?"

Xiao Lian menggelengkan kepalanya. "Selebihnya aku tidak tahu."

"Habis tu bila aku tanya kau kenal atau tidak Shu Wu Ji..kenapa kau kata tidak?"tanya Sara memandang Xiao Lian.

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now