37

250 31 0
                                    

Kesemua barang Sara telah diangkut keluar oleh pekerja-pekerja Zheng gonggong. Kerja perpindahan berjalan dengan lancar tanpa ada gangguan. Sara yang berada di biliknya melihat untuk kali terakhir. Sara telah meminta Xiao Lian untuk memanggil kesemua hamba yang berada di kediaman itu.

"Zheng xiaojie ingin memberikan sesuatu sebagai tanda terima kasih kepada semua yang berada di sini," ucap Xiao Lian. Pipit dan Sara berdiri tidak jauh dari Xiao Lian. Pipit dan Ah Chan memegang dulang yang berisi tahil perak.  "Setiap orang akan mendapat 5 tahil perak, boleh kamu semua berbaris untuk menerima hadiah ini," kata Xiao Lian lagi. Lebih kurang 20 orang yang berada di hadapan mereka berbisik kegembiraan. 5 tahil perak boleh membeli banyak benda di era itu. Sara melihat saja keupayaan Xiao Lian mengendalikan upacara itu. Mereka berbaris dan menerima 5 tahil perak daripada Sara.

"Xie Zheng Xiaojie," kata mereka beramai-ramai. Sara hanya tersenyum.

"Terima kasih di atas jagaan kamu semua selama ini,. Hadiah ini tidak seberapa jika dibanding dengan jasa kamu semua. Mo Li Hua... Mengundurkan diri. Kesemua yang menerima wang tadi menunduk hormat. Sara mengajak Xiao Lian untuk pergi dari situ dan diikuti oleh Pipit dan Ah Chan.

Li Yang Jian pergi ke bilik Zhu Wu untuk melihat keadaan orang kanannya. Zhu Wu masih memegang yupe pemberian Sara tadi.

"Zhu Wu," tegur Li Yang Jian. Zhu Wu terkejut dan cepat-cepat menyorokkan yupe itu ke bawah bantal.

"Maafkan nuchai, tidak dapat bergerak," sambut Zhu Wu. Li yang Jian melihat keadaan Zhu Wu dan menghela nafas panjang. Dia menyesali perbuatannya semalam.

"Semasa kau tertidur semalam aku bawakan tabib tapi aku melihat kau sudah dirawat. Siapa yang telah membantu kamu?" tanya Li Yang Jian. Zhu Wu agak kaget untuk menjawab soalan itu. "Zhu Wu?" panggil Li Yang Jian.

"Selepas balik ke bilik nuchai pengsan dan apabila nuchai terjaga, nuchai sudah begini," kata Zhu Wu berbohong.

"Kau begitu terleka tadi apa di tanganmu tadi?"soal Li Yang Jian. Zhu Wu dengan perlahan mengeluarkan yupe tadi dari bawah bantal. Dia menunjukkan yupe itu kepada Li Yang Jian. Li Yang Jian mengambilnya dan meneliti yupe itu."Cantik buatan dan sangat mahal. Siapa yang menghadiahkan ini kepada kau?"

"Err... Seorang yang baik hati," jawab Zhu Wu. Li Yang Jian memandang Zhu Wu seketika.

"Siapa dia? Kau nak aku kirakan dia sebagai pengantin kau?" tanya Li Yang Jian.

"Ei... Tak perlu Daren. Err...dia..dia.."Zhu Wu hilang kata-kata. Li Yang Jian tersenyum. 

"Nah, aku beri balik. Sekiranya kau mahu aku pergi bertanyakan gadis ini, kau beritahu aku," ucap LI Yang Jian. "Aku berikan kau cuti untuk seminggu ini. Kau sembuhkan diri kau,"sambung LI Yang Jian. Zhu Wu menunduk hormat. Li Yang JIan berlalu dari situ. Dia berjalan ke kediaman Mo Li Hua hanya untuk memastikan jika perpindahan itu selesai dan mungkin dia dapat bertemu dengan Mo Li Hua sebelum dia keluar dari rumah itu. 

Sara dan pengiring-pengiringnya keluar dari kawasan kediaman itu dan bertemu LI yang Jian di tengah jalan. Pipit dan Ah Chan cepat berada di hadapan Sara.

"Zheng Xiaojie, sudah ada dua orang pengawal peribadi sekarang ya?"sindir LI Yang Jian. Sara hanya mendiamkan dirinya. Xiao Lian memegang lengan Sara dengan erat. Sara menyentuh tangan Xiao Lian. Li Yang JIan mengambil setapak ke hadapan dan mereka bergerak setapak ke belakang. "Mo Li Hua, aku tahu aku bersalah. Aku datang mahu memberikan ini kepada kau," kata Li Yang Jian sambil menghulurkan ubat kepada Sara.  Sara masih tidak berkata apa-apa. "Nahlah..."kata Li Yang Jian menunjukkan bekas kecil itu kepada Sara. Sara terketawa kecil.

"Hei, Li Yang Jian, kau hampir membunuh aku dan kau di sini seperti kau tidak membuat apa-apa kesalahan? Di sini tak berapa betul ya?"tanya Sara sambil menunjuk kepalanya.

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now