32

264 32 2
                                    

Tepat 6 pagi, Pipit sudah bersedia menanti Sara di hadapan pintu bilik.

"Xiao Lian, aku ke belakang dengan Pipit,"beritahu Xiao Lian.

"Nak Xiao Lian temankan?"

"Bu yong ah,Pipit ada ni. Aku nak sandwich telur pagi ni. Buat untuk Pipit sekali,"arah Sara. "Oh,ya!hantarkan ke belakang ya?"pinta Sara. Xiao Lian mengangguk tanda dia memahaminya. Sara dan Pipit berjalan ke belakang kediaman itu. Jauh dari pandangan sesiapa. Sara menyalakan obor yang berada di sekeliling gelanggang kecilnya. Sara memberikan pedang kayu kepada Pipit. "Hari ini aku nak tengok sejauh mana permainan pedang kau Pipit,"kata Sara sambil mengambil tempat di hadapan Pipit. Dia memusing pedang kayu itu sambil tersenyum. Pipit sudah bersedia untuk bertarung.  "Kau kalah kau mesti mengendong aku di belakang kau dari sini sampai ke bilik dan 3 pusingan taman...berlari,"kata Sara memberi amaran. Pipit mengangguk. Pipit memulakan serangan hadapan dan Sara menangkisnya tanpa bergerak. Pipit terhumban ke tepi. Pipit bangun dan menyerang dengan lebih agresif tetapi Sara masih tenang. Pedang Pipit menusuk ke perut tetapi Sara beralih satu tapak ke kanan dan membidas belakang Pipit dan Pipit terjatuh. "Ai,ai,ai!Pit kau berapa kali aku nak cakap...agak langkah lawan..yang kau ni menyerang macam ayam terpotong kepala ni kenapa?!"marah Sara. Pipit bangun mengibas tanah di tubuh.  "Mula sekali lagi. Kalau aku dapat menangkis serangan kau, aku jamin akan botakkan kepala kau.Faham!"kata Sara memberi amaran. Pipit berjalan ke tempatnya. 'Muka lain tapi garang tu sama saja! Mampus aku pagi ni,' Pipit menyumpah dirinya sendiri.

Sara menunggu sahaja Pipit berjalan ke posisi permulaan yang jaraknya beberapa meter dari Sara. "Zheng Xiaojie, Pipit mula sekarang," jerit Pipit yang sudah dua kali terhumban ke tanah oleh mentornya.

"Lai, ya..Ni zai deng shenme? (Datanglah, kau tunggu apa?)"jawab Sara menggelengkan kepalanya. Walaupun dia dapat menangkis serangan Pipit, namun dia dapat merasa yang kemahiran Pipit boleh dibanggakan.

"Yaaaah....." Pipit berlari dengan laju untuk menyerang Sara. Sara menghela nafas panjang. "Tadi kau tak dengar aku tegur apa tadi,hah?"kata Sara perlahan. Pipit melibas pedangnya dari sisi kanan tetapi Sara mengelak, Pipit melibas semula dari sisi kiri Sara mengelak lalu berpusing dan bergerak ke belakang Pipit. Dia memukul belakang Pipit dengan pedang kayu itu. Pipit terjatuh tetapi bangun semula dan terus menyerang. Pertarungan pedang kayu itu berlangsung tanpa henti berpihak kepada Sara akhirnya. Pipit terduduk kepenatan.

"Cempaka, Pit, Pit, mengaku kalah," kata Pipit termengah-mengah. Sudah lama dia tidak berlatih dengan Cempaka. Walaupun dikalahkan namun dia rela kerana kalah kepada Sara baginya tidak mengapa.

"Li Hua, Pipit...Xiao Lian bawa sarapan," tegur Xiao Lian sambil berjalan membawa dulang makanan.

"Baguslah aku dah lapar dah ni mengalahkan Pipit," sindir Sara sambil menjeling anak muridnya Pipit.  Pipit bangun dan mendapatkan Sara. "Mari kita semua makan bersama. Xiao Lian nanti aku dan Pipit akan berlatih lagi selepas ini," beritahu Sara. 

"Baiklah Li Hua," balas Xiao Lian.

"Jom, minum," pelawa Sara dan kedua anak muda itu makan bersama Sara. "Oh Ya, sebelum aku terlupa. Xiao Lian mulai hari ini panggil aku Zheng Xiao jie. Bila tiada orang di sekeliling atau hanya kita bertiga sahaja, aku boleh panggil aku Li Hua atau Shuang er," kata Sara mengingatkan. 

"Kenapa Li Hua?"tanya Xiao Lian ingin tahu. Sara tersenyum manis. 

"Kerana bila kita sampai di Hang zhao aku akan menggunakan identiti anak angkat Zheng gonggong," terang Sara.

"Kenapa Li Hua?" tanya Xiao Lian sekali lagi. Sara mengambil nafas panjang.

"Kerana keluarga Mo menjadi mangsa penipuan. Jadi aku akan cuba mendapatkan harta keluarga Mo semula."

"Tapi Li Hua, mereka mengenali Xiao Lian,"kata Xiao Lian.

