92

180 23 2
                                    

Seluruh laman Tun Ishak disimbah oleh cahaya lilin yang mengelilingi istana itu. Sara memandang ke belakang ketika dia berjalan bersama Tun Ishak ke pintu gerbang. Tun Daim berdiri di anjung memandang mereka pergi. 'Daim jika kau boleh mengesyaki aku sebegitu sekali, kau memang layak menjadi pegawai istana yang disegani,'kata Sara. Mereka tiba di pintu gerbang dan melihat sebuah kereta kuda telah menunggu mereka di situ.

"Abang,maafkan Sara,"kata Sara memulakan bicara. Tun Ishak memandang Sara di sebelahnya.

"Apa yang Sara ucapkan ini?"tanya Tun Ishak. Sara memandang wajah Tun Ishak di kesamaran malam itu seketika.

"Apa yang sudah terjadi sebenarnya? Bukankah Syahida selama ini-" Sara tidak dapat menyudahkan kata-katanya.  Tun Ishak melihat wajah Sara yang benar-benar mahu tahu.

"Abang bernikah dengan Delima setelah mengikuti rombongan Puteri Hang LI PO ke sini. Semasa itu, Cempaka baru sahaja sembuh dari luka ditikam oleh Yong Qi. Syahida dikawinkan oleh Pak Syeikh kepada seorang budiman di Melaka dan malangnya di rumah orang kaya itu, dia didera."

"Dera? Dera macamana?tanya Sara. Shu Wu JI menyentuh lengan Sara supaya membiarkan Tun Ishak menyudahkan ceritanya.

"Orang kaya itu berjanji untuk menjaga Syahida dengan baik dengan Pak Syeikh tetapi kita yang merancang Allah sahaja yang menentukan. Selepas mereka berkahwin, ibu kepada orang kaya itu mengahwinkan orang kaya tersebut dengan anak pembesar Melaka. Biarpun Syahida ialah isteri pertama, kerana isteri kedua adalah anak pembesar maka tarafnya diturunkan,"cerita Tun Ishak. Sara mendiamkan diri untuk mendengar cerita yang selanjutnya. "Nak dipendekkan cerita, Syahida dipukul dan diugut oleh isteri kedua itu hingga membuatkan dia pernah keguguran dua kali."

"Siapa lelaki bodoh tu? Dia tak tahu atau tidak mahu ambil tahu?"tanya Sara menjadi semakin naik angin mendengar Syahida diperlakukan begitu. 

"Abang jumpa Syahida ketika itu sudah terlalu didera hinggakan disimpan di suatu rumah buruk di hujung kota. Orang abang Ishak menjumpainya dan abang telah menggunakan kuasa abang menuntut keadilan untuk Syahida."

"Dia diceraikan dan abang berkahwin dengannya?"tanya Sara lebih lembut. 

"Abang dan Delima sudah beberapa tahun bernikah tapi tiada rezeki anak dan Syahidalah yang mengandungkan anak abang yang pertama,"terang Tun Ishak mengeluh panjang. Sara terdiam. Dia terfikir adakah takdir Syahida begini kerana dari pandangannya Delima  juga bukanlah mudah orangnya.

"Datin Delima izinkan abang berkahwin dengan Syahida?"tanya Sara perlahan. Tun Ishak menggelengkan kepalanya. 

"Abang bernikah dahulu baru bawa Syahida ke sini,"jawab Tun Ishak. Sara tanpa sedar menepuk dahinya. 

"Abang tak nampak ke Delima itu tidak menyukai Syahida?"tegur Sara. Shu Wu JI memegang lengannya dengan kuat kini kerana Sara sudah terlalu mencampuri urusan Tun Ishak.

"Abang tahu Sara. Tapi abang percaya Delima takkan apa-apakan Syahida kerana dia mengandungkan anak abang," beritahu Tun Ishak. Sara menggigit bibir bawahnya kerana dia sedang mengawal kesabarannya.

"Selepas bersalin nanti bagaimana?"tanya Sara lagi. Shu Wu JI sudahpun memberikan pandangan maut kepada Sara. Sara hanya membalasnya dengan jelingan. 

"Kata dukun, Syahida mengandungkan anak kembar. Delima berhasrat untuk membesarkan anak-anak itu,"jawab Tun Ishak.

"Abang tak menjawab pertanyaan Sara. Apa akan jadi dengan Syahida?"

"Datuk, hari sudahpun lewat. Kami berundur dulu," potong Shu Wu JI menarik tangan Sara ke kereta kuda. Sara cuba menyentap tangannya dari pegangan erat Shu Wu JI tetapi tidak berjaya.

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now