33

262 30 0
                                    

Selepas menggendong Sara dan berlari keliling taman sederhana besar Mo LI Hua sebanyak tiga kali, Pipit dikerah untuk membuat tekan tubi sebanyak 100 kali dan Sara duduk membaca di belakang Pipit yang terpaksa membuat tekan tubi itu. 

"Penat, Pipit?"tanya Sara mengusik.

"Tidak cik muda," jawab Pipit, peluh jantan betina membasahi pakaian dan seluruh tubuhnya kini.

"Kau menyesalkah berjumpa aku kembali Pipit?"tanya Sara yang duduk bersila selesa di atas belakang pipit.

"Tidak sekali-kali cik muda," jawab Pipit dalam kepayahan. Sara menghela nafas panjang. Pipit sudah terlalu kepenatan. Dia tersenyum sendiri. Sememangnya Pipit seorang lelaki yang berwibawa.

"Mo LI Hua!" jerit LI Yang JIan yang terkejut melihat betapa rapatnya Sara dan Pipit.  Pipit menghentikan senaman itu apabila melihat Li Yang Jian masuk ke taman itu. Cuaca sudah terang tetapi angin sepoi-sepoi bahasa membuat cuaca agak nyaman. Sara yang masih bersila di atas Pipit hanya memandang lelaki baran yang mengganggu ketenteraman paginya.

"Pipit, plank dalam kiraan 30 detik," arah Sara dan Pipit membuat kedudukan plank seperti yang diarahkan.

"Kau turun sekarang dari belakang pengawal kau sekarang!" jerit Li Yang JIan sambil menghampiri Sara dan Pipit yang berada di bawah pokok.

"Boleh tapi mesti selepas 30 detik," jawab Sara yang selamba di hadapan Li Yang Jian. 'Kalau Mo LI Hua yang dulu akan rasa nak pengsan dengan suara kau sahaja LI Yang Jian, tapi Mo LI hua Sara akan anggap suara kau macam anjing menyalak sahaja,'kata Sara di dalam hatinya.

"30 detik?"tanya Li Yang Jian tidak mengerti.

"Kiraan Pipit," kata Sara lebih kuat.

"25, 26,27,28, 29, 30. 30 detik cik muda," jerit PIpit menahan berat badan Mo LI Hua di atasnya. Sara turun dari belakang Pipit dan Pipit jatuh ke tanah kepenatan. Sara melihat Pipit dan terketawa kecil.

"Kau boleh berehat sekarang," arah Sara. Pipit yang masih tidak boleh bangun mengangguk di atas tanah meniarap.

"Hei, kau buat apa ni?"tanya LI Yang JIan berjalan mendekati Sara. Sara hanya memerhatikan sahaja lelaki baran yang bersinar-sinar matanya seperti mahu menerkamnya. "Hei! Aku tanya, kau bisu ke?"sergah LI Yang Jian.

"Macamana aku tak dengar? Suara kau sampai ke pejabat Majistret boleh kedengaran," jawab Sara. Dia pergi ke kerusi di bawah pondok untuk berehat. 

"Kau-"balas LI Yang Jian yang tidak puas hati melihat Sara tidak mempedulikan kata-katanya.

"Pipit, kau boleh balik sekarang. Mandi dan ingat aku suka lelaki segak dan gagah. Bukan lelaki yang suka menjerit-jerit macam makcik di pasar." Li Yang Jian menjadi bertambah marah dengan sindirian itu. "Err...Ingat kau mesti berada bersama aku senantiasa," arah Sara. Pipit bangun mengibas tanah di tubuhnya dan memberi hormat. Li Yang Jian yang sedang menggenggam penumbuk menanti masa untuk menumbuk siapa sahaja di hadapannya.

"Izinkan Pipit di sini, cik muda," kata Pipit masih sedikit tercungap-cungap kepenatan. Dia risaukan keselamatan Sara kerana LI Yang Jian seperti anjing gila di hadapan mereka sekarang.

"Siapa menang tadi?"tanya Sara.

"Cik muda," jawab Pipit. Sara berkias kepada Pipit supaya jangan bimbangkan dirinya kerana dia boleh menghadapi Li Yang Jian.

"Pergi," kata Sara lembut. Pipit mengerti dan mengikut sahaja arahan itu untuk meninggalkan mereka berdua di situ.

"Belum pernah aku melihat perempuan bangsawan duduk di atas belakang lelaki seperti itu," tegas LI Yang Jian.

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now