61

183 28 0
                                    

Roulette itu berpusing dan bola di atas piring berpusing melompat ke kotak-kotak kecil ditulis nombor. Sara yang tidak mengharapkan kemenangan tenang sahaja melihat piring itu berpusing. Piring itu bergerak semakin perlahan dan ia berhenti terus. Bola yang tadi terperangkap di satu nombor.

"7, bola berada di nombor 7,"umum penjaga itu. Yew Hong merasa sangat terkejut kerana dia tidak menjangkakan kemenangan Ma Shang Wu atau Sara. Kesemua duit di atas meja disauk dan ditolak kepada Sara. Terkebil-kebil mata Sara. Ren Ji bertepuk kegembiraan. Sara melirik kepada Pipit dan Pipit hanya mengangguk tanda tahniah.

"Pusingan seterusnya sila buat pertaruhan,"kata penjaga meja roulette itu. Yew Hong memandang Sara dan tersenyum.

"Ma gongzhi, adakah mahu bermain lagi?"tanya Yew Hong. Sara memerhatikan sahaja lelaki bertubuh kurus tinggi dan bermata kucing di hadapannya.

"Mestilah. Kalau tidak, saya tidak berlaku adil,"kata Sara.  "Mo xiansheng,"tegur Sara. "Sila letakkan pertaruhan,"pelawa Sara. Orang-orang di situ termasuk Li Yang Jian yang memerhatikannya dari tadi meletakkan pertaruhan mereka. Mo Li Hua kau mungkin dapat menipu orang lain tapi tidak aku,'bisik Li Yang Jian.

"Na, tadi Ma gongzhi sungguh bertuah, saya mahu bertaruh sama dengan Ma gongzhi,"kata Li Yang Jian.

"Yew gongzhi, nombor apakah?"tanya Sara. Yew Hong ketawa.

"Ma gongzhi, pilihlah apa saja,"jawab Yew Hong.

"Berikan satu nombor,"ucap Sara. Yew Hong memandang Sara dan tersenyum.

"22,"kata Yew Hong. Sara mengangguk.

"Saya akan membuat taruhan semua duit yamg saya menang tadi,"kata Sara penuh keyakinan. Dia menolak semua duit yang berada di pihaknya. Dia meletakkan wang taruhan tadi ke nombor 22. Li Yang Jian meletakkan wangnya ke nombor 22 tetapi mengubah fikirannya ke nombor 6. Sara menjeling ke atas. 'Konon berani sangat,'kata Sara dalam hati.

"Tunggu,"tahan Yew Hong. "Ma gongzhi, adakah awak pasti untuk meletakkan semua wang yang dimenangi?"tanya Yew Hong. Sara mengangguk. Yew Hong terkagum dengan kepercayaan Sara atas pilihannya.

"Baik, roulette akan dipusingkan,"kata penjaga meja. Dia memusingkan piring tersebut. Seperti tadi mata tertumpu kepada bola kecil di atas piring. Sara menjeling kepada Pipit dan Pipit berpura-pura mengambil sesuatu di lantai. Dia cuba melihat jika ada sesuatu di bawah meja. Piring itu bergerak perlahan kini. Masing-masing menyebut nombor pilihan masing-masing. Piring terhenti.

"22,"kata penjaga meja. Sekarang duit di hadapan sara berganda. Suasana bising seketika dan Yew Hong merasakan yang sesuatu keajaiban telah berlaku kerana dua nombor pilihannya bertuah.  Duit menimbun di hadapan Sara. Yew Hong menepuk tangan.

"Ma gongzhi sungguh bertuah,"puji Yew Hong.

"Mungkin Yew Daren yang membawa tuah,"kata Sara dan Yew Hong terdiam seketika dan ketawa mendengarkan kara-kata Sara.

"Permainan dibuka,"umum penjaga Roulette itu. Sara memandang Pipit dan kemudian kepada Mo Chang He yang sugul di hadapannya.

"Mo xiansheng, awak tidak apa-apakah?"tanya Sara.

"Hari ini saya kalah dua kali berturut iaitu kepada Ma gongzhi. Duit saya untuk hari ini tinggal ini sahaja,"jawab Mo Cheng He sugul. Sara ketawa kecil.

"Hidup ini juga satu perjudian bukan?" Kata Sara.Mo Cheng He ketawa sinis lalu mengangguk.

"Nah duit ini yang tinggal,"kata Mo Cheng He menolak semua duit yang di hadapannya ke nombor 10. Apabila Sara mengira duit itu anggarannya nilainya adalah lebih kurang tahil perak sekotak kayu paling sederhana.

"Hao! Saya juga meletakkan segala kemenangan terdahulu ke nombor-er Yew Hong?"tanya Sara.

"11"kata Yew Hong pantas.

