3

334 31 4
                                    

3 hari 3 malam Mo Li Hua koma di rumah tumpangan itu. Tabib datang bersilih ganti namun tiada apa yang menjadi. LaoFuren masih berada di situ selama 3 hari 3 malam tanpa gagal. Panglima kehormat Li Yang Jian bergegas ke rumah rehat dari pedalaman.

"Zumu,"tegur Yang Jian sambil memberi hormat.

"Jian er, sudah sampai?"tegur Laofuren lemah.

"Zumu, baliklah ke bilik. Biar Jian er menjaga Hua er,"pujuk Yang Jian. Laofuren mengangguk dan berdiri.

"Jika ada apa-apa perkembangan, panggil Zumu segera,"Laofuren memperingatkan Yang Jian. Yang  Jian berjanji kepada Laofuren. Setelah laofuren dan orang-orang suruhannya beredar. Yang Jian duduk di meja bulat tidak jauh dari katil Mo Li Hua. Dia melihat isteri yang dikahwininya tiga tahun dulu. Dia akui hatinya langsung tidak berkenan dengan Mo Li Hua. Dari keluarga usahawan yang hampir muflis, berbadan gempal, penakut dan hanya tahu makan sahaja. Dia mengikut sahaja permintaan Laofuren kerana Laofuren sangat menyayangi Mo Li Hua sedari kecil.

"Xiao Lian, apa yang telah berlaku?"tanya Yang Jian sambil menuang teh cina panas ke cawannya. Xiao Lian yang sedari tadi mengipas Mo Li Hua menghampiri Li Yang Jian.

"Daren, kereta kuda Li furen patah roda dan menjunam ke dalam gaung,"kata Xiao Lian sambil menahan sebak.

"Apa hasil siasatan?"tanya Yang Jian masih tiada ekspresi.

"Roda kanan digergaji,"jawab Xiao Lian. Li Yang Jian yang sedang menghirup teh itu memandang Xiao Lian. Hamba yang dibawa dari rumah Mo Cheng De.

"Sudah ada tangkapan?"tanya Li Yang Jian sambil meneruskan perbuatannya tadi. Xiao Lian menggelengkan kepalanya. Li Yang Jian dapat mengagak permainan siapakah ini."Aku melihat kau juga tercedera."

"Daren, jika bukan Li furen yang memeluk ketika kereta kuda jatuh ke dalam gaung, Nubi tidak akan berada di sini. Nubi terhutang nyawa dengan Li Furen."

"Hao le. Aku penat. Aku pergi berehat dulu. Jangan bagi sesiapapun masuk ke bilik ini melainkan dengan kebenaran,"dia lantas bangun dan keluar dari bilik itu. Xiao Lian menunduk hormat dan melihat saja tuan muda yang baru pulang dari rondaan keselamatan di sempadan. 'Yuan Yuan, aku tahu kau mencemburui Mo Li Hua tetapi bukankah aku memilihmu?' bisik hati Yang jian dia menggeleng-gelengkan kepalanya.

Sara membuka matanya perlahan-lahan. Dalam kesamaran malam dia melihat persekitarannya. Dia bangun perlahan-lahan. Badannya terasa sengal di sana sini dan kepalanya ada benjol di sisi kanan.'Teruknya aku jatuh,' bisik hatinya. Dia menghela nafas panjang dan mendepangkan tangannya. Dia melonggarkan sendi-sendinya. Tiba-tiba dia terlihat seorang gadis remaja sedang tersandar di tiang. Dia mengamati gadis itu dalam cahaya lilin kecil. Gadis itu gadis cina bersanggul dua dan pakaiannya tidak asing bagi Sara. 'Popo!' jeritnya dalam hati memarahi rantai mutiara warisan yang dipakainya. "Mungkin kerana aku terlalu sedihkan Wu Ji aku kembali ke zaman ini," bisiknya sendiri. Tekaknya terasa kering dan dia cuba mencari air minuman. Sara menoleh ke kiri Xiao Lian dan melihat di meja ada kuih dan seteko air. Dia turun dari katil kayu itu berhati-hati dan berjalan ke meja. Mujurlah meja itu berada di tepi tingkap dan bulan penuh malam itu. Dia minum  teh hangat dan memakan kuih manis di situ. "Harap-harap halallah ni," katanya perlahan. Setelah perut terisi dia berjalan perlahan-lahan ke pintu. Dia membuka pintu dan hawa dingin tersapa di wajahnya. 'Ah... Nyamannya udara." Dia melangkah keluar dan melihat bulan terang dan angin sepoi-sepoi bahasa. Dia memeluk tubuhnya kerana terasa dingin namun Sara menyukai suasana itu."Wu Ji, mungkinkah aku dapat melihatmu?" bisiknya. Harum bunga di rumah rehat itu mendamaikan hatinya. "Jiaofu, aku rindukan senyumanmu," katanya tersenyum apabila hatinya mengenang Laksamana Zheng He ayah angkatnya. "Tapi aku masih Shuang er ke" soalnya sendiri. Dia kembali ke bilik dan mencari lilin tadi. Dia mengambilnya dan mencari cermin. Dia melihat wajahnya dan terbelalak matanya. 'Kenapa muka aku ni besar sangat?' Dia melihat tubuhnya, jarinya semuanya tembun. 'Hah!!!!' Sara begitu terkejut dan melihat tubuhnya yang bersaiz 4xl di cermin bersebelahan yamg lebih panjang. 'Ya Allah Ya Tuhanku, aku bukan Cempaka Sari seorang gadis melayu tapi cina?' jerit hatinya. Dia menepuk dahinya berkali-kali. "Ujian apakah ini? Popo Shu Wu Ji takkan mengenalku begini," herdiknya perlahan.  Dia menghela nafas panjang dan duduk di meja termenung sendirian.

Xiao Lian membuka mata dan terkejut melihat Mo Li Hua tiada di hadapannya. Dia bingkas bangun dan mencari-cari. Dia menarik nafas lega melihat Mo Li Hua duduk termenung di meja. Waktu itu fajar sedang menyinsing.

"Li Hua," dia memanggil dengan manis sekali. Sara masih termenung. "Li Hua," panggil Xiao Lian menyentuhnya. Sara terkejut dari lamunannya. "Li Hua, kau dah jaga," tegur Xiao Lian menitiskan airmatanya. "Li Hua kau tau tak kau tak sedarkan diri 3 hari 3 malam?" tanya Xiao lian dalam esakannya. Sara memandang gadis itu.

"Li hua shi shei ah?" tanya Sara yang bermaksud siapakah Mo li Hua.

"Kaulah Li hua. Mo Li Hua. Li Furen, isteri Panglima Li Yang Jian," jawab Xiao Lian. "Aku Xiao Lian. Kita membesar bersama-sama," sambung Xiao Lian masih lagi menitiskan airmatanya.

"Kita... Ni Xiao Lian?"tanya Sara." Maafkan aku, aku benar - benar tidak tahu, "jawab Sara tenang. Xiao Lian terjelepuk ke lantai. Sara terkejut dan cepat-cepat membantu Xiao lian berdiri.

"Li furen, jangan ke mana-mana. Xiao Lian akan memanggil Laofuren," kata Xiao Lian sambil memegang bahunya.

"Laofuren shi shei?" tanya Sara. Xiao Lian kehilangan kata-kata. Mo Li hua benar-benar telah hilang ingatan. Sara menarik Xiao Lian duduk di meja. "Siapa Laofuren?"

"Laofuren ialah nenek kepada suamimu Li Hua."

"Lagi? Ceritakan kepada aku tentang keluarga ini." Xiao Lian mengangguk.

"Mo Li Hua, nama sebenarmu. Berumur 19 tahun. Berkahwin sudah 3 tahun."

"Aku berkahwin semasa umurku 16 tahun?" tanya Sara. Xiao Lian mengangguk. "Bahagiakah perkahwinanku?" soal Sara.

"Daren berkahwin denganmu hanya kerana Laofuren mahukan kau menjadi ahli keluarga ini," jawab Xiao Lian.

"Apa panggilan yang selalu Mo Li Hua gunakan untuk Lao Furen?"

"Zumu," jawab Xiao Lian pendek.

"ok, ibu bapa Mo Li Hua?"

"Mo Cheng De Lao ye adalah seorang pedagang kain sutera. Rumah membuat sutera terbakar dan keluarga Mo hampir muflis. Li Laofuren mengambil keputusan untuk mengahwin kan kau dengan Li Yang jian."

"Mo Li Hua sukakan Li Yang jian?"

"Li Yang Jian tidak pernah mempedulikanmu," jawab Xiao lian kesedihan. "Daren hanya bersama dengan Qu Yuan Yuan dan Hu Han Mei."

"Gundik?"tanya Sara. Xiao Lian mengangguk." Er Xiao Lian ada tak sesiapa di sini namanya Shu Wu Ji?"

Xiao Lian hanya menggelengkan kepalanya.

"Zheng He?"

"Zheng He?" soal Xiao Lian.

"Dia seorang pegawai istana dan suka belayar."

"Oh, Zheng He Shang Jiang?"

"Kau kenal?"

Xiao Lian mengangguk.

"Kenal kerana pernah datang ke Xi'an mengambil kain- kain sebagai barang dagangan maharaja setahun sebelum perkahwinan kau berdua."

Sara termenung. 'Adakah aku  ini sebelum  atau selepas Cempaka Sari?' soalnya sendiri. "Xiao Lian, Wang Li Bao gongju..."

"Itu cerita sudah lama. Lima tahun dulu. Zheng gong gong pernah menulis surat untuk membeli berpeti-peti kain sutera untuk dijadikan hantaran. Aku ingat kerana masa itu ayah aku kemalangan dan kakinya kudung."

"Lima tahun?" balas Sara.

"Li Hua sebelum ini, kau tak pernah bertanyakan-"

"Xiao Lian, sediakan air mandi. Aku nak mandi," suruh Sara. Xiao Lian mengangguk dan berlalu.

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now