85

163 26 0
                                    

Sara bersiap untuk makan malam bersama Liu Lu. Ann Di menyiapkan meja makan dan melihat Sara yang begitu manis di meja solek.

"Apa kau tengok-tengok?"tegur Sara. Ann Di menggelengkan kepalanya.

"Kadang-kadang kau ni menakutkan,"balas Ann Di.

"Apasal kau ni Ann Di?"tanya Sara berjalan ke meja makan.

"Menakutkan sebab kalau aku jadi Liu Lu aku confused kau ni tolak ke nak mengejek,"jawab Ann Di duduk berhadapan dengan Sara.

"Tulah kau, aku ni dah banyak reject orang tapi semua boleh berkawan dengan aku tau sebab aku tidak menyakitkan hati orang,"balas Sara. Ann Di menatap wajah Sara.

"Itu betul. Beratus kali kau reject aku, aku tetap sayang,"kata Ann Di tidak semena-mena.

"Kau lain. Kau best friend aku,"ucap Sara lembut. "Aku pun sayangkan kau tau,"katanya lagi. Tiba-tiba terdengar ketukan di pintu.

"Masuk Liu Daren,"jemput Sara dari dalam. Liu Lu masuk dan ditemani oleh Zhen Hwang Di. "Xiao Di lama tak jumpa. Mari,"sapa Sara. "Hidangan baru sampai, mari terus makan. Nanti sejuk tak sedap,"pelawa Sara. Mereka terus duduk dan memulakan makan malam.

"Pipit mana?Lama tak nampak,"tanya Zhen Hwang Di.

"Lee taiyi memerlukan pembantu jadi saya minta Pipit bantu. Esok dia akan ke sini semula,"jawab Sara. Liu Lu memerhatikan cara Sara berbicara dengan Zhen Hwang Di tiada kesombongan langsung di situ. Dia tahu, inilah orangnya yang dia mahu menghabiskan hidupnya bersama. Habis makan malam, Liu Lu membawa Sara mengambil angin malam.

"Shuang er,"panggil Liu Lu. Sara memandang lelaki tegap di sisinya. "Sudikah kau menjadi isteriku? Aku janji kau adalah isteri rasmi."

"Berapa perempuan kau ada ni Liu Lu?"tanya Sara mengusik. Liu Lu ketawa.

"Ada 3 orang. Bukan aku yang pilih tetapi diberi oleh orang atasan dan saudara-mara,"jawab Liu Lu.

"Wang He Lan kan ada,"kata Sara tersenyum.

"Hati aku-"

"Hati aku sudah ada yang punya, Liu Lu,"sampuk Sara.

"Berikan aku peluang,"pujuk Liu Lu.

"Hanya dia, Liu Lu. Banyak pahit manis yang kami tempuhi bersama,"ucap Sara lembut.

"Tapi aku mahu berkahwin dengan kau Shuang er."

"Aku sebenarnya isteri orang, Liu Lu. Tapi untuk misi kali ini,aku terpaksa menyembunyikan kedudukan aku sebenarnya,"terang Sara.Liu Lu begitu terkejut dengan penerangan Sara itu. Liu Lu mengeluh. "Maafkan aku, aku tak berniat untuk mempermainkan perasaan kau,"sambung Sara.

"Siapa?"tanya Liu Lu.

"Orang paling aku percaya dengan nyawa aku,"jawab Sara sambil memandang Liu Lu. Sedikit simpati dirasakannya. Liu Lu berfikir dengan mendalam.

"Shu Wu Ji?"tanya Liu Lu. Sara mengangguk. "Tapi dia, Wang He Lan. Mana mungkin?"balas Liu Lu. Shu Wu Ji tidak pernah menunjukkan apa-apa reaksi kalau Sara bercakap atau berkawan mesra dengan sesiapa sahaja di kapal itu.

"Kenapa? Tak percaya?"tanya Sara. Liu Lu menggelengkan kepalanya.

"Wang xiaojie pernah berkata kepada aku yang Shu Wu Ji menaruh hati padanya,"balas Liu Lu.

"Kau salah,"kedengaran suara Shu Wu Ji di belakang mereka. Shu Wu Ji menghampiri Sara di bangku. "Kalau itu kata-kata Wang He Lan, dia berbohong kerana isteri aku hanyalah Zheng Shuang,"kata Shu Wu Ji. Liu Lu terdiam di situ.

"Tapi-"

"Kami mengenali antara satu sama lain sangat lama dan kami sebenarnya baru berkahwin dalam dua bulan lebih macam tu,"terang Shu Wu Ji. Liu Lu tidak tahu hendak memberikan apa-apa reaksi.

"Kalau begitu, tiada apa lagi yang perlu dibincangkan. Saya balik dahulu,"kata Liu Lu sambil mengatur langkah. Sara ingin pergi menenangkan Liu Lu tapi kakinya terasa berat.

"Dia tentu rasa sedih,"kata Sara masih lagi melihat Liu Lu pergi.

"Sara sukakan dia ke?"tanya Shu Wu Ji.

"Lain macam je bunyinya,"tegur Sara.

"Bilalah agaknya aku boleh menjerit kepada dunia yang kita adalah suami isteri?"Shu Wu Ji mengeluh berat. Sara memeluk Shu Wu Ji seeratnya.

"Aku janji setibanya kita ke Melaka, kau boleh memanggil aku Shu Furen,"bisik Sara.

"Betul ni?"tanya Shu Wu Ji masih memeluk Sara.

"Betul,"jawab Sara.

"Shu Furen, suami kau ni masih belum makan malam,"beritahu Shu Wu Ji.

"Ok, jom kita makan,"kata Sara menarik tangan Shu Wu Ji.

Laksamana Zheng He sedang sibuk meneliti dokumen apabila Zhu Liang masuk dengan muka yang cemas.

"Churen,"sapa Zhu Liang dengan hormat.

"Kenapa dengan kamu ini?"tanya Zheng gonggong.

"Ini,"kata Zhu Liang memberikan laporan istana kepada Zheng gonggong. Dia membacanya dengan cepat.

"Hah,serangan lanun. Shuang er-"

"Dia selamat. Zheng xiaojielah yang menyelamatkan keadaan,"terang Zhu Liang. Laksamana Zheng He menarik nafas lega.

"Shuang er, kamu ni sentiasa ada jalan nak bagi jiaofu sakit jantung,"omelnya sendiri.

"Lanun itu yang paling dikehendaki di perairan Da Ming,"terang Zhu Liang lagi.

"Yong Liu?"tanya Zheng He. Zhu Liang menganggukkan kepalanya. "Lanun yang paling kejam itu? Dikalahkan oleh Shuang er?"tanya Zheng He kepada dirinya sendiri

"Nampaknya churen tidak salah memilih anak perempuan,"puji Zhu Liang. Laksamana Zheng He menggelengkan kepalanya. "Maharaja mahu churen masuk mengadap,"beritahu Zhu Liang.

"Kita pergi sekarang,"kata laksamana itu. Mereka sampai ke istana tidak lama kemudian.

"Hwangshang, patik masuk mengadap,"kata Zheng He.

"Zheng He, bukankah Zheng Shuang sudah balik ke Melaka?"tanya Maharaja.

"Ya,"jawab Laksamana Zheng He pendek.

"Habis tu yang menyelamatkan kapal-kapal Da Ming itu siapa?"

"Itu anak patik bernama Mo Li Hua tetapi kerana patik terlalu rindukan Zheng Shuang Melaka, maka Mo Li Hua patik jadikan dia anak angkat yang baru dan dialah Zheng Shuang dalam laporan itu,"terang Zheng He.

"Dia ialah isteri Li Yang Jian?"tanya Maharaja lagi

"Er..bu..bekas isteri Li Yang Jian dan sekarang ialah Shu Furen."

"Shu Furen? Isteri Shu Wu Ji?"tanya Maharaja lagi sambil mengusap janggutnya. "Ternyata kau pandai menilai orang. Kedua anak angkat kau wanita muda yang hebat-hebat,"puji Maharaja.

"Biasa-biasa sahaja,"jawab Zheng He.

"Nanti bila mereka pulang ke sini, bawalah mereka ke mari. Beta akan hadiahkan sesuatu kerana jasa mereka yang cemerlang,"kata Maharaja.

"Xie, Hwangsha,"balas Laksamana Zheng He dan beredar dari situ. 'Zheng Shuang takkan kembali ke sini. Bagaimana ni?'bisik hatinya. "Zhu Liang,"panggil dia apabila di luar tembok istana. "Shuang er sudah sampai ke Melakakah?"tanya Zheng He.

"Sepatutnya mereka sudah berlabuh di sana,"akui Zhu Liang. Zheng He melepas nafas lega. Biar apapun keputusan Sara, dia akan akur. Itu janjinya.

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now