22

285 34 1
                                    

Selepas Yuan Yuan beredar, Li Yang Jian cuba menyambung bacaannya tetapi fikirannya berkecamuk. Apa yang difikirkan hanyalah perangai Mo LI Hua yang agak pelik. Dia mengatup bukunya.

"Zhu Wu," panggilnya. Zhu Wu masuk ke dalam bilik bacaannya.

"Daren," sambut Zhu Wu.

"Di mana Li Furen sekarang?"tanya Li Yang Jian.

"Li Furen sedang minum petang di bilik Lao Furen," jawab Zhu Wu.

"Hmm, baik. Mari kita ke sana. Aku pun dah lama tidak minum petang bersama Zumu. Ayuh, pergi!" ajak Li Yang Jian yang terus keluar dari bilik itu. Su Lee yang sedang menggubah bunga di pasu di tepi tingkap ternampak Li Yang Jian berjalan melepasi bilik Yuan Yuan.

"Xiaojie, itu Li Daren," tegur Su Lee. Yuan Yuan yang sedang menjahit pakaian bayi bangun ke tingkap.

"Nampak seperti akan ke bilik Lao Furen," kata Yuan Yuan lalu balik ke tempatnya.

"Xiao jie tak khuatirkah?"tanya Su Lee. Yuan Yuan ketawa.

"Pada masa sekarang aku tak bimbang apapun. Li Yang Jian orang yang teguh pada janji dan aku akan menjadi puan besar rumah ini tak lama lagi. Jadi kau juga tak perlu risau," bebel Yuan Yuan sambil menyambung kerjanya.

Lao Furen dan Sara sedang rancak berbual dan menikmati minum petang bersama apabila Li Yang Jian sampai di pintu.

"Zumu, Jian er datang," sapa LI Yang Jian. Sapaan itu membuatkan mereka tertumpu di pintu.

"Masuklah Jian er, Yoo Momo sediakan makanan. Bukan selalu Jian er minum bersama," kata Lao Furen tersenyum. Dengan pantas Yoo Momo pergi ke dapur. Dia menjeling kepada Sara yang terus menikmati kuih tanpa menghiraukan kehadiran Li Yang Jian.

"Furen juga ada di sini?"sapa Li Yang JIan. Sara memandangnya dan tersenyum.

"Takkan tak tahu," jawab Sara. Li Yang Jian terkejut atas kata-kata itu.

"Li Hua," tegur Lao Furen. "Jian er marilah duduk kenapa berdiri sahaja," ajak Lao Furen. Li Yang Jian mengambil tempat di sebelah Zumu. "Li Hua, tuangkan teh," arah Lao Furen.

"Xiao LIan," panggil Sara. "Tuangkan teh," arah Sara. Li Yang Jian cuba menyembunyikan perasaan tidak puas hati terhadap Sara. Lao Furen memandang Yoo Momo dan menggelengkan kepalanya.

"Lama kita tidak minum petang begini," kata LI Yang JIan cuba menceriakan suasana.

"Memang betul," jawab Lao Furen. "Apa yang membuat Jian er ke mari?"tanya Lao Furen selamba.

"Err sakit, Jian er banyak berfikir tentang Zumu. Kalaulah Jian er tidak sembuh dari penyakit itu, Jian er akan merasa terkilan kerana sejak bekerja, Jian er jarang ada masa untuk Zumu," sambungnya lagi.

"Wah, Zumu merasa sangat gembira Jian er terfikirkan Zumu," balas Lao Furen. Sara menguap sambil menutup mulutnya.

"Zumu, Li Hua sedikit letih. Kita jumpa lagi esok ya? Daren bagus Daren dapat ke mari. Sekurang-kurangnya dapat menemani Lao Furen seketika," kata Sara tersenyum. "Zumu, Li Hua minta diri," katanya lagi berdiri dan menunduk hormat. Xiao Lian dan Sara terus berlalu meninggalkan bilik itu. Muka Li Yang Jian terkulat-kulat kerana rancangannya untuk lebih mendekati Mo Li Hua tidak berjaya. Li Yang Jian memandang ke luar hinggalah hilang kelibat Sara.

"Jian er, kadang-kadang belajar untuk melepaskan lebih baik," ucap Lao Furen lembut. Li Yang JIan memandang Lao furen seketika. "Apabila kita terlalu memaksa, dia akan pergi lebih jauh," nasihat Lao Furen.

"Tapi Zumu, Jian er tidak pernah terfikir untuk menceraikan Mo Li Hua,"balas LI Yang Jian.

"Kalau niat kamu mahukan dia di sini kerana mahu menyakitinya, baik tak usah. Tak baik Jian er. Ya, zumu yang minta kamu berkahwin dengannya kerana itulah pilihan yang terbaik pada waktu itu. Tapi Zumu lihat Li Hua banyak berubah dan jika dia bukan dalam keluarga kita pun Zumu percaya dia akan hidup bahagia," kata Lao Furen lembut nada memujuk.

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now