35

271 33 0
                                    

Mereka keluar dari rumah besar itu bersama.  Shu Wu Ji membisu seribu bahasa dan Sara tahu Shu Wu Ji sedang marah terhadap apa yang terjadi terhadapnya. Dia memandang Shu Wu Ji tapi Shu Wu JI hanya menumpukan pandangannya kepada Laksamana Zheng He.

"Shuang er," panggil Laksamana Zheng He. Sara yang memandang pelaut terkenal itu. "Shuang er sudah siap berkemaskah?"soalnya lagi. Sara mengangguk. "Na, jiaofu beri kamu tiga jam untuk meninggalkan rumah ini. Jiaofu akan arahkan lebih kurang 10 orang pembantu bersama kereta kuda untuk mengangkut barang-barang."

"Baik, Jiaofu," jawab Sara pendek. Laksamana Zheng He memandang Shu Wu Ji dan menyentuh lengan kanannya.

"Ianya dah berakhir. Jangan buat sesuatu yang tidak perlu," dia menasihati Shu Wu Ji.  Shu Wu JI mengalihkan pandangannya ke tempat lain. Hatinya tidak terungkap melihat deraan LI Yang Jian terhadap Sara. "Shu Daren bolehlah berada di sini sehingga habis perpindahan," ucap Laksamana Zheng He. Shu Wu Ji memberi hormatnya tanpa berkata apa-apa. "Na...jiaofu pergi dulu. Kita jumpa makan malam nanti ya?"ucap pelaut itu kepada Sara. Sara menunduk hormat. "Teruk lebam di leher itu nanti. Jangan lupa sapu ubat ya?"pesan Laksamana Zheng He lembut. 
Sara mengangguk. Tinggallah Shu Wu JI bersama Sara, Xiao Lian dan Pipit. 

"Shuang er, ikut aku sekarang," tegas Shu Wu Ji. Sara memandang Xiao Lian dan Pipit.

"Biar aku berbicara dengan Shu Daren. Kamu berdua balik ke bilik dan siapkan apa yang perlu. Tak perlu tunggu tiga jam untuk menyiapkan semua. Cepat siap cepat kita keluar dari rumah ini," kata Sara berhati-hati lehernya masih terasa bengkak. Pipit dan Xiao Lian menunduk hormat dan pergi dari situ. Shu Wu Ji dengan lembut memimpin Sara ke pondok di tepi kolam buatan. Li Yang JIan yang tidak puas hati keluar dari rumah itu dan melihat Sara dan Shu Wu Ji berjalan seiringan ke tepi kolam. 'Huh, baru sahaja diberi kebebasan sudah berani berjumpa berduaan,'desis hatinya. Setapak dia melangkah, Li Lao Furen menahannya.

"Jian er, sudahlah. Sudah cukup perbuatan kau yang selalu menyakiti Mo Li Hua," tegas Lao Furen.  LI Yang Jian tidak menghiraukan kata-kata itu. Dia mula melangkah dan kini ayahnya pula menahannya.

"Jian er, Shu Wu Ji bukan calang-calang panglima dan Zheng gonggong bukanlah orangnya untuk kau menjadi pemberontak begini. Jika kamu mahu seluruh keluarga kita dihukum bunuh kerana kamu mencederakan Mo Li Hua, kamu ambillah setapak lagi," kata LI Lao ye memberi amaran. LI Yang Jian membungkam.

"Tiye, Jian er hanya perlu bercakap sebentar dengan Mo Li Hua," bantah LI Yang JIan. LI Lao ye berpandangan dengan Lao Furen.

"Setiap kali kau mahu 'bercakap' dengan Mo Li Hua, kamu akan akhirnya cuba menggunakan kekerasan. Apa sebenarnya yang kamu mahukan daripada LI Hua?"tanya Li Lao Ye.  LI Yang Jian menghela nafas panjang. Airmukanya keruh sekali. 

"Kenapa Jian er selalu dipersalahkan? Jian er adalah pewaris keluarga ini. Kuasa di tangan JIan er! Apapun yang Jian er lakukan adalah di bawah kuasa Jian er," bantah LI Yang Jian. Lao Furen datang kepadanya dan menampar LI Yang Jian di situ.

