17

286 36 0
                                    

Sara menghela nafas panjang, baru sahaja dia menegur dalam hati yang LI Yang Jian mungkin terkena demam campak itu, dan ianya menjadi kenyataan. Dia menyentuh dahi LI Yang Jian yang panasnya melampau. Dia mengambil air dan mengelap seluruh badan lelaki itu. 'Hmm, not bad..six packs and all. Tetapi chauvinist gila lepas tu pilih kasih la tu. Nasib kaulah Mo LI Hua,'bisik hatinya. 'Tapi kalau betul rumah ini mahu Mo Li Hua diceraikan ada baiknya dia merancang tindakan selanjutnya,'desis hatinya lagi.

"Li Furen," tegur Liang Taiyi. Sara berpaling ke arah tabib itu.

"Liang Taiyi, apa lagi yang perlu dilakukan?"tanya Sara kepada tabib itu. Tabib itu menghampiri Sara dan Sara bangun memberi ruang kepada tabib itu memeriksa Li Yang JIan. Setelah selesai, dia mendapatkan SAra yang duduk di meja bacaan.

"Ya, Liang Taiyi. Badan Daren terlalu panas bukan? Saya takut dia terkena sawan," tegur Sara. Liang Taiyi mengangguk.

"Kita mesti merendam Li Daren dalam air sejuk, Furen untuk menyejukkan badannya,"kata Liang Taiyi. "Ini herba rendaman,"sambung Liang Taiyi menghulurkan bungkusan itu. Sara mengambilnya dan menghidu bungkusan itu.

"Herba apakah ini Liang Taiyi?"

"Campuran beberapa akar kayu dan bunga-bungaan,"jawab Liang Taiyi. Sara memandang lelaki yang lebih tua beberapa tahun daripada Mo Li Hua di hadapannya. Tenang sahaja wajahnya.

"Bolehkah ini merendahkan suhu badan Daren?"soal Sara.

"Suhu?"tanya Liang Taiyi. Sara terpempan.

"Boleh tak rendaman herba ini menyejukkan badan Daren?"tanya Sara semula. Liang Taiyi menganggukkan kepalannya. "Tiap-tiap hari?"

Liang Taiyi menggelengkan kepalanya. "Sehingga demamnya hilang," jawab tabib muda itu. Sara mengangguk tanda faham.

"Hao, Kong Yuan," panggil Sara. Kong Yuan berlarian mendapatkan Sara. "Renihkan ubat ini dalam air panas, kemudian letak dalam tong mandi campurkan dengan air biasa,"arah Sara. Li Yang Jian dalam kelemahan membuka matanya dan melihat Sara dan Liang Taiyi di situ dan kerana badannya terlalu lemah dia tidur semula. Setelah semuanya selesai Li Yang Jian dibawa masuk ke bilik semula. Kong Yuan ditugaskan untuk menjaga segalanya selepas mandian itu. Dengan herba yang sama, SAra mengarahkan Kong Yuan menggunakan air herba itu untuk mengelap seluruh badan Li Yang Jian. Sara mengambil semua langkah berjaga-jaga agar penyakit itu tidak merebak. Dia pastikan cadar, pakaian, kain yang digunakan dicuci menggunakan air panas. Dan dia mengarahkan orang suruhannya menyediakan air lidah buaya. Bedak sejuk berubat telah disediakan oleh Liang Taiyi.

Li Yang Jian yang demamnya sudah mula reda sudah boleh bercakap tetapi ruam satu badannya membuatkan dirinya tak selesa. Kong Yuan yang banyak membantu dan Sara yang menyelia berusaha untuk membuat LI Yang Jian selesa. Li Yang Jian menggaru dadanya.

"Jangan garu, kau akan buat ruam tu lagi banyak," tegur Sara yang baru masuk ke bilik itu.

"Gatal," jawab Li Yang Jian. Sara mengisyaratkan Yang Yi Liu untuk membawa bedak sejuk yang dicampur dengan lidah buaya. Sara duduk di samping Li Yang Jian dan menanggalkan bajunya. "Kau buat apa ni?!"tegur Li Yang Jian.

"Kata gatal, nak letak ubatlah," jawab Sara. "Baik, jika kau tak mahu aku membantu itu bagus juga. Yi Liu, panggilkan Kong Yuan ke dalam," arah Sara. Dia bangun tetapi ditahan oleh Li Yang Jian. Sara melihat pegangan Li Yang Jian. "Kenapa?"tanya Sara tegas.

"Tolong letakkan ubat," jawab Li Yang JIan. Sara duduk kembali.

"Furen," tegur Kong Yuan.

"Bawakan sarapan untuk Daren," arah Sara.

"Kau tak takut berjangkit?"tanya Li Yang JIan.

