96

193 24 0
                                    

Tepat selepas asar Tun Ishak bersama Syahida tiba di rumah rehat. Sara,Ann Di dan Pipit menerima kunjungan itu dengan penuh kemesraan.

"Sya, Ann Di ada buat kuih tadi. Sya tunggu Shuang er di dalam ya,"jemput Sara mesra. "Datuk, Liu Lu dan Shu Wu  Ji menjemput datuk ke bilik mereka sebentar. Shuang er tunjukkan bilik,"kata Sara.

"Kalau begitu dinda Syahida ikut Ann Di,ya?Kanda pergi sebentar sahaja,"kata Tun Ishak tersenyum. Syahida mengikut sahaja permintaan Shuang er tadi.

"Abang, semalam ada orang menyerang Sara, Tun Daim membantu dia cedera,"kata Sara berbisik. Tun Ishak sangat terkejut dan mereka mempercepatkan langkah mereka.

"Daim!"panggil Tun Ishak apabila Sara membuka pintu bilik. Tun Daim sedang meminum ubat ketika itu. Pembantu bilik itu meminta diri dan tinggallah mereka bertiga.

"Kanda, alhamdulillah dapat bertemu kanda,"kata Tun Daim.

"Terukkah kau tercedera?"tanya Tun Ishak. Tun Daim menggelengkan kepalanya.

"Rusuk patah tetapi aku berada dalam jagaan Cik Zheng jadi, semuanya sangat baik,"kata Tun Daim. Tun Ishak memandang Sara.

"Shuang er cedera tak?"tanya Tun Ishak. Sara menggelengkan kepalanya. "Sangkaan Shuang er tepat. Yong Liu adalah adik bongsu Yong Qi berlainan ibu. Mereka diceritakan sangat rapat,"cerita Tun Ishak. Sara menghela nafas panjang. 'Kenapa semuanya menjadi semakin rumit?'soal hati Sara. "Semalam ada orang memecah masuk ke penjara tetapi mereka menculik salah orang kerana hamba menyorokkan kepala banduan itu dengan kain."

"Kalau begitu mereka tidak akan berhenti sehingga ketua mereka dijumpai,"kata Sara spontan. "Tun Daim tak boleh dialih jika mahukan penyembuhan yang pantas, sebab itu dia di sini,"beritahu Sara kepada Tun Ishak.

"Kalau begitu, kau duduk di sini sahaja, Daim. Kanda akan khabarkan kepada Cempaka yang kau punya kerja di pelabuhan perlu bermalam beberapa hari,"ucap Tun Ishak pantas. "Kanda doakan Daim pulih dengan pantas. Jika ada apa-apa beritahu ya?"kata Tun Ishak berdiri. Sara menunduk hormat kepada Tun Daim dan mengiringi Tun Ishak keluar.

"Mereka mesti memerhatikan Sara sekarang,"kata Sara perlahan. Tun Ishak mengangguk. "Malam nanti kita berjumpa di pintu belakang. Sara ingin berbual dengan Yong Liu seketika,"kata Sara.

"Shu Wu Ji perlu tahukah?"tanya Tun Ishak. Sara mengangguk.

"Tapi setelah Sara menyoalsiasat Yong Liu,"jawab Sara. Tun Ishak menghentikan langkahnya.

"Kenapa?Kerja ini membahayakan,"ujar Tun Ishak.

"Kalau Sara memberitahu sudah tentu Shu Wu Ji akan melarang. Silap haribulan Sara akan dikurung!"kata Sara bulat matanya.

"Kalau begitu biar abang membantu. Itu syarat,"balas Tun Ishak. Sara mengangguk. Mereka mengambil Syahida dan Ann Di dan pergi ke pasar dagang. Sara dan Syahida sedang melihat barangan perhiasan apabila Pipit berbisik yang mereka diekori. Sara dan Tun Ishak memanggil kereta kuda.

"Sya, dah lama kita keluar ni. Sya pun dah lama berjalan. Apakata kita sambung bersiar-siar dua tiga hari lagi?"cadang Sara teesenyum manis.

"Shuang er, lenguh sudah kaki Syahida ni,"jawab Syahida. Tun Ishak membawa isterinya menaiki kereta kuda itu.

"Berhati-hati,"kata Tun Ishak mengingatkan Sara. Sara melambai mereka hingga kereta kuda itu hilang dari pandangan.

"Ann Di,Pipit kita pulang sekarang,"arah Sara."Malam nanti,Pit kau mengawal Tun Daim dan Shu Wu Ji.

"Tapi Cempaka-"kata Pipit.

"Aku kan ada,"sambut Ann Di.

"Dah jom hampir maghrib ni. Kelaparan pun ya,"kata Sara. Ann Di dan Pipit menggelengkan kepala mereka kerana Sara memang kuat makan. Cengal menunggu kepulangan mereka di pintu.

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now