"Hao!11,"kata Sara. Pipit merasa seram melihatkan wang pertaruhan ini sama nilainya untuk membeli sebuah rumah yang sangat besar. Tetapi demi rancangan Sara, dia menahan segala perasaan.

"Wu ge,"bisik Pipit. Sara menoleh ke arah Pipit.

"Pit, aku datang hari ini untuk kalah. Jadi, tenang saja..kalau kalah pun sebahagian besar adalah duit mereka,"bisik Sara. "Percaya kat aku boleh tak?"kata Sara berbahasa Melayu bagi mengelakkan sesiapa mengerti perbualan sesama mereka. Perbuatan Pipit menjemput semua yang berada di meja itu tertumpu kepada mereka. 

"Bahasa apakah itu?"tanya Yew Hong,

"Bahasa Melaka," jawab Sara.

"Melaka? Oh! Yang ada panglima terbilang Hang Tuah dan kawan-kawannya," kata taukeh Luo.

"Ya," jawab Sara tersenyum.

"Bagaimana Ma gongzhi mengetahui Bahasa Melaka?"

"Sejak Pipit menjadi adik saya. Pipit dari Melaka," jawab Sara tenang. "Na, mari kita sambung permainan. Saya hanya akan bermain kali ini sahaja kerana saya ada perkara lain yang perlu diselesaikan," kata Sara. Penjaga itu memutarkan piring roulette itu sekali lagi. Semakin ia perlahan berputar semakin bingung pemain-pemain di situ. Sara melihat sahaja piring itu berhenti.

"11?"jerit merek satu bilik. Sara bertepuk tangan kegembiraan.

"Saya menang?!!"jerit Sara. Yew Hong bertepuk tangan tanda gembira atas kemenangan itu.  "Baiklah kowaei, saya berhenti di sini dahulu," kata Sara menunduk hormat. Sara menyuruh Renji membawa balik wang kemenangan ke rumah. Dia dan Pipit keluar dari tempat itu.

"Gongzhi, gongzhi," panggil Yew Hong berlarian anak di belakangnya. Sara sudah pun keluar dari tempat itu.

"Yew gongzhi, kenapakah?"tanya Sara terkejut.

"Bolehkah kita berbual sebentar?"tanya Yew HOng. Sara memandang Pipit di sebelahnya. 

"Yew gongzhi, saya sebenarnya sedang menunggu rakan-"

"Wu gege.." jerit Ann Di dari jauh. Dia berlari dan terus memeluk Ma Shang Wu aka Sara. Nak tumbang Sara dibuatnya tetapi disambut oleh Yew Hong.

"Xiao ye," panggil Shu Wu JI yang menuruti Ann Di tadi. Dia menarik Ann Di dan kemudiannya Sara.

"Wo mei shi, Yew gongzhi maafkan saya. Ann di ini memang macam ini. Suka berlari pantas begini," kata Sara memohon maaf.

"err ini-"

" Ini ialah Shu Ann Di. Adik saya,"Sara memperkenalkan. "Dan itu Shu Daren, orang kanan Zheng gonggong," kata Sara lagi. Yew tersenyum dan mengangkat hormat. Shu Wu JI terkejut tetapi dapat menyembunyikan perasaan itu dengan baik. Di hadapannya ialah Zhu Ming Ming. Putera orang kebanyakan anak Maharaja yang juga bekerja sebagai penyiasat tanpa bayang.

"Shu xiaojie adalah antara gadis yang paling jelita yang pernah saya jumpa," puji Yew Hong. Sara ketawa memandang Ann Di.

"Inilah pembawa tuah dalam hidup saya," kata SAra. Yew Hong turut ketawa.

"Bolehkah kami berkenalan?"tanya Yew Hong. Sara memandang Ann Di.

"Itu tanyalah Di mei mei," jawab Sara. 

"Yew gongzhi, Ann di suka berkawan dengan sesiapa sahaja. Terima kasih kerana sudi berkawan dengan Ann Di," jawab Ann Di menunduk hormat. 

"Err tadi, Yew gongzhi mahukan kita berbual," tanya Sara.

"Ha, ya. Kalau semua di sini sudi silakan kita makan tengahari di restoran itu," jemput Yew Hong. Sara memandang Shu Wu JI dan dia mengangguk tanda membenarkan.

"Ayuh," kata Ann Di bertepuk tangan riang. Dia menarik Yew HOng ke restoran yang ditunjukkan tadi. Li Yang Jian yang berada di suatu sudut memerhatikan sekumpulan di bawah pokok tadi,'Hmm, memang tepat sangkaan aku, Ma Shang Wu ialah Mo LI Hua. Li Hua kau takkan terlepas dari genggaman aku kali ini. Aku berjanji jika aku tidak akan pulang tanpa kau kali ini,'bisik hati Li Yang Jian.

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now