43

249 27 0
                                    

Mo LI Huazhen sudah pun bersiap dan hanya duduk di tepi katil itu menunggu Li Yang Jian bangun. Li Yang Jian akhirnya terjaga dengan sakit kepala yang amat teruk. 

"Kau siapa?!" tempik Li Yang Jian.

"Saya isteri baru Li Daren," jawab Huazhen. Li Yang JIan bangun dari katil dan cuba menamparnya tetapi Huazhen bijak mengelak. "Tunggu, ini dari Zheng xiaojie," kata Huazhen memberi sepucuk surat kepada Li Yang Jian. Dia membuka surat itu dengan pantas.

"Li Yang Jian, tahniah kerana menerima anak baru dan juga isteri baru. Huazhen adalah seperti aku tetapi bezanya hanyalah dia akan setia bersama kau. Kalau berjumpa di jalan, tolong jangan menegur atau apa saja kerana kau bagi aku satu mimpi buruk. Jangan apa-apakan Mo Li Huazhen atau kau akan menyesal kerana tindakan kau akan menyebabkan keluarga kau menerima akibatnya. Akhir kata, tolong jadi seorang manusia. --Mo Li Hua-"

Li Yang JIan mengoyak surat itu dan membuangnya. Dia sekarang membenci wanita yang bernama Mo LI Hua. Bagaimana seorang wanita boleh menewaskannya begini?

"Daren, tolong pergi ke rumah besar kerana Li Furen baru sahaja melahirkan seorang putera," ucap Huazhen lembut. Li Yang Jian mengambil bajunya dan pergi dari bilik itu. 'Mo LI Hua, aku takkan menegurmu tapi aku akan membunuhmu dan Shu Wu Ji.'fikir LI Yang Jian.

Selepas sarapan, Sara duduk berbual lagi dengan Zheng gonggong. Inilah pertama kali dalam kembalinya ke Dinasti Ming dia merasa aman dan tenteram.

"Airen,"panggil Sara yang bermaksud sayang kepada Shu Wu Ji. "Shuang er ingin sekali melihat anakmu," pinta Sara. Shu Wu JI memandang Zheng gonggong.

"Satu cadangan yang baik," kata Zheng gonggong. 

"Shu Furen sudah tau ke yang Wu JI akan berkahwin dengan Shuang er?"tanya Sara. Zheng gonggong mengangguk.

"Dia faham yang Shu Wu Ji ialah Islam dan dia mesti memeluk Islam dan berkahwin semula dengan Shu Wu Ji," terang Jiaofu. 

"Na, kalau Shuang er hendak pergi melawat, Shu Furen marah tak?"tanya Sara.

"Qin ai de," panggil Shu Wu JI. "Jangan panggil dia Shu Furen kerana Shu Furen sekarang ialah kau," kata Shu Wu JI. "Namanya yang sebenar ialah Woo Wei Young."

"Aku harap dia tidak terlalu tertekan dah lah baru melahirkan, dipaksa bercerai dan kini suaminya cepat berkahwin baru," ucap Sara. Shu Wu Ji tidak berpuashati dengan kata-kata Sara itu.

"Shuang er, kau nak cakap aku tak bertanggungjawab?" tanya Wu Ji merajuk.

"Halah, Shuang er cuma mengatakan yang nampak di mata. Janganlah marah," pujuk Sara. Zheng gonggong melihat saja pasangan pengantin baru ini. Wu Ji tidak mengendahkannya. Sara memandang Zheng gonggong tetapi orang tua itu hanya mengangkat bahunya. Sara terpempan.  Dia menghela nafas panjang. Dia bangun."Jiaofu, Shuang er masih ada kerja. Shuang er minta diri dulu," ucap Sara menunduk hormat.

"Tunggu," kata Shu Wu Ji. "Duduk, sarapan,"suruhnya lagi. Sara memandang Shu Wu Ji.

" Xiao Lian, Pipit. Jom,"arah Sara tanpa mempedulikan Shu wu Ji. Shu wu Ji menahannya.

"Shu Furen hendak ke mana?" tanya Shu wu Ji.  Sara tidak membalas apa-apa dan melepaskan lengannya dari genggaman Shu wu Ji. Dia terus melangkah. "Airen," panggil Shu Wu Ji lebih lembut. "laokong minta maaf," pujuk Shu Wu Ji. Zheng gonggong menggelengkan kepalanya. 'Wu Ji kau terlalu mengalah begini, Shuang er akan menang setiap kali bergaduh,' desis hatinya. Dia tersenyum. Sara menjeling kepada Shu wu Ji. "Wu Ji salah. Duduklah makan," pujuk Shu wu Ji. Sara memandang Xiao Lian dan pipit.

"Daren, saya pergi dulu," kata Sara dan terus berlalu diikuti oleh Xiao Lian dan Pipit. Shu Wu Ji berlari mendapatkannya.

"Sara, kenapa ni?" tanya shu wu ji menahan  Sara dari terus berjalan. Sara menjeling Dia masih tidak menjawab. Shu Wu Ji gelisah melihat sikap Sara. "Kau marahkan aku?" tanya shu wu Ji.

"Daren terlalu berfikir. Saya pergi dulu," kata Sara melepaskan tangannya daripada Shu Wu Ji.

"Sara, kau sengaja nak buat aku marah, kan?" tanya shu wu ji. Sara hanya membisu. Dia terus berjalan tidak menghiraukan Shu wu Ji. "Sara! Kenapa dengan kau ni?" Shu Wu Ji bertanya dengan nada yang sedikit tinggi.

"Wah, baru bernikah sehari dah tinggi suara ya, daren?" sindir Sara.

"Maafkan aku, tolonglah,"pujuk Shu wu Ji.

" nak buat lagi tak? "tanya Sara.

" Buat apa? "tanya Shu Wu Ji.

" Tidak dibenarkan meninggi suara  kepada aku walau apa pun, "jawab Sara.

" Baik sayang. Laokong janji."

Sara yang masam mencuka tersenyum semula. " Lapar, "beritahu Sara. Shu Wu Ji tersenyum. Dia menarik tangan Sara dan kembali ke ruang makan bersama Zheng gonggong.

" jiaofu, Shuang er lapar, "jerit Sara dari luar kedengaran.

" Mari duduk makan"sapa Zheng gonggong.. Mereka makan dengan keceriaan. Dan selepas sarapan Shu wu Ji membawa Sara berjumpa dengan Shu furen.

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now