53

205 29 0
                                    

Mereka bangun agak awal pagi itu  kerana Sara mahukan taiyi atau tabib itu memeriksa fizikal Ann Di atau Andrew sebelum perjalanan yang agak jauh. Setelah semua disiapkan mereka membayar penginapan mereka dan terus keluar dari situ. Sara membeli satu lagi kuda untuk Ann Di.

"Aku nak ride dengan kau tak boleh ke?," kata Andrew membawa rambutnya yang mengurai di bahu ke belakang. Xiao Lian tidak langsung memahami bahasa itu tetapi Pipit boleh menangkapnya serba sedikit kerana itu asasnya bahasa Melayu.

"Oh, please. Kau tahukan perjalanan ini agak jauh. Kesian kuda doe," jawab Sara.

"Err, Wu Ge," potong Xiao Lian. Mereka berdua memandang kepada Xiao Lian."Bahasa apa yang Li Hua dan Ann Di gunakan ini?"tanya Xiao Lian. Sara ketawa.

"Ini bahasa pergunungan. Ann Di tolong gunakan bahasa yang difahami, zhi dao me?"jawab Sara ketawa. 

"Maafkan Ann Di, Xiao Liang," pinta Ann Di tersenyum simpul. 

"Ayoh bergerak, kita akan tiba tepat pada waktu yang dijangka jika kita bertolak sekarang," kata PIpit memberi pandangannya. Sara melihat Pipit dan memberi mini love kepada Pipit.

"Wah, Pipit pandai memberi arahan sekarang ya?"usik Sara. Pipit terkulat-kulat ditegur begitu.

"Maafkan Pipit, Wu Ge," balas Pipit.

"Kau tidak membuat salah tak perlu meminta maaf. Baik kita bertolak sekarang." Keadaan di jalan tidak sunyi kerana ramai yang menggunakan jalan utama ke Hangzhao. Ada yang berjalan kaki, menunggang kuda, berkereta kuda dan ada juga yang menolak kargo perlahan-lahan. Sampai di selekoh yang agak sunyi tiba-tiba mereka nampak sekumpulan anak muda berkuda laju menuju ke arah mereka.

"Siapa pulak ni?" bisik Sara. Mereka bergerak perlahan ke tepi laluan untuk memberi ruang kepada lebih kurang 10 anak muda berkuda tetapi mereka betul-betul berhenti di hadapan mereka berempat.

"Su Lin, kau buat apa di sini?"tegur salah seorang yang menunggang itu. Dari  pemerhatian Sara nampak seperti dari golongan berada dan 9 orang di belakangnya adalah pengawalnya.  Sara memandang Ann Di atau Andrew dan Andrew mengangkat bahunya menandakan dia sendiri tidak faham apa yang telah berlaku.

"Gongzhi, silap orangkah?"tanya Sara. "Saya Ma Shang Wu, anak saudara Zheng gonggong. Dan ini adalah adik saya, Shu Ann Di," kata Sara lagi. Lelaki itu mengerutkan dahinya.

"Aku Zhun Zhu Di. Pemilik gadis ini."

"Pemilik?"balas Sara hairan sambil dia menjeling kepada Andrew.  Ann Di berusia lebih kurang 18 tahun tua sedikit dari Xiao Lian.  Perawakan Ann Di lembut dan mata galaknya membuatkan gadis itu menarik perhatian sesiapa sahaja. 

"Ya pemilik! Dia sepatutnya menjadi gundik di kediaman aku. Ibubapanya berhutang dengan keluarga aku sehingga tergadai tanah tempat tinggal mereka. Untuk  menebus hutang itu, dia dijual kepada aku!" kata Zhun Zhu Di angkuh. Sara mengeluh. Selepas satu-satu masalah yang timbul.

"Ann Di, kau kenal lelaki ini?"tanya Sara.

"Wu Gege, Ann Di tidak mengenali siapa tuan muda ini," jawab Ann Di. Zhun Zhu Di  memberi isyarat kepada orang-orangnya supaya mengepong mereka berempat. Sara masih lagi begitu tenang. Pipit juga yang banyak menerima personaliti Sara dalam menangani musuh masih lagi dalam keadaan tenang. Cuma Xiao Lian yang kelihatan ragu-ragu.

"Wu gege?"sindir Zhun Zhu Di sambil ketawa mengejek. "Nampak sahaja macam lemah lembut, tetapi perangai seperti perempuan murahan."

"Zhun gongzhi, belajarlah menghormati orang lain," tegur Sara. Dari  hujung matanya dia dapat melihat yang kuncu-kuncu Zhun Zhu Di sedang bersedia untuk menyerang.

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now