74

172 26 0
                                    

Setelah berita yang mengejutkan sampai ke pengetahuannya, Sara sudah tentunya tidak tenteram. Dia berjalan satu kapal memikirkan tindakan yang seterusnya. Ann Di dan Pipit menemani setiap langkah yang diambil sehingga mereka merasa lenguh di kaki.

"Hei, perempuan!"panggil Ann Di  yang berada di belakangnya. Sara menoleh. "Kau tak penat ke hah? Aku dengan Pipit ni dah rasa macam nak pengsan ikut kau mengukur bahtera ni dekat 5 kali!" bentak Ann Di memuncungkan mulutnya. Sara melihat Pipit yang hanya mendiamkan dirinya.

"Yang korang berdua ni, mengikut aku ni apahal? Ada aku suruh?"jawab Sara bercekak pinggang. Pipit sudah menelan air liur melihat muka serius Sara. Hatinya begitu kecut kerana setelah menyampaikan berita itu, Sara hanya memandangnya seperti kesulitan itu semua salahnya.

"Aku takut kau tu buat benda yang tak masuk akal," balas Ann Di menuding ke arahnya.

"Ei, kau berdua pergi lepak kat bangku tu. Aku tengah berfikir ni," kata Sara menunjukkan bangku di tengah dek dengan mulutnya. 

"Tapi," sampuk Pipit.

"Tapi apa Pipit,hah?"tegur Sara mengangkat keningnya.

"Pit, tunggu Cempaka di situ," kata Pipit perlahan lalu berlalu ke bangku yang ditunjukkan oleh Sara. Dia menarik lengan baju Ann Di untuk mengikutnya. Ann di keberatan tetapi Pipit membuat muka supaya menuruti sahaja permintaan Sara. Sara mengalihkan pandangannya dan menarik nafas panjang. Dia mengatur tapak satu persatu sambil berfikir apa yang patut dilakukannya jika Shu Wu JI benar-benar muncul di hadapannya. Dia tahu pasti Shu Wu Ji akan marah, oklah marah terlalu lembut bunyinya. Dia pasti akan mengamuk kerana Sara meninggalkannya tanpa selamat tinggal. Dia mengeluh lagi. Mungkin ini hanya perasaannya, mungkin Shu Wu JI tidak akan muncul kerana jiaofu akan pasti menolong dia untuk tidak diketahui oleh suaminya itu. JIaofu is the best, puji Sara. Tiba-tiba dia merasa seram-sejuk. Apa yang mesti dilakukannya? Ke mana harus dia menyorok? Jika dia keseorangan mungkin akan berjaya tapi ada dua lagi di belakangnya. Sara menggaru kepalanya yang tak gatal. Pipit bangun tengok Sara mengusutkan rambutnya. Ann Di menariknya duduk.

"Kau tak payah nak risau sangatlah. Dia tu kalau tak nampak macam gila pun, akan nampak seperti gila. Bercakap sorang-sorang macam tu," kata Ann di bersandar di meja.

"Tapi,"

"Pit takkan kau tak kenal Cempaka?"sambung Ann Di lagi. 

"Pipit rasa bersalah," kata PIpit perlahan. Ann Di ketawa. "Kenapa Ann Di ketawa?"tanya PIpit hairan.

"Kita berada di sini kerana idea aku ok?"jawab Ann di. "Kalau kau rasa bersalah, aku ni apa?"tanya Ann Di. "Aku cuma harapkan sekiranya Shu Wu JI benar-benar menuruti Sara ke sini dia tidak akan terlalu marah,"kata Ann Di lagi. Mereka terdiam seketika. "Macam ni lah, sekiranya Shu Wu JI termuncul di sini, aku akan terangkan segalanya yang rancangan untuk balik ke Melaka ada semuanya dari aku," kata Ann Di memandang Pipit.

"Ann Di rasa sekiranyalah, Shu Wu JI benar-benar berada di hadapan kita, Cempaka akan dalam kesusahan ke?"tanya PIpit kerisauan. Pandangannya masih tidak lepas dari Sara yang  berjalan tidak jauh dari mereka. Suasana agak meriah di situ kerana ramai yang mengambil peluang menikmatai udara laut.

"Knowing Shu Wu JI, hai, aku tak tahu nak fikir apa. Shu Wu JI memang penyabar orangnya tetapi kali ini aku tak pasti," ucap Ann Di terus-terang. Bicara mereka terhenti di situ dan pandangan mereka hanya kepada Sara yang lama berdiri menghadap laut lepas. 

"Apalah dalam fikiran Cempaka sekarang?"tanya Pipit perlahan. Ann Di tersenyum.

"Jawapan itu, aku boleh jawab. Sara tengah fikirkan bagaimana nak lepaskan diri dari situasi ini,"jawab Ann Di.

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now