58

210 26 3
                                    

Seperti yang dijangka, Shu Wu JI dan Ah Chan tiba tengah malam itu. Pipit dan Ren Ji mengalukan kedatangan mereka di pintu gerbang.

"Shu Daren, Chan jiangjun," tegur Ren Ji. "Selamat datang. Xiao ye sudahpun menyediakan semua untuk Shu Daren dan Chan JIangjun."

"Xiao ye?"tanya Shu Wu JI terkejut lalu melihat muka Pipit. "Oh, Ma Shang Wu pewaris keluarga Zheng," kata Shu Wu JI semula. Ren JI mengangguk.

"Sila, Shu Daren ikut saya. Pipit akan bawa Chan Jiangjun ke bilik tamu," jemput Ren Ji. Mereka beriringan masuk ke dalam. "Ini kediaman Ma xiaoye," tunjuk Ren JI. Shu Wu JI mengangguk. Dia dibawa ke bilik bersebelahan dengan bilik Ma Shang Wu. Sedikit kecil tapi sangat cantik. "Na, Shu Daren, air mandi hangat sudah berada di ruang mandi, begitu juga persalinan malam ini. Pagi esok, jika Shu Daren izinkan saya akan menghantar sepasang baju harian ke bilik ini," beritahu Ren Ji yang membuka bilik Shu Daren. Terpegun Shu Wu JI melihat rumah yang agak moden itu.

"Sangat cantik bilik ini," puji Shu Wu JI.

"Kalau begitu, esok SHu Daren mesti melawat Ma xiao ye. Biliknya adalah yang terbaik," balas Ren Ji. "Ada sedikit kudapan ringan di atas meja. Ren JI berada di bilik hujung. Jika ada apa-apa masalah bolehlah mencari saya," ucap Ren Ji.

"Terima kasih Ren JI. Saya masuk berehat dulu," ucap Shu Wu JI memberi salam hormat dan disambut yang serupa oleh Ren Ji. Ren JI meninggalkan Shu Wu JI di situ. Shu Wu JI meneliti bilik Sara dari jauh dan nampaknya Sara sudahpun masuk tidur. Dia tersenyum dan membersihkan dirinya, solat dan bersedia berpakaian malam. Dengan berhati-hati dia melintas ke bilik Sara. Pipit yang berkawal di hadapan kediaman membuka pintu untuk Shu Wu JI. "Terima kasih PIpit," ucap Shu Wu JI. Pipit mengangguk dan mempersilakan Shu Wu JI masuk. Dia menutup pintu itu dan menyambung tugasnya. Shu Wu Ji perlahan-lahan melangkah. Dengan pendiang api yang dinyalakan bilik itu amat selesa di waktu malam yang dingin seperti malam itu. Dia melihat Sara sedang nyenyak tidur. Tanpa mengejutkan dia berbaring di sebelah SAra. Dia tidur mengiring menghadapi wajah Sara yang sedang lena. 'Aku bersyukur kepada Allah menemukan aku dan kau Sara,'bisik hatinya. Dia menyentuh kening dan rambut Sara yang terikat kemas.

"Dah sampai?"tegur Sara tanpa membuka matanya.

"Mmm," jawab Shu Wu Ji.

"Nak makan?"tanya Sara masih ketiduran.

"Makan esok saja. Lao kong sangat letih," bisik Shu Wu JI. Sara merapatkan tubuhnya dan berbaring di atas lengan Shu Wu Ji.

"Alhamdulillah sudah berada di sini dengan selamat," bisik Sara.

"Shhh... tidur," ucap Shu Wu JI memeluk erat isterinya yang paling dirinduinya. Dalam waktu yang singkat dia terlena bersama Sara dan dia merasa satu ketenangan yang tidak dapat digambarkan. Bunyi kokok ayam mengejutkan Sara dan dia tersenyum melihat semalaman Shu Wu Ji berada di sampingnya. Dengan perlahan dia turun dari katil dan bersiap untuk keluar bersenam bersama Pipit. Dia keluar dan memanggil Xiao LIan.

"Sediakan air mandi di bilik Shu Daren dan juga pakaian yang aku telah pilih di atas katilnya. Aku pergi bersenam dengan Pipit, jangan kejut selagi dia tidak terjaga ok?"arah Sara. Dia melihat PIpit sudahpun bersedia untuk menemaninya.

"Ok, tak ada masalah. Aku buat roti bakar kegemaran kau hari ini Li Hua," beritahu xiao Lian. Sara menarik pipi Xiao Lian tanda terima kasih.

"Sediakan sarapan yang sama untuk Shu Daren cuma tambah telur separuh masak ya?"kata Sara lagi. Xiao Lian mengangguk. "Ayuh, Pipit," ajak Sara. Mereka keluar dari kediaman itu dan berlari sebanyak 10km keliling bandar sebelah utara Hangzhao. "Pukul berapa Shu Daren tiba?"tanya Sara mengambil nafas setelah habis larian di sebuah pondok di tepi tasik. Hari masih gelap tetapi sudah kelihatan ramai yang memulakan rutin harian mereka.

"12 tengah malam lebih sedikit," beritahu Pipit.

"Hari ini, kita mesti pergi ke pusat perjudian itu. Aku ingin sekali mengenal siapa Yew Hong itu."

"Tapi Cempaka, mengenali Shu Daren dah tentu dia akan membantah rancangan ini," balas Pipit. Sara tersenyum.

"Shu Wu Ji kita akan serahkan kepada Ann Di. Dia akan menahan Shu Wu JI dari mengganggu penyiasatan kita hari ini," kata Sara. 'Shu Wu Ji tidak tahu yang Ann Di adalah Andrew versi perempuan,' bisik hati Sara. Dia terketawa kecil. Ada sesuatu yang seronok dilihat tengahari nanti.

Sara dan Pipit pulang ke kediaman Zheng. Sara terus pergi ke bilik Ann Di. Ann Di sedang berpakaian di biliknya apabila Sara masuk.

"Hei, aku sedang pakai baju ni," tegur Ann Di. Pipit seperti biasa berkawal di luar. Sara ketawa.

"Apa yang kau ada, aku ada. Pelik apa?" balas Sara mengambil sebiji buah pisang kaki dan memakannya.

"Yang kau berpeluh-peluh masuk ke bilik aku ni kenapa? Rindukan aku ke hmm, Wu GeGe," usik Ann Di yang sengaja tidak membutang pakaian dalamnya. Dia merapati Sara dan cuba mencium pipi SAra.

"Nah!" kata Sara menyumbatkan separuh pisang kaki ke mulut Ann Di.

"Hei!" ucap Ann Di sambil mengeluarkan buah itu dari mulutnya dan meneruskan memakai helaian ketiga.

"Wah, kau semakin cantik Meimei," puji Sara berdiri. Dia memusingkan tubuh Ann Di ke kiri dan ke kanan. "Shu Wu JI baru sampai. Aku nak kau menahan Shu Wu JI dari mengganggu kerja aku di pusat perjudian itu nanti," arah Sara. Ann Di ketawa besar.

"Kau ingat dia akan melayan perempuan selain kau?"tanya Ann Di. Sara tersenyum.

"Kau kan dentist, pandai dari aku! Cantik dari aku, muda dari aku. Pandai menyanyi dan menari lebih dari aku. Gadis hot di Hangzhao ni," kata Sara.

"Kalau taknak?"

"Aku hantar kau ke pusat er..'Rekreasi lelaki' yang paling terkenal di Hangzhao ni."jawab Sara. Ann Di memandang Sara dengan rasa tidak puas hati. "Andy kau kan kawan aku, kau kata sayang akulah, nak protect aku lah...please please please," rayu Sara menghayun kan tangan kanan Ann Di.

"Hao, hao, hao. You owe me!" kata Ann Di menuding ke arah Sara. Sara tersenyum gembira.

"Kau mesti berlakon yang kau jatuh cinta pandang pertama dengan Shu Wu JI. Dan kau mesti pastikan kau mengekorinya ke mana sahaja," arah Sara. Ann Di merasa mual dan dia membuat gaya hendak termuntah."Kau! Mesti buat sebaik mungkin kalau tak kita takkan dapat balik rampas harta keluarga Mo dalam masa yang terpantas!"kata SAra memberi amaran.

"Fine!" jawab Ann Di mengangkat kedua tangannya ke udara.

"Xie xie meimei, kerana membantu Wu gege.," kata Sara menarik hidung Ann Di tetapi ditepis oleh gadis jelita itu."Aku mesti balik ke bilik nanti Shu Wu JI mencari," sambungnya dan terus berlari keluar dari bilik itu, "Jom Pipit, bersiap untuk sarapan. Meimei, kau juga datang ke bilik bersarapan bersama.

"Oklah!" jerit Ann Di dari dalam bilik.

"Kenapa Ann Di Xiaojie bunyi macam marah?"tanya Pipit.

"Datang bulan," jawab Sara berjenaka.

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now