81

157 25 0
                                    

Malam itu Shu wu Ji hadir bersama Wang He Lan dan pembantunya. Wang He Lan nampak begitu cantik serba hijau. Ann Di dan Pipit sudahpun menanti kedatangan mereka.

"Wang Xiaojie, Shu daren sudah datang! Silakan," jemput Ann Di. Mereka masuk dan Wang He Lan memerhatikan bilik itu.

"Patutlah mereka mengatakan ini adalah bilik terbaik di kapal ini," tegur Wang He Lan.

"Silakan duduk. Zheng Xiaojie akan tiba sebentar lagi.,"kata Ann Di sopan.

" Di mana Zheng Xiaojie?"tanya Shu Wu Ji.

"Err tadi Liu Daren datang dan mereka berdua ke kapal pengawal sebentar." Shu Wu Ji memandang Ann Di dan membuatkan Ann Di merasa tidak selesa. 'Ge mesti tak puas hati aku tidak melaporkan perkara ini,' bisik Ann Di. Tidak lama kemudian pembantu daput membawa masuk makanan lazat yang telah dipilih oleh Sara untuk malam itu.

" Ha, dah sampai pun," tegur Sara tersenyum. Dia masuk dan Liu Lu ada bersamanya. "Mari Liu Daren kita makan bersama malam ini."

"Terima kasih. Saya harap Shu Daren dan Wang Xiaojie tidak kisah," tegur Liu Lu. Dia mengambil tempat di sebelah Sara.

"Makanan pun dah sampai, mari kita makan. Ann Di, Pipit mari-"

"Mereka hanya pembantu," tegur Wang He Lan yang membantah Ann Di dan Pipit duduk bersama. Ann Di dan Pipit berpandangan sesama sendiri. Mereka memandang Ah Chan pula.

"What do you mean?" tanya Sara berbahasa Inggeris.

"Bahasa apakah ini?" tanya Wang He Lan.

"Ann Di could you move the side table to the right and get my report as well," arah Sara. Ann Di tanpa bicara mengikut arahan itu. "Pit, tolong ambilkan air buah di dapur kapal. Cempaka tertinggal," arah Sara dalam Bahasa Melayu. Pipit terus berlalu ke dapur.

"Itu bahasa apa ya? Zheng Xiaojie boleh mengusai pelbagai bahasa juga?" tanya Wang he Lan memandang Shu Wu Ji.

"Ann Di kunyang mempunyai kepakaran dalam 3 bahasa dan mempunyai pengetahuan yang luas dalam perubatan barat. Pipit menguasai dua bahasa dan pakar dalam memanah jarak jauh dan berkuda. Mereka bukan pembantu. Mereka tangan kanan dan kiri saya. Mereka ialah sahabat. Wang xiaojie pakar dalam bidang apa?"tanya Sara memandang tepat ke wajahnya."Swee Lee, selain dari menjaga Wang Xiaojie apa lagi yang kamu berguna? Bergossip dan melagakan orang bukan?" Wajah Wang He Lan dan Swee Lan kemerahan menahan malu. "Amaran pertama dan terakhir, jangan merendah-rendahkan orang terutama Ann Di kunyang dan Pipit. Faham? Hanya kerana kau sepupu Wang li Bao gongju jangan anggap kau lebih tinggi dari orang lain. Kau ingat aku tak tahu, kau di sini kerana skandal kau dan anak orang kaya Xi'an?" kata Sara dengan muka yang serius. Semua di situ seperti menahan nafas melihat Sara hilang sabar.

"Biadap sungguh!" jerit Wang He Lan berdiri dan Swee Lee memegangnya. "Shu Daren, tengok tu,"adu Wang He Lan sambil memegang bahu Shu Wu Ji. Sara hanya memerhatikan sahaja perangai gedik si Wang he Lan di hadapan semua orang. Dia menelah Shu Wu Ji yang mengikut hematnya akan menyebelahi Wang He Lan.

"Air dah sampai Zheng Xiaojie,"sapa Pipit masuk ke bilik yang serba mewah itu.

"Shu Daren, mari kita pergi dari sini," ajak Wang He Lan menarik Shu Wu Ji pergi dari bilik itu. Shu Wu Ji bangun dan mengangkat hormat kepada Sara dan Liu Lu.

"Liu Daren pula bagaimana?" tanya Sara mesra.

