73

169 26 0
                                    

Shu Wu JI yang bergegas keluar dari kediaman Zheng He, diikuti oleh Ah Chan yang berlarian menyamakan rentak dengan Shu Wu JI.

"Daren, kenapa ni?" tanya Ah Chan kehairanan. Dia melihat ada sehelai kertas yang remuk di tangan Shu Wu JI.

"Kau dah siasat belum?" tanya Shu Wu JI yang masih merah padam wajahnya menahan kemarahan kerana kertas yang digenggamnya hancur.

"Sudah, memang tiada siapa yang melihat Shu Furen keluar dari kediaman keluarga Zheng."

"Mana boleh!"bentak Shu Wu JI. "Bagaimana mungkin? Tak termasuk di akal aku tiga orang boleh hilang begitu sahaja," kata Shu Wu JI lagi. Dalam fikirannya berputar-putar adakah Sara meninggalkannya kerana balik ke zamannya atau melarikan diri darinya? Kepalanya terasa berdenyut. Dia memegang kepalanya yang seperti hendak pecah.

"Daren," tegur Ah Chan melihat Shu Wu JI mengerutkan dahinya menahan kesakitan.

"Aku tak apa-apa," kata Shu Wu JI. "Kepala aku cuma terasa hendak pecah mengenangkan keadaan sekarang," sambungnya perlahan. Ah Chan hanya memerhatikan sahaja tuannya begitu. Cara Shu Wu JI melayan Zheng xiaojie atau Shu Furen memang tersangat istimewa. Shu Wu JI terlalu melindungi terlalu menyayangi wanita cantik yang pernah menjadi isteri LI Yang JIan.

"Ah Chan ada sesuatu hendak dikatakan tetapi tidak tahu sama ada ini akan membantu dalam pencarian Shu Furen," kata Ah Chan. Shu Wu JI memandang tepat kepada Ah Chan. "Memang tiada kesan Shu Furen ke mana-mana tapi Zhu Liang telah menyediakan tiga dokumen perjalanan melalui jalan laut seminggu yang lalu.

"Tiga?" tanya Shu Wu JI. "Ke mana?"tanya Shu Wu JI serius.

"Melaka," jawab Ah Chan. Shu Wu JI menghela nafas panjang. 'Sara kau melampau,' bisik Shu Wu JI. "Daren, tolong jangan bertanya kepada Zheng gonggong. Kita semua tahu sebesar mana kuasa Zheng gonggong," pujuk Ah Chan. Tak perlu Shu Wu Ji bertanya untuk kepastian kerana dalam hatinya tahu, Sara sudah pergi bersama Ann Di dan PIpit ke Melaka. Dia menggelengkan kepalanya kerana dia tidak percaya yang Sara mampu bertindak semberono begitu. "Apakah tindakan kita selanjutnya Daren?"tanya Ah Chan lagi.

"Kau cairkan aset yang kita ada seperti tanah di Xi'an kerana kita memerlukan untuk tambang perjalanan pergi dan balik dan juga makan pakai kita."

"Hah! Daren, kita akan ke Melaka? Tapi kita masih tidak pasti yang itu adalah Shu Furen," tanya Ah Chan untuk kepastian.

"Ah Chan, biar aku beritahu satu perkara mengenai Shu Furen. Dan kau dengar ni baik-baik," balas Shu Wu JI tegas. "Kalau kerja yang tak masuk akal ni, hanya seorang dalam dunia yang mampu. Itu adalah isteri aku! Dan bapa mertua aku begitu manjakan dia. Mengingatkannya aku naik geram tau! Sudah, kita balik sekarang. Kamu siapkan semua dokumen perjalanan. Aku hendak pergi menjengok Yi er sebentar," kata Shu Wu JI. Walaupun nampak Shu Wu JI begitu tidak puas hati tapi ada satu kelegaan di wajah pahlawan itu. Ah Chan tersenyum kecil. Tuannya sudah kembali. bukan lagi seperti orang kehilangan sesuatu.

"Churen, tadi Shu Daren," tegur Zhu Liang kepada Zheng gonggong. Laksamana Zheng He menggelengkan kepalanya.

"Shu Daren adalah seorang yang bijak dan saya tidak hairan dia akan mengetahui juga Zheng Shuang telah pergi dari sini meninggalkannya," balas laksamana itu sambil menghirup tehnya.

"Shu Daren nampak begitu marah tadi," komen Zhu Liang. Laksamana Zheng He ketawa kecil.

"Siapa yang di dalam situasi Shu Wu JI akan berperasaan begitu malah lebih lagi. Shuang er bertuah bersuamikan Shu Wu JI kerana Shu Wu JI walau marah macam hendak pecah kepala sekali pun, Zheng Shuang akan menang. Percayalah," kata Laksamana Zheng He ketawa.

"Churen, tak risau?"

"Aku hanya risaukan Shu Wu JI, Shuang er, hai..." keluh Laksamana Zheng He."Shuang er bukanlah seorang wanita muda biasa," bisiknya lagi."Bukan sebarangan orang boleh menghadapi orang seperti Shuang er. Dia bijak dan cara dia berfikir saya sendiri kadangkala terkejut," sambung Laksamana Zheng He tersenyum. Zhu LIang hanya memandang tuannya dan berfikir tentang apa yang dikatakan oleh laksamana itu. Sebelum ini, pembantu Zheng He adalah orang lain, sejak lima tahun yang lalu, dia mengambil tempat pembantu yang ditempatkan ke tempat lain.

"Shu Daren na-"

"Aku kenal Shu Wu JI dan aku pasti dia akan datang meminta cuti kerana dia pasti akan mengejar Zheng Suang ke Melaka,"kata Zheng He memandang Zhu LIang. "Sudah sekarang kau sediakan duit perjalanan untuk Shu Wu JI. Aku nak kau letak orang memerhatikan gerak-geri Shu Wu JI mulai hari ini, tahu?"arah Laksamana Zheng He. Zhu LIang mengangguk dan terus berlalu.

"Cempaka," panggil Pipit. Sara yang sedang asyik membuat perancangan sesampainya mereka ke tanah Melaka mengangkat wajahnya. "Ada berita buruk," kata Pipit.

"Apa berita buruk?"tanya Ann Di yang berada di samping Sara.

"Kapal kita mengalami kerosakan, jadi kita kena berlabuh di Pelabuhan kecil antara Hangzhao dan Fuzhao."

"Apa?!!!" jerit Sara dan Ann Di serentak.

"Sabar Cempaka, katanya dalam beberapa hari sebab semua akan naik kapal yang akan tiba kemudian."

"Kapal pengiring pelaut Maharaja?"tanya Sara.

"Kapal-kapal pengiring tiada yang rosak. Hanya kapal yang kita naiki."

"Bila kita nak berlabuh,"tanya Sara.

"Esok dan kita akan menginap di bandar pelabuhan selama seminggu," terang Pipit. Tiba-tiba hati Sara tidak berapa seronok. Ann Di memandang Sara yang tidak senang duduk dengan berita itu kerana selagi mereka berada di perairan Cina Sara sangat risaukan Shu Wu JI akan timbul tiba-tiba.

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now