"Daren, aku di sini kerana ini ialah tanggungjawab aku sebelum Yuan Yuan mengambil alih,"jawab Sara. "Yuan Yuan hendak menjaga kau tetapi dia mengandung sekarang. Han Mei tak pernah kena lagi, jadi tinggallah aku dan Xiao Lian, Kong Yuan dan Yi Liu yang boleh membantu kau sekarang," kata Sara lagi.

"Aku suami kau, tapi cara kau bercakap macam kau setaraf dengan aku," komen LI Yang Jian.

"Baik, Daren saya akan letakkan ubat di belakang ini," balas Sara malas hendak melayan Li Yang Jian.

"Usaha kau menjaga aku, aku hargai," kata LI Yang Jian perlahan. Sara tidak berkata apa-apa kerana dia tiada apa hendak diperkatakan. Li Yang Jian berpaling ke arahnya. "Kau dengar tak apa yang aku katakan ni?"tanya Li Yang Jian. Sara mengangguk. "Habis tu? Selalunya sepatah aku cakap berpuluh perkataan keluar dari mulut kau," kata Li Yang Jian menyindir.

"Baik, Daren. Semua selesai. Sarapan datang nanti makanlah," balas Sara bangun dari situ. LI Yang Jian menahannya lagi sekali.

"Kau benar-benar bencikan aku bukan?"

"Mo LI Hua tidak pernah bencikan sesiapa," jawab Sara. Li Yang Jian melepaskan genggamannya. Dia melihat sahaja Sara pergi dari situ. Mo LI Hua selepas kemalangan sangat berbeza. Kalau dulu, bercakap pun hampir tidak dapat didengari sekarang dari jauh boleh dengar ketawanya. Langsung tidak tahu takut dengan sesiapa pun lagi-lagi dirinya. Lamunan Li Yang Jian terganggu apabila Kong Yuan membawa sarapan dan ubat untuknya.

Sara berjumpa Liang Taiyi di bilik tamu. "Taiyi, apakah perkembangan penyakit Li Daren? Rasanya sudah hampir sembuh bukan?"tanya Sara. Tabib itu tersenyum.

"Li Furen menjaga Li Daren dengan begitu baik sekali. Kebersihan dan pematuhan pemakanan ubat juga bagus. Saya rasa minggu hadapan LI Daren akan sembuh sepenuhnya,"jawab Liang Taiyi. Sara memberikan senyuman manis.

"Terima kasih taiyi. Tanpa kerjasama taiyi, belum tentu kerja menjadi mudah seperti ini," ucap Sara dan meminta diri dari situ.

"Li hua," tegur Xiao Lian seraya mereka beriringan ke bilik bacaan Li Yang Jian.

"Hmm, kenapa?"

"Kau perasan tak, LI Daren sudah kurang marahnya pada kau. Selalu dia suka menengking-nengking setiap perkataan yang keluar tidak pernah yang tidak menyakiti hati kau," kata Xiao Lian.

"Dan?"

"Kau tak pelik ke?'tanya Xiao Lian. Sara ketawa.

"Nak pelik apa? Kalau kau sakit orang yang boleh menjaga kau hanyalah orang yang kau benci kau berani ke nak buat orang tu sengsara?"tanya Sara balik.

"Maksud kau?"

"Maksud aku, dia tiada pilihan. Kau tunggu dia sembuh seperti sediakala, perangai dia akan datang balik," jawab Sara.

"Kong Yuan," panggil Li Yang Jian.

"Ya DARen," jawab KOng Yuan.

"Sudah berapa hari aku sakit?"tanya Li Yang Jian.

"Sudah dua minggu," jawab Kong Yuan. "Kenapa Daren?"

"Masa aku sakit kuat, siapa yang menjaga aku?"

"Daren, sudah tentu LI Furen. Semasa Daren demam kuat dan meracau-racau, Li Furen tidak ke mana-mana. Dan LI Furen berserta LIang Taiyi menjaga Daren sehabis baik," jawab Kong Yuan. Li Yang Jian mengangguk tanda faham. 'Selama ini, aku tidak pernah menghargai kau Mo Li Hua,'bisik hatinya. "Cuma bila Daren sudah beransur baik, nuchai yang banyak menjaga Daren," kata Kong Yuan lagi.

"Ada orang lain yang demam?"

"Hari tu, Liang Taiyi memuji Li Furen kerana dapat mengawal penyebaran penyakit. Di sini hanya ada 10 orang pembantu. 2 orang di bilik selebihnya di dapur dan kebersihan seluruh tempat ini," jawab Kong Yuan.

"Na, Kong Yuan. Selepas ini kau jadilah pembantu aku di bilik bacaan ini," ucap Li Yang Jian. Kong Yuan amat terkejut dengan arahan itu dia menunduk hormat mengucapkan terima kasih.

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now