89

185 25 0
                                    

Tun Ishak membawa Sara ke bilik sisi di balai tetamu. Dia meletakkan Sara di bangku panjang. 

"Cik Ann Di, tunggu di sini hamba panggilkan tabib,"kata Tun Ishak cemas. Ann Di menahan Tun Ishak dari berlalu dari situ. Dia menggelengkan kepalanya. "Kenapa saudari tak  benarkan hamba memanggil tabib?"tanya Tun Ishak. Sara terus bangun.

"Tak perlu," tegur Sara tersenyum. 

"Sara tadi pengsan olok-olok?"tanya Tun Ishak. Sara dan Ann  Di berpandangan.

"Apa panggil hamba tadi?"tanya Sara memastikan.

"Sara," panggil Tun Ishak. "Betulkan, ini Sara? Abang tak berpeluang hendak mengenali Sara sebab bila abang berjumpa Cempaka, dia sudah menjadi Cempaka sebelum jatuh dari pokok,"kata Tun Ishak panjang lebar. Sara memandang Tun Ishak. Dia tersenyum.

"Abang Ishak tak terkejut?"tanya Sara perlahan. 

"Terkejut, hairan tapi ini Sara kan?"tanya Tun Ishak lagi sekarang. Sara ketawa. Shu Wu JI terburu-buru masuk ke bilik sisi itu.

"Shuang er," panggil Shu Wu Ji. Sara menjeling kepada Shu Wu JI. "Kau tak apa-apa?"tanya Shu Wu JI.

"Sepatutnya terima sahaja Wang He Lan itu," jawab Sara. Shu Wu Ji memandangnya tajam.

"Kenapa? Sara kalau kau rasa kau sudah tidak mahukan perkahwinan ini kau berterus-terang," tegas Shu Wu JI. Sara terpempan dengan soalan itu. 'Bukan aku lari ke sini dan ceraikan kau ke mang--,'bisik Sara. Dia memandang Shu Wu JI yang juga terkejut dengan kata-katanya.

"Err..ini-"kata Tun Ishak.

"Abang, katanya abang dah bernikah dengan Syahida bukan? Kita makan bersama malam ini?"balas Sara cepat-cepat. Tun Ishak mengangguk. 

"Abang?"tanya Shu Wu JI. Sara mengangkat keningnya berkali-kali. 

"Shu Wu JI kau mahukan jawapan pendek atau jawapan panjang akan soalan kau tadi?"tanya Sara. Shu Wu JI memandang Tun Ishak, Ann Di dan Sara silih berganti.

"Tak payah jawab,." kata Shu Wu jI. "Jam berapa Datuk kami hendak ke rumah Datuk?"tanya Shu Wu JI mengubah topik. Sara menjeling tajam. Tun Ishak tidak bertanya apa-apa lagi kerana sekarang di tahu Shu Wu JI dan Sara adalah suami isteri.

"Apakata selepas Isyak? Mari Sara, abang bawa ke rumah rehat," ajak Tun Ishak. Sara bangun dan mendapatkan Ann Di. Shu Wu Ji hanya menurutinya dari belakang. Dia tahu dia terlepas cakap tadi dan Sara bukanlah orang yang akan melupakan apa benda sekalipun. Dia tidak mahu memikirkan jawapan Sara kepada soalan yang dia sendiri menyesal bertanyakan.

"Abang Ishak, lanun Yong Lie itu di mana sekarang?'tanya Sara. 

"Ada di penjara," jawab Tun Ishak. 

"Sara nak buat satu permintaan boleh?"tanya Sara.

"Cakaplah apakah dia, kalau abang boleh tunaikan," jawab Tun Ishak.

"Sekejap lagi, abang gantikan penjenayah lain dalam bilik penjara Yong Liu dan abang bawa Yong LIu ke tempat lain. Pastikan tiada yang tahu akan hal ini," beritahu Sara seakan berbisik. Shu Wu JI yang berada di belakang mengesyaki Sara mempunyai rancangannya sendiri.

"Kenapa?"tanya Tun Ishak.

"Sebab masa Sara menangkap Yong Liu tempohari macam terlalu mudah. Jadi-"

"Sara takut memang dia dirancang untuk ditangkap bukan?"tanya Tun Ishak berbisik lagi. Sara menganggukkan kepalanya. "Apa alasannya Sara?"tanya Tun Ishak. Sara memberhentikan langkah mereka dan terus berbisik kepada Tun Ishak.

"Yong Liu ialah adik kepada Yong Qi, saudagar yang cuba menculik Hang LI Po sebelum dibawa ke sini,"kata Sara.

"Bukankah satu keluarga mereka telah dibunuh?"tanya Tun Ishak. Sara menggelengkan kepalanya.

"Liu Lu beritahu, semasa sekeluarga mereka dihukum bunuh, Yong Liu berada di tempat lain dan kerana nama keluarganya telah tercemar dia menjadi seorang lanun yang kejam,"beritahu Sara. "Dia sangat bijak orangnya," kata Sara. Tun Ishak memandang Sara dalam-dalam.

"Jadi nyawa Puteri Hang LI Po sekarang mungkin dalam bahaya bukan?"tanya Tun Ishak. Sara mengangguk. "Baik selepas abang hantar Sara, abang akan terus ke penjara. Sara jangan risau ya?"kata Tun Ishak. Mereka sampai di rumah rehat yang tersergam indah. Tiada bunga sakura tetapi pohon-pohon kelapa, bunga raya pelbagai warna menghiasi ruang taman rumah rehat itu. "Inilah dia rumah rehat buat sementara Sara dan teman-teman di sini ya. Nanti pembantu abang datang, Sara, Shu Daren, saudari Ann Di dan Pipit datanglah ke rumah ya. Kita akan bincang dengan lebih lanjut," kata Tun Ishak manis. Dia bersalaman dengan Shu Wu JI dan menepuk bahunya. Sara melambai selamat tinggal dan masuk ke rumah rehat itu.

"Cempaka," panggil Pipit. "Mari Pipit tunjukkan bilik," kata Pipit ceria. Dia membawa Sara bilik paling besar di situ. "Ini bilik Cempaka dan Shu Daren," tunjuk PIpit. "Di sana bilik Ann Di dan di hujung sana PIpit berkongsi dengan Zhen Hwang Di.

"Cantik bilik ni, Pipit," puji Sara memeriksa ruang kamar yang dihias seperti citarasa Melayu. "Shu Daren, hendak tidur di bilik lainkah? Kita tukar dengan Ann Di," usik Sara. Shu Wu JI menjeling tajam.

"Tak, aku mahu sebilik dengan isteri aku," kata Shu Wu JI tanpa memandang wajah Sara.

"Barang-barang semua Pipit dan uruskan, Cempaka," kata Pipit. "Ha, pasal Cengal pun PIpit dah selesaikan," kata Pipit lagi. Sara memandang PIpit dengan penuh rasa bangga.

"Adinda Pipit sudah matang untuk mengendalikan kerja-kerja penting sekarang," puji Sara. Pipit termalu-malu mendengar pujian itu. "Baiklah, malam ini Ann Di dan PIpit kita akan makan bersama Tun Ishak ok?"beritahu Sara. "Sara nak mandi, nak tukar baju. nak solat dan nak rehat sebentar," sambung Sara. "Semua diarahkan berehat." Dia terus masuk ke bilik dan menutup pintu. Ann  Di dan PIpit berpandangan kerana Shu Wu JI tertinggal di luar.

"Kami minta diri dulu, daren," kata PIpit. Dia dan Ann Di cepat-cepat masuk ke bilik mereka masing-masing. Shu Wu JI pergi ke pintu dan mengetuknya.

"Sayang, buka pintu ni," kata Shu Wu JI. Sara bercekak pinggang di depan pintu bahagian dalam dan sedang memikirkan perlukah dia membenarkan Shu Wu Ji masuk ke situ. "Sayang, Wu JI tahu Wu JI salah," pujuk Shu Wu JI. Sara membuka pintu itu dan membenarkan Shu Wu JI masuk. Dia menutup pintu itu,Shu Wu JI memeluknya lembut. "Maafkan laokong,"pintanya lembut. Sara melepaskan satu keluhan. Shu Wu JI dan cemburu tidak dapat dipisahkan. 

"Sara nak menjawab pertanyaan laokong tadi. Sekarang ni nak jawapan panjang ke pendek?"tanya Sara seperti mengusik. Shu Wu JI mencubit pipi Sara dengan kuat. 

"Tak nak, Wu JI tahu apa di fikiran Sara. Walaupun apa pun terjadi, Wu JI hanya mahukan Sara. Biarlah Sara ialah perempuan paling kejam sekalipun," jawab Shu Wu JI. Dia menyeluk poketnya. "Cincin ini adalah cincin perkahwinan kita, Wu JI nak Sara pakai balik, please," pujuk Shu Wu JI. Dia menyarungkan cincin jed pink dan hijau diikat emas ke jari manis Sara. Dia mengambil tangan kanan Sara dan menciumnya. "Shuang er, terimalah perkahwinan ini ya? Wu JI dah tahu macamana nak buktikan yang Wu JI hanya mahukan Shuang er sebagai kawan baik, isteri, cinta sejati selamanya," sambung Shu Wu JI. Sara menarik nafas panjang. 'Aku tak mahu kau terlalu bersedih bila aku dan Ann Di pulang ke zaman kami, Wu ji. JIka kau punya orang lain, orang itu akan menanggung kesedihan itu bersama-sama,'bisik Sara. 

"Ok, Shuang er penat. Shuang er nak tidur sekejap,"kata Sara. 

"Marilah, kita lelapkan mata seketika.Laokong penat melayan Wang He Lan dengan kerenahnya,"akui Shu Wu JI. Sara ketawa akhirnya dia mendengar juga Shu Wu Ji mengadu kerana selama ini dia tidak pernah mengadu susah apabila menjalankan tugasan dan amanah yang diberikan.

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now