"Tiada siapa yang memberikan kuasa kepada kamu untuk menyeksa bekas isteri kau sebegitu rupa. Sejak Mo Li Hua menapak masuk ke rumah ini, semua yang kamu lakukan adalah memastikan hidup Mo LI Hua di rumah ini satu penyeksaan. Zumu beri kamu peringatan yang terakhir. Kamu boleh buat apa saja tetapi Zumu melarang sama sekali kamu menyakitkan Li Hua  sekali lagi. Zumu akan pastikan Yuan Yuan takkan menjadi isteri rasmi rumah ini," kata Lao Furen serius. Li Yang Jian yang terkejut ditampar oleh Lao Furen menyentuh pipinya. Belum pernah Zumu memukul apatah lagi menampar seumur hidupnya. "Yoo momo mari kita pergi, tiba-tiba aku rasa seperti hendak demam melihat apa yang berlaku hari ini," panggil Lao Furen terus berlalu pergi. 

"Zumu..." panggil LI Yang Jian cuba memujuk tetapi tidak diendahkan oleh orang tua itu. Li Lao Ye memandang sahaja anak lelakinya yang kedua ini. Sejak abangnya terbunuh di dalam pertempuran di sempadan, hanya LI Yang Jian menjadi harapan keluarga Li.

"Tiye, menasihatkan Jian er sekali lagi. Lepaskan Mo Li Hua. Kita selalu menganggap yang Mo Li Hua adalah seorang yang tidak berharga di sini atau mempunyai kepentingan dan tiada yang membela melainkan Zumu. Tapi sekarang, ternyata Mo Li Hua bukanlah setaraf kita. Kamu harus menerima, status Mo Li Hua adalah lebih tinggi dari kita. Cuma tiye hairan kenapa Mo Li Hua tidak pernah menyatakan apa-apa sebelum ini."

"Dia anak angkat sahaja Tiye," balas LI Yang Jian yang masih lagi melihat Shu Wu JI dan dan Sara  berbual di tepi kolam. Li Lao ye menepuk bahu LI Yang Jian menenangkannya.

"Zheng gonggong adalah seorang sida-sida diraja yang bijak dan sangat berkemampuan. Hubungannya dengan maharaja bukan sekadar seorang pemerintah dan pegawai. Dan apabila dia mengambil Mo Li Hua menjadi anaknya, kamu kira Maharaja tidak menganggap Mo Li Hua sebagai ahli keluarga Nakhoda Diraja Zheng He?"nasihat LI Yang Jian. Dia turut memandang dari kejauhan Sara dan Shu Wu Ji duduk di tepi kolam. Tiada senyuman atau ketawa yang dilihat hanyalah wajah serius Shu Wu Ji bercakap. "Panglima Shu Wu Ji, sudah berkali menyelamatkan Maharaja dalam bahaya dibanding dengan kamu, adakah kamu rasa status kamu lebih tinggi dari dia?"sambung LI Lao ye. 

"Tapi tiye..."

"Tiye tidak mahu mendengar apa-apa lagi dari kamu Jian er. Mulai sekarang mulakan hidup baru. Kamu akan bergelar bapa tidak lama lagi dan Yuan Yuan sangat bersesuaian untuk menjadi isteri rasmi kamu," potong LI Lao Ye. "Jangan buat seluruh keluarga kita menerima akibat dari emosi kamu yang tidak terkawal itu," kata Li Lao Ye memberikan amaran sekali lagi. Dia mengisyaratkan pembantunya untuk meninggalkan Li Yang Jian. Yuan Yuan dan Han Mei yang berada di balik pintu mendengar kesemua perbualan itu melangkah keluar.

"Err lang," panggil Yuan Yuan lembut. 

"Daren," panggil Han Mei mengejutkan LI Yang JIan dari lamunannya. Dia berpaling dan belum sempat keduanya menghampirinya dia terus berjalan ke tempat lain. Dia masih terasa kehilangan Mo Li Hua dan mahu ditinggalkan sendirian.

"Uih, kenapa Daren begitu jadinya?"tanya Han Mei kepada YuanYuan.

"Ianya dah berakhir. Kau jangan bimbang. Mo LI Hua sudah dikeluarkan dari rumah ini dan aku sebagai isteri rasmi rumah ini akan memastikan tiada lagi wanita seperti itu masuk ke sini," jawab Yuan Yuan. "Sudahlah mari kita masuk makan. Aku sudah merasa lapar," ajak Yuan Yuan menarik Han Mei.

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now