"Oih bijak Xiao Lian. Nanti Zheng xiaojie akan mengumumkan yang aku membeli kau daripada Mo Li Hua," balas Sara.

"Na...Zheng Xiaojie, Xiao Lian akan berkhidmat sebaik mungkin," kata Xiao Lian tersenyum.

"Tapi kau mesti rahsiakan yang aku ini Mo Li Hua kalau tidak San ShuShu akan bertindak di luar dugaan," ucap Sara memandang Xiao Lian. 

"Aku faham," jawab Xiao LIan.

"Kau kawan aku tahu Xiao Lian bukan hamba bukan orang gaji. Tapi kawan susah dan senang,"beritahu Sara memegang tangan Xiao Lian. "Dan ini, lelaki yang segak dan gagah di sebelah aku ini, juga adalah sahabat aku. Yang aku anggap adik. Aku percayakan dia dengan nyawa aku dan aku harap kau boleh mempercayai Pipit seperti aku," sambung Sara lagi sambil memandang Pipit. Pipit memberikan hormatnya kepada Sara.

"Oh, makan tengahari ini agak istimewa Li Hua. Mi momo pembantu DaNyangzi datang mengingatkan aku supaya mengingatkan kau, untuk makan bersama hari ini. Aku cuba siasat tadi dan katanya ayah angkat kau pun akan berada di sini," beritahu Xiao Lian.

"Ini makan tengahari bermakna ke ni?"tanya Sara melawak.

"Selepas makan, Zheng gonggong mahu menjadi saksi, LI Daren menandatangani surat perceraian kau," jawab Xiao Lian.

"Wow, Xiao Lian. Hebat!" puji Sara ketawa. "Oklah aku akan ingat pesanan kau tu. Tapi sekarang ada orang akan kena denda kerana kalah dengan aku tadi," sambung Sara sambil mengangkat keningnya kepada Pipit. Xiao Lian menyimpan ketawanya kerana dia kasihankan Pipit belum sampai 24 jam berada bersama Mo LI Hua, sudah mendapat hukuman.

"Aku terpaksa balik ke ke bilik. Hanya tinggal bahan-bahan bacaan dan lukisan yang perlu kita bawa balik ke Hangzhou. Xiao LIan minta diri," kata Xiao LIan sambil menundukkan kepalanya. 

Pagi itu, Li Yang Jian merasa satu badannya lemah seperti mahu sakit. Dia membuka pintunya dan turun ke laman diikuti oleh Zhu Wu. 

"Daren, masih lagi memikirkan tentang LI Furen?"tanya Zhu Wu sambil memberikan pedang kepada Li Yang Jian. Li Yang Jian tidak menjawab pertanyaan itu sebaliknya dia terus membuka langkah latihan bersama pedang yang diberikan oleh Zhu Wu tadi. Baru sahaja beberapa minit dia menghentikan langkahnya. Dia mengambil nafas dan dadanya terasa berat. Dia sendiri kurang pasti kenapa begitu berat perasaannya kerana terpaksa menceraikan Mo LI Hua.

"Mo LI Hua sudah bangunkah?" dia bertanya perlahan kepada Zhu Wu.

"Nuchai ke dapur tadi dan melihat Xiao Lian menyediakan makanan untuk Li Furen. Nuchai bertanyakan tentang Li Furen dan Xiao LIan mengatakan LI Furen akan bersarapan dengan Pipit di taman belakang kediamannya," beritahu Zhu Wu yang setia.

"Pipit itu pengawal peribadinya dan dia bersarapan berduaan?"tanya LI Yang Jian memandang tajam kepada Zhu Wu. Zhu Wu menelan airliurnya kerana dia tahu itu ekspresi LI Yang JIan sebelum dia menjadi panas baran. Zhu Wu mengangguk. Li Yang Jian membaling pedangnya ke tanah dan cepat-cepat Zhu Wu mengambilnya di tanah dan meletakkan balik di tempatnya. Li Yang JIan terus berjalan ke kediaman Mo Li Hua atau Sara. 

"Daren, Daren hendak ke mana?"tanya Zhu Wu. Li Yang Jian mencekak leher Zhu Wu dan memandang pembantunya itu.

"Hari ini, Mo Li Hua akan benar-benar menjadi isteri aku!" bentak Li Yang Jian dan menolak Zhu Wu ke tepi.

"Daren, daren.LI Furen ialah anak Zheng gonggong. Menteri kesayangan Maharaja," pujuk Zhu Wu cuba menahannya.

"Walau dia puteri maharaja, jika dia isteri aku, tiada siapa yang akan dapat menghalangnya. Dah kau ke tepi!" jerit Li Yang Jian.

"Daren, LI Furen bukan lagi isteri rasmi keluarga ini. Titah Maharani-" belum sempat Zhu Wu menghabiskan kata-katanya, penumbuk LI Yang JIan singgah ke pipinya.

"Kau tinggal di sini. Kau ikut aku bunuh kau faham?!" tempik LI Yang Jian memberi amaran kepada Zhu Wu yang terjatuh ke tanah kerana tumbukannya.

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora