66

172 29 0
                                    

Sara duduk di tepi tingkap melihat bintang-bintang yang banyak di langit. Pipit, Xiao Lian dan Ann Di sudah pulang berehat di bilik masing-masing. Shu Wu Ji duduk bersebelahan Sara.

"Sayang, laokong perlu tahu semua rancangan sayang. Ini soal keselamatan. Laokong tahu sayang berupaya menyiasat sendirian tapi sekarang Li Yang Jian tidak akan balik ke Nanjing tanpa sayang,"kata Shu Wu Ji lembut. Sara mengeluh. Dia memandang wajah tampan Shu Wu Ji. Dia menyentuh pipi WuJi lembut.

"Misi ini sepatutnya sangat mudah. Sara datang, Sara akan ambil balik segala yang dicuri di meja judi. Simple and legal,"balas Sara memandang Shu Wu Ji di sebelahnya. Dia memeluk erat suaminya itu. "Terima kasih kerana datang ke mari. You didn't have to but thank you." Shu Wu Ji menepuk belakang Sara lembut. Sara sememangnya lain dari yang lain. Wanita lain sibuk dengan hal dapur dan jiran-jiran, Sara sibuk membantu yang memerlukan.

"I saw how Nalan look at you,"ujar Wu Ji. Sara menyandarkan dahinya ke bahu Wu Ji.  "Kenapa ni?"tanya Wu Ji.

"Nalan memanggil Sara LiHua tadi. Biarpun dalam penyamaran he could recognize me,"jawab Sara masih dalam dakapan Wu Ji. Shu Wu Ji menarik nafas panjang.

"Sayang sukakan Nalan?"tanya Wu Ji perlahan.

"Ni feng le (awak dah gila)?"jawab Sara ketawa. "Ada sesuatu tentang Nalan that is mysterious."

"Dia majistret yang paling muda. Dia sangat bijak. Jika Wu Hen masih hidup, mereka akan berkhidmat pada masa yang sama,"balas Wu Ji.

"Sara rasa Sara akan minta bantuannya dalam misi ini, bolehkan laokong?"tanya Sara memandang Shu Wu Ji.

"Dengan syarat you will include me in this mission,"jawab Shu Wu Ji.

"Sara janji,"kata Sara tersenyum. Wu Ji membetulkan rambut Sara yang terurai di dahi.

"Mari kita tidur. Esok kita masih banyak kerja kita,"ajak Shu Wu Ji.

"Ohhh, ok laokong good night,"kata Sara melepaskan Shu Wu ji.

"Good night?"tanya Shu Wu Ji. Dia menutup tingkap dan menguncinya. Dia mendukung Sara ke katil dan menutup lampu. "Mulai semalam, laokong akan tidur di sebelah laopo faham?"kata Shu Wu Ji. Sara ketawa.

"I love that idea!"balas Sara. Mereka menjalani malam yang hangat itu berdua seperti suami isteri yang normal.

Li Yang Jian terus-menerus minum dia biliknya. Zhu Wu cuba menahannya beberapa kali tetapi tidak berjaya.

"Mo Li Hua, kau belum tahu aku siapa,"kata Li Yang Jian kemabukan. "Zhu Wu aku nak kau intip ke mana dan apa yang Li Furen buat setiap hari,"katanya sambil terus menerus meneguk arak di hadapannya.

"Li Furen ada di Nanjing, Daren,"jawab Zhu Wu sebetulnya. Li Yang Jian merasa marah dan membaling mangkuk minum arak kepada Zhu Wu tetapi Zhu Wu dapat mengelaknya.

"Hanya Mo Li Hua isteri rasmi aku. Kau faham?!!"jerit Li Yang Jian dan dia terus pengsan di situ. Zhu Wu menggelengkan kepalanya. Dia mengangkat Li Yang Jian ke bilik penginapannya.

Sara bangun agak awal pagi itu dan terus berjumpa dengan Pipit yang sedang membantu Xiao Lian menjerang air untuk memasak.

"Cempaka,"tegur Pipit terkejut. Sara menarik Pipit keluar dari dapur untuk tidak membiarkan sesiapa mendengarnya.

"Aku nak kau pergi berjumpa Zhu Wu dan suruh Zhu Wu datang berjumpa aku di hujung Pekan sekarang.

"Tapi Cempaka hari gelap lagi ni,"balas Pipit.

"Ini penting. Kau jangan risau aku akan bawa Xiao Lian bersama,"jawab Sara. Pipit mengangguk dan terus berlalu dari situ. "Xiao Lian, ikut aku sebentar,"arah Sara. Xiao Lian menurutinya tanpa bantahan. Mereka berkuda ke hujung pekan.

"Kenapa kita ke sini Li Hua?"tanya Xiao Lian.

"Aku perlu berbicara dengan Zhu Wu,"jawab Sara.

"Li Hua, kau masih berpakaian wanita ni,"tegur Xiao Lian.

"Aku tahu tapi aku perlu bercakap dengan Zhu Wu sebelum Shu Wu Ji bangun,"terang Sara. Mereka menanti sekitar 15 minit dan mereka mendengar derapan kuda menghampiri. "Pipit," panggil Sara. Pipit dan Zhu Wu turun dari kuda dengan pantas.

"Zheng xiaojie,"tegur Zhu Wu.

"Panggil saja Li Hua Zhu Wu,"kata Sara membetulkan Zhu Wu. Zhu Wu menunduk hormat. "Kau apa khabar?"tanya Sara tersenyum.

"Zhu Wu sihat,"jawab Zhu Wu.

"Kita berbual di dalam bangsal di situ,"ajak Sara dan Zhu Wu mengikutnya. Xiao Lian dan Pipit mengikuti Sara beberapa langkah di belakang. "Zhu Wu kenapa Li Yang Jian ke mari?"tanya Sara.

"Li Daren mahu membawa Zheng Xiaojie pulang ke keluarga Li."

"Gila ke dia tu?Aku dah kahwin,"lantang balasan Sara. Zhu Wu menundukkan kepalanya. "Apa rancangannya?"

"Zhu Wu diarahkan untuk mengintip Zheng xiaojie mulai pagi ini."

Sara menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Zhu Wu, kehadiran Li Yang Jian menyukarkan hidup aku di sini,"keluh Sara.

"Zhu Wu mengerti,"jawab panglima itu perlahan.

"Hao,"balas Sara. "Ini adalah untuk kau,"Sara memberikan Zhu Wu sejumlah wang. Zhu Wu terkejut dan berlutut.

"Zheng xiaojie tolong jangan buat begini,"rayu Zhu Wu.

"Ni feng le. Bangun! Aku tak habis lagi bercakap,"arah Sara. Zhu Wu bangun dengan teragak-agak. "Kau intip aku untuk Li Yang Jian tapi kau mesti melaporkan kepada aku terlebih dahulu kerana aku tak mahu semua yang aku buat Li Yang Jian akan mengetahuinya."

Zhu Wu mengangguk tanda dia faham.

"Kedua,aku nak kau tengok siapa lagi yang mengintip aku,"minta Sara. Zhu Wu memandangnya dalam hening subuh. "Aku dapat merasa kehadiran aku di sini menjemput perhatian beberapa orang,"kata Sara lagi."Pipit akan menjadi orang tengah antara kau dan aku dan aku nak kau rahsiakan kerjasama ini."

Zhu Wu mengangguk lagi.

"Ini adalah upah kau membantu aku,"kata Sara menghulurkan beg itu. Zhu Wu menolaknya. "Zhu Wu aku tahu kau seorang yang setia. Aku bukan suruh kau belot dengan Li Yang Jian. Tapi aku nak kau bantu aku dalam penyelesaian aku di sini,"pujuk Sara lagi.

"Zheng xiaojie, selama ini Zheng xiaojie sahaja yang mengambil berat tentang Zhu Wu. Zhu Wu terhutang budi. Jika Zheng xiaojie perlukan pertolongan Zhu Wu akan bantu tanpa bayaran kerana-"

"Kita kawan,"sampuk Sara. Zhu Wu tersenyum. "Hao! Aku hormati keputusan kau tapi sekiranya kau memerlukan bantuan kewangan datang berjumpa aku ya?"kata Sara.  "Baiklah, itu saja yang aku mahu perkatakan. Maafkan aku mengambil masa kau pagi-pagi ini,"kata Sara memberi hormat. Zhu Wu menghalang Sara kerana dia serba-salah dengan kerendahan hati Sara.

"Zhu Wu minta diri,"kata Zhu Wu terus menaiki kudanya dan berlalu pergi.

"Kenapa sampai begitu sekali rancangan kau Li Hua?"tanya Xiao Lian.

"Li Yang Jian seperti anjing gila yang terlepas. Aku mahu bersedia dalam apa keadaan pun,"kata Sara perlahan. "Mari kita balik,"ajak Sara. Xiao Lian dan Pipit tanpa berlengah mengikuti Sara pulang ke kediaman mereka.




Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now