"Saya dengar Zheng xiaojie masak sendiri untuk makan malam ini," jawab Liu Lu.

"Kalau begitu makan lebih ya malam ni?" kata Sara tersenyum. Shu Wu Ji yang menahan sabar hanya mendengar kata-kata itu dan berlalu tanpa berpaling. Sara mengisyaratkan Pipit dan Ann Di duduk di meja. Mereka menuruti sahaja. Mereka mula makan lauk-pauk yang dihidangkan. Liu Lu makan bertambah kerana lauk-pauk itu sedap belaka.

"Lama rasanya tidak makan makanan rumah. Saya selalu di kapal. Terasa rindu pula kepada mak saya," ucap Liu Lu. Sara ketawa.

"Saya bersyukur saya sudah seperti mak daren," balas Sara.

"Eh! Bukan-bukan. Bukan itu maksud saya," kata Liu Daren serba-salah.

"Saya melawak saja," pujuk Sara. Liu Lu merasa tersangat lega mendengarkan kata-kata Sara itu.

"Kenapa Zheng xiaojie begitu marah kepada Wang Xiaojie tadi?" tanya Liu Lu.

"Saya pantang orang yang sombong," pendek sahaja jawapan Sara.

"Hari sudah jauh malam, terima kasih kerana menjamu saya," ucap Liu Lu berdiri dan mengangkat hormat.

"Ini laporan-"

"Daren, saya datang," sapa Zhen Hwang Di di luar.

"Tepat pada masanya," puji Sara tersenyum. "Saya harap Liu daren bersetuju dengan laporan ini. Esok ada sesuatu yang ingin saya tanyakan," kata Sara.

"Beritahu saja sekarang,"pinta Liu Lu.

"Hao, apakata kita mengambil angin di dek. Malam ini bulan penuh," cadang Sara dan Liu Lu menyetujuinya. Zhen Hwang Di dan Pipit mengikut mereka berdua ke dek.

"Liu Daren, berapa sebenarnya yang terkorban semalam?" tanya Sara. Mereka sudah pun berdiri di hujung dek.

"Setelah dikira, orang awam tak ramai dalam 7 orang dan beberapa puluh lagi cedera ringan, tentera kita 10 terkorban dan 15 lagi cedera ringan."

Sara menghela nafas panjang. Dia mengusap lengannya kerana angin sejuk bertiup. Liu Daren menanggalkan 'cape' yang dipakainya dan meletakkannya di tubuh Sara.

" Terima kasih, sejuk sedikit malam ni mungkin bertukar musim,"kata Sara.

"Apakah perkara yang ingin xiaojie tanya kepada saya?" tanya Liu Lu.

Ada kemungkinankah kita akan diserang oleh lanun lagi? "tanya Sara. Liu Lu menggelengkan kepalanya.

" Mungkin Zhrng xiaojie tak tahu. Yong Liu adalah lanun yang paling ditakuti di perairan ini dan dia dalam tahanan kita. Berita mengatakan kapal kita sangat berkeupayaan telah tersebar. Jadi saya rasa ancaman lanun telah dipatahkan."

"Baguslah begitu tapi kenapa saya masih tidak sedap hati?" bicara Sara sendiri. Liu Lu memandang Sara dan di bawah sinar rembulan Sara nampak begitu anggun sekali.

"Apakah cadangan Zheng Xiaojie?"

"Kita mesti menambah kapal pengawal," kata Sara.

"Da Ming masih diancam dan maharaja takkan memberikan lebih dari ini," jawab Liu Lu. Sara mengeluh. "Tapi kita boleh meminta bantuan armada di setiap negara yang kita lalui," kata Liu Lu.

"Betul kah kita boleh meminta bantuan seperti itu?" tanya Sara. Liu Lu mengangguk. "Lega sedikit hati saya. Hao ba, jika ada apa-apa perubahan laporan berikan kepada Xiao Di," arah Sara.

"Baik tak ada masalah," ucap Liu Lu. Sara menanggalkan 'cape' milik Liu Lu dan mengembalikannya kepada Liu Lu tetapi Liu Lu meletakkannya kembali ke tubuh Sara. "Esok saja," kata Liu Lu. Dan sara mengangguk.

"Berhati-hati pulang ke kapal ya?" kata Sara. Dia menggamit Pipit dan Pipit datang kepadanya. "Saya pulang dahulu," kata Sara dan terus berlalu.

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang