31

291 33 0
                                    

Li Yang Jian pulang ke bilik bacaan terdiam seribu bahasa. 'Apa yang sedang berlaku ini?'soalnya berkali. Dia terduduk di mejanya dan termenung. Zhu Wu yang berdiri di sampingnya hanya memerhatikan sahaja ketuanya melayan perasaan/

"Mo Li Hua bukan isteri aku lagi?"soalnya masih tidak mempercayainya. Zhu Wu masih lagi mendiamkan dirinya. Li Yang Jian menghela nafas panjang dan mengurut dahinya. Dia menyalahkan ibubapanya kerana menyuarakan cadangan itu kepadanya. Sekarang satu Nanjing mengetahui yang Li Yang Jian dan Mo Li Hua bukan lagi suami isteri. Dia merasa terlalu tertekan dan menepuk mejanya dengan kuat. Dia bangun dan menolak semua yang ada di atas meja besar itu. Dia membaling semua buku-buku yang elok disarung dibelakangnya ke lantai.

"Daren!" panggil Zhu Wu cuba menenangkan Li Yang Jian. Li Yang Jian semakin menggila sambil membaling semua benda di hadapannya. "Daren!" kata Zhu Wu menahan Li Yang Jian dari terus menjahanamkan biliknya sendiri. "Daren, sabar!" tegas Zhu Wu. Li Yang Jian meronta-ronta untuk dilepaskan.

"Aku takkan lepaskan Mo Li Hua!" jerit Li Yang Jian.

"Daren, sabar!"kata Zhu Wu. LI Yang Jian memandang Zhu Wu dan mencekak leher pembantunya. Sememangnya itulah 'punch bag' LI Yang Jian setiap kali dia tidak puas hati dengan Mo Li Hua. "Mungkin sebagai isteri rasmi tapi boleh menjadi isteri tanpa pangkat di rumah ini," kata Zhu Wu memegang tangan LI Yang JIan yang berada di lehernya. Li Yang Jian terpempan.

"Bolehkah?"tanya Li Yang Jian mengurangkan genggaman tangannya. Zhu Wu mengangguk. "Tapi Maharani menitahkan aku memberikan kebebasan kepada Mo LI Hua," kata LI Yang Jian melepaskan Zhu Wu. Zhu Wu mengurut lehernya.

"Jika Li Furen mahu bersama Daren secara sukarela, mungkin Maharani boleh mengizinkan," balas Zhu Wu. Kata-kata itu memberikan kesan kepada Li Yang Jian.

"Maksud kau kalau dia menerima aku sebagai suami?"tanya LI Yang Jian. Zhu Wu mengangguk perlahan. 'JIka daren boleh lembutkan hatinya,'katanya dalam hati. Tidak berani Zhu Wu menyuarakan pendapat itu. "Bagaimana?"tanya LI Yang Jian. Zhu Wu menggaru kepalanya yang tak gatal. 'Bagaimana mungkin aku menasihatkan, aku sendiri pun belum kahwin,'kata Zhu Wu di dalam hatinya.

"Sebagaimana Daren membuat Yuan Yuan menyayangi daren?"jawab Zhu Wu teragak-agak. Li Yang jian memandang Zhu Wu dan tersenyum.

"Bijak juga cadangan kau itu. Belum pernah wanita yang menolak Li Yang Jian Panglima Kehormat Diraja," kata Li Yang Jian dengan mood lebih baik.

"Betul," balas Zhu Wu.

"Ramai juga yang menawarkan anak2 perempuan mereka untuk menjadi sebahagian rumah ini tetapi aku hanya menerima YuanYuan kerana kecantikan dan dia sayangkan aku. Han Mei kerana ayahnya yang menjadi tulang kewangan aku. Dan Mo LI Hua yang dipaksa oleh Zumu satu ketika dulu."

"Daren jika daren tidak suka langsung akan Mo Li Hua sebelum ini kenapa nuchai lihat Daren begitu mengambil berat?"tanya Zhu Wu. Lama Li Yang Jian berfikir.

"Kerana belum ada perempuan yang buat aku mengejar selama ini. Termasuk Yuan Yuan yang tidak pernah membantah atau menolak aku. Tapi LI Hua...aku sendiri keliru apa yang membuat aku begitu tertarik. Adakah kerana keberaniannya atau adakah kerana dia tidak pernah mahukan perhatian aku. Semasa mula dia masuk ke mari, hendak memandang wajah aku pun takut, apatah lagi berbicara. Dan aku melihat dia sahaja merasa jijik kerana antara ramai gadis, kenapa MO LI Hua yang hodoh menjadi pilihan Zumu," beritahu Li Yang Jian panjang lebar.

"Sekarang?"\

"Sekarang, pada mulanya aku terkejut melihat dia lebih cantik dari Yuan Yuan. Aku tidak kisah sangat kerana perempuan-perempuan yang cantik ialah ibarat pangkat dalam masyarakat. Aku kira Mo Li Hua akan menerima aku seperti mana dahulu tetapi tidak. Sikap Li Hua yang langsung tidak mempedulikan aku, dan melihat betapa ramai lelaki yang mahukan perhatiannya mencabar aku sebagai suaminya biarpun hanya di atas kertas," cerita Li Yang Jian sambil memandang keluar tingkap. Bintang-bintang yang begitu banyak sedikit sebanyak memberikan dia harapan.

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now