15

280 33 1
                                    

"Mo LI Hua! Kau tunggu," panggil Li Yang JIan sambil mendapatkan Sara. Dia menghentikan langkah Sara dengan menarik lengannya ke belakang. "Aku masih suami kau!" Sara tidak menjawab dan memerhatikan sahaja LI Yang Jian yang naik berang. "Kau tak dengar ke? Aku masih suami kau!" ulangnya sekali lagi.

"Ada aku kata kau bukan?" jawab Sara yang tiada lagi kelembutan seorang puan besar dan sekarang hanyalah seorang wanita bernama Sara di hadapan Li Yang Jian.

"Sejak baik sakit, kau semakin biadap ya?"

"Sebelum sakit aku sangat bersopan bukan?" tanya Sara. Li Yang Jian terpempan dengan kata-kata itu. "Li Yang Jian yang kau hendak naik marah ini kenapa? Kau tahu dan aku pun tahu, oklah semua orang pun tahu-" 

"O..kay?Kau cakap apa ni?"soal Li Yang  Jian yang kehairanan. Sara menghela nafas panjang.

"Punya banyak yang diperkatakan itu yang kau tanya aku balik?" soal Sara kembali.

"Mo Li Hua, memang ibubapa kau ajar kau biadap begini dengan suami kau ke? Aku suami, aku punya segala hak ke atas kau!" balas Li Yang Jian.

"Oh...lepaskan hak itu. Selepas Yuan Yuan melahirkan adalah masa yang aku berikan kepada kau. Jadikan Yuan Yuan isteri rasmi kau. Dia mengabdikan dirinya kepada kau," kata Sara melepaskan pegangan itu. Shu Wu Ji yang masih memerhatikan dari beberapa ela tidak berganjak ke mana-mana. Sara memandang Shu Wu JI dan tersenyum. Dia mengisyaratkan kepada Shu Wu Ji yang dia boleh mengawal keadaan. Shu Wu JI mengangguk dan mengarahkan Ah Chan mengikutnya ke tempat lain. Li Yang JIan yang perasan dengan tindakan Sara merasa lagi tidak puas hati.

"Kau berdua begitu memahami antara satu sama lain tanpa berkata apa-apa, dia tahu apa yang kau mahukan?"soal Li Yang Jian. Sara memandang mata Li Yang Jian yang bersinar-sinar kemarahan. 'Ei, takkan cemburu kot?' soal Sara dalam hati. Sara mengambil langkah setapak ke hadapan tapi ditahan lagi sekali oleh Li Yang Jian. "Kau jawab!"

"Li Daren, kadang-kadang tak perlu mengatakan apa-apa kerana kita sendiri tahu jawapannya. Untuk soalan kau tadi, kau jawablah sendiri dan aku boleh katakan apa yang kau fikirkan adalah kebenaran,"balas Sara dan menyentap tangannya kembali. Dia berjalan pantas meninggalkan Li Yang Jian di belakangnya.

"Zhu An," Li Yang Jian memanggil pembantunya. "Beritahu Menteri Zhang, aku tak dapat datang hari ini untuk berjumpanya,"arah Li Yang Jian dan mengikuti Mo Li Hua atau Sara balik ke rumah. Masuk sahaja di pintu gerbang, Li Yang Jian mengangkat Sara dan membawa Sara di bahunya.

"Daren, Furen," tegur Xiao Lian terkejut.

"Xiao Lian kau tinggal di sini!"tegas Li Yang Jian. Yuan Yuan dan Su Lee yang berada di meja menikmati udara segara terkejut melihat apa yang di hadapan mata mereka. Sara juga terkejut tetapi dia mengambil keputusan untuk tidak meronta atau berbuat apa-apa. Li Yang Jian membawa Sara pulang ke bilik bacaannya. Li Yang Jian membuka pintu dan melepaskan Sara dengan kasar. Sara terduduk di lantai.,

"Aduh! LI Yang Jian perbuatan kau ini sangat memalukan!" jerit Sara. Li Yang Jian mendengus.

"Kita tidak pernah menjadi suami isteri yang sepatutnya. Malam perkahwinan kita aku berada bersama Yuan Yuan." 

Sara bangun dan membersihkan debu-debu di pakaiannya. Sara membetulkan urat  lehernya yang ketat.

"Kau hendakkan malam perkahwinan itu sekarang?"tanya Sara.

"Berani kau ya!"

