57

206 26 3
                                    

Shu Wu Ji menunggang kudanya seperti tiada esok. Dia  mesti berada di Hangzhao lebih awal daripada Li Yang Jian. Ah Chan yang setia juga menuruti sahaja ketuanya itu. Mereka berhenti sekali sahaja untuk makan tengahari. Itupun Shu Wu Ji masih merasa dia tidak patut berhenti untuk berehat.

"Shu Daren, jamahlah makanan ini. Ah Chan tahu Shu Daren kerisauan. Tapi lebih baik kita berhenti sebentar. Elok untuk badan kita dan juga kuda-kuda kita," pujuk Ah Chan. Shu Wu Ji menghela nafasnya.

"Kau cakap betul. Mari kita makan bersama," jemput Shu Wu Ji. Ah Chan memerhatikan sahaja ketuanya ini. Dia tidak pernah melihat Shu Wu JI begini. 

"Shu Daren, kalau Ah Chan bertanya," tegur Ah Chan selepas menghabiskan makanannya.

"Tanyalah," jawab Shu Wu JI.

"Shu Daren benar-benar menyayangi Shu Furen,"kata Ah Chan memandang Shu Wu JI. Shu Wu JI mengangguk.

"Apa pertanyaannya?"

"Ah Chan tahu, antara ramai-ramai isteri dan gundik Shu Daren, Shu Furen sekarang adalah yang paling cantik tetapi-"

"Tetapi?"

"Ah Chan belum pernah berjumpa dengan wanita sebijak itu, dan seberani Shu Furen. Hatinya pula baik," sambung Ah Chan. Shu Wu Ji melihat pembantunya dan hatinya berkata Ah Chan mengagumi Sara sejak pertama dia mengenali Mo Li Hua.

"Nampaknya kau sedang mencurahkan perasaan kau kepada aku," usik Shu Wu Ji. Ah Chan tersedar akan kata-katanya.

"Ah," Ah Chan hilang kata-katanya. Shu Wu JI tersenyum.

"Shu Furen, ingat itu. Dia milik aku. Hanya dia isteri aku mulai kami bernikah dan aku takkan membawa mana-mana wanita lain ke kediaman keluarga Shu. Woo Wei Young berada di situ bukan kerana aku mahukannya tetapi itu adalah permintaan Shu Furen."

"Ah Chan bukan-"

"Aku tak marahkan kamu. Kamu boleh mengagumi isteri aku kerana aku sendiri tak dapat mengawal hati aku dari mengaguminya setiap saat hidup aku,"balas Shu Wu JI terketawa kecil. Tiba-tiba dia terdiam. "Li Yang JIan atau sesiapa sahaja hanya boleh mengambilnya hanya bila aku  mati," kata Shu Wu Ji. Ah Chan melihat kerisauan Shu Wu JI itu bertempat. Shu Wu JI benar-benar mahu jadi pelindung Mo LI Hua walaupun Mo LI Hua sangat berkeupayaan menjaga dirinya sendiri.

"Shu Furen juga menyayangi Shu Daren. Semua yang melihat dapat merasakan kasih antara Shu Daren dan Shu Furen adalah benar," kata Ah Chan. Shu Wu JI menepuk bahu Ah Chan.

"Dengan itu kita mesti pantas sampai ke Hangzhao. Kau bungkuskan dua pau cendawan seorang.  Dan tiga kantung air. Kita takkan berhenti makan selepas ini. Tinggal satu perhentian untuk bertukar kuda sahaja lagi."

"Baik, saya buat sekarang!" kata Ah Chan terus pergi membayar hidangan matahari dan membeli bekalan untuk perjalanan mereka.

Ann Di berlari masuk ke bilik Sara dan memeluknya. Sara melepaskan keluhan.

"Ann Di xiaojie, lepaskan aku sekarang atau mata kau biru aku tumbuk ni nanti," kata Sara. Ann Di atau Andrew melepaskan pelukannya dan tersenyum simpul.

"Wei Shenme? Kita sama perempuan jadi tiada jarak antara kita," usik Ann Di. Sara menjentik dahi Ann Di sekuatnya. Menjerit gadis berusia 16 tahun itu.

"Memang kau perempuan sekarang tapi jiwa kau tu lelaki. Kau jangan ambil kesempatan ya?!"kata Sara memberi amaran sambil menuangkan susu panas dan memberikannya kepada Ann Di. "Nah, minum. Kau terlalu banyak minum teh. Kulit tu dah nampak kusam," tegur Sara.

"Woish, sejak bila kau meneliti kulit orang ni?"kata Ann di terkejut sambil pergi ke cermin melihat kulitnya yang dikatakan kusam.

"Kau cuci muka tak?"tanya Sara.

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now