"Aku bagi amaran pada kau. Jangan buat sesuatu yang akan memalukan diri kau sendiri," kata Sara memberi amaran. 'Ini Mo Li Huakah? Tiada ketakutan yang aku tengok di wajahnya,'desis hati Li Yang Jian. "Aku keluar dulu," kata Sara menuju ke pintu. Li Yang Jian menarik tangannya dan Sara berpaling lalu menamparnya dengan kuat.

"Kau berani?!"

"Haiya, beranilah! Lagi mahu tanya?"

Li Yang Jian meluru kepada Sara tetapi Sara mengelak dan menendang perut Li Yang Jian. Sara menolak Li Yang Jian ke lantai. Sara mengibas kedua tangannya.

"Kau...aku bagi amaran terakhir. Lagi sekali kau cuba memalukan aku sebagai seorang wanita, aku  bersumpah kau takkan keluar dari bilik ini lagi bernyawa. Aku lebih rela mati dari menerima perbuatan kau yang tak senonoh ni, faham?!" kata Sara.

"Tak senonoh aku suami kau!" jerit Li Yang Jian. Kesakitan dari pukulan Sara dirasakannya. Dia merasa tidak boleh menerima yang Mo Li Hua sudah berubah.

"3 bulan. 3 bulan. Sama ada Yuan Yuan melahirkan anak lelaki atau perempuan. Kau tulis surat cerai itu untuk aku. Kalau kau keberatan, aku akan membuatnya, Ingat tu," kata Sara dan terus membuka pintu. Dia menutup pintu itu sekuatnya. Hati Sara menyumpah seranah perbuatan keji Li Yang Jian tadi.

Xiao Lian berlari menangis mendapatkan Sara. "Xiao Lian, kenapa menangis?" tanya Sara lembut.

"Xiao Lian takut Li Hua diapa-apakan," jawab Xiao Lian dalam sendunya. Sara tersenyum.

"Aih, aku tak apa-apa! Mari aku lapar, tadi tak sempat makan mi yang sedap," kata Sara menaik Xiao Lian ke dapur. 

Shu Wu Ji pergi ke kedai pedagang England dan bertanya jika ada jam poket. Dan pedagang itu menunjukkan jam yang berwarna hitam berantai keemasan."Baik saya beli yang ini," kata Shu Wu Ji.

"Daren,ini..."tanya Ah Chan.

"Li Furen mahukan ini, kenapa?"

"Ini Li Furen sangat pelik bukan?"tanya Ah Chan.

"Hoi, tahu tempat kau," balas Shu Wu JI memberi amaran.

"Belum pernah Ah Chan berjumpa wanita seistimewa dia," akui Ah Chan. Shu Wu Ji memandang wajah pembantunya dalam-dalam. 'Lain macam je kata-kata kau ni,'tegurnya di dalam hati.

"Kau sukakan Li Furen?"

"Aih, nuchai tak berani. nuchai hanya memuji," jawab Ah Chan meminta maaf.

Su Lee mengikuti Yuan Yuan yang berjalan pantas ke bilik bacaan Li Yang Jian. Yuan Yuan tidak dapat menerima apa yang dilihatnya tadi.

"Err lang, Yuan Yuan," panggil Yuan Yuan dari luar. Li Yang Jian bangun dari lantai dan duduk di  meja bacaan.

"Masuk," kata Li Yang JIan. Dia mendapatkan isterinya yang sarat itu dan membawanya duduk di hadapannya. "Kenapa Yuan Yuan?"tanya Li Yang Jian.

"Err, Li Furen di mana?"tanya Yuan Yuan meninjau bilik yang luas itu. 

"Dia dah keluar kenapa?"soal Li Yang Jian balik.

"Tadi, er tadi-"

"Tadi?"soal Li Yang Jian.

"Tadi Yuan Yuan tak salah tengokkah?"soal Yuan Yuan bertalu-talu.

"Su Lee, bawa Yuan Yuan berehat," arah Li Yang Jian. "Tak ada apa-apa. Jaga anak kita dalam perut tu baik-baik ya?"kata Li Yang JIan lebih lembut. Yuan Yuan walaupun mahu lagi menyelidik tetapi dia takut Li Yang Jian akan menjadi kurang senang kerana dia adalah gundik yang semua orang tahu dicintai oleh Li Yang Jian. Yuan Yuan mengikut sahaja kehendak suaminya. "Err lang masih ada hal yang mesti dibuat. Kita jumpa makan malam ya?"pujuk LI Yang JIan. Yuan Yuan menunduk hormat dan berlalu dari situ.

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now