21

282 33 4
                                    

Mamatok Salmah dan Salina duduk di bangku menghadap kolam renang kecil di rumah Salina. Jauh mereka bermenung tanpa gangguan. Serentak mereka mengeluh dan mereka berpandangan sesama sendiri.

"Mama, Sal kebuntuan memikirkan apakah misi Sara balik ke zaman silam,"kata Salina perlahan.

"Kehilangan Wu Ji membawa dia kembali ke sana. At least that is the most positive thing I could think of," keluh mamatok. Salina memandang sahaja ibunya tanpa sepatah kata.

"Li Hua," panggil Xiao Lian lembut. Sara yang baru sahaja melangkah masuk ke bilik tersenyum. "Kau ke mana Li Hua?" tanya gadis yang sebaya dengan Mo Li hua.

"Alah, Xiao Lian aku baru saja makan. Kau kemas baliklah makanan di atas meja tu," pinta Sara sambil duduk di meja.

"Yoo Momo menyampaikan pesan supaya kau berjumpa Lao Furen sebaik sahaja kau pulang," beritahu Xiao Lian mengemas semula meja makan itu. Sara mengangguk.

"Ok, aku tunggu kau mengemas lepas tu kita pergi berdua," balas Sara. "Err aku pergi salin pakaian dulu ya. Berpeluh-peluh panas sangat hari ini."

"Baiklah Li Furen," kata Xiao Lian sambil berlalu ke dapur utama kediaman itu.

"Hmm.. Kenapa zumu nak jumpa ya? Takkan cepat benar Li yang Jian mengadu," tanya Sara kepada dirinya sendiri. Selesai bersiap cantik untuk zumu, Sara dan xiao Lian beriringan ke bilik Lao Furen.

"Zumu," panggil Sara mesra.

"Haizi, mari duduk di sini," panggil Lao Furen. Sara menurut sahaa permintaan itu.

"Zumu panggil Li Hua ke mari kenapa?" tanya Sara sambil menuang teh untuk Lao Furen. Dia memberikan secawan teh kepada Laofuren. Lao furen mengambil tangan kanan Sara dan mengenggam erat. "Kenapa ni zumu?" tanya Sara sekali lagi. Lao Furen memandangnya seberapa ketika. Ada kesedihan di wajah tua itu. Ada sedikit kepenatan yang menjadi beban di fikirannya. "Zumu tak cukup tidur semalam, betul tak?"tanya Sara. Lao Furen tersenyum. Intuisi Mo Li Hua memang mengagumkannya. "Risau pasal Li Hua?"tanya Sara lagi. Lao Furen mengangguk. Sara tergelak. "Zumu...cuba tengok Li Hua baik-baik, ada Li Hua nampak sedih ke?"tanya Sara tersenyum. Lao Furen menyentuh wajah Mo Li Hua dengan lembut.

"Haizi, kamu masih terlalu muda untuk diuji begini,"kata Lao Furen sambil airmata bergenang. Sara mengerti akan kata-kata itu. Dia menyentuh tangan satu-satunya keluarga Li yang ikhlas terhadapnya.

"Terima kasih Zumu kerana mengambil kesedihan itu daripada Li Hua,"jawab Sara. "Sampai...di hati Li Hua hanyalah perasaan bersyukur,"tambah Sara. "Tapi percayalah Zumu, mungkin ini jalan terbaik untuk keluarga ini hidup lebih aman dan tenteram,"pujuk Sara lembut.

"Li Hua, isteri yang diceraikan akan dipandang serong oleh masyarakat. Mungkin sekarang kamu tak dapat membayangkan dan Zumu kalau boleh mahu mengelakkan itu dari terjadi,"beritahu Lao Furen.

"Mo Li Hua selama ini hidup hanya untuk membuat hati dan perasaan orang lain gembira.Zumu tahu yang Li Hua sentiasa diejek, dihina di rumah ini. Hanya Zumu yang menyayangi Li Hua,"ucap Sara.

"Wo de haizi,"kata Lao Furen mengusap kepala Sara.

"Tapi selepas kemalangan itu, Li Hua dapat kembali sihat semuanya berubah. Zumu, Li Hua mahu mencari kebahagiaan sendiri. Jika dengan perceraian ini adalah langkah terbaik untuk mencari itu, Zumu...tolonglah merestui Li Hua,"kata Li Hua memegang tangan Lao Furen.

"Li Hua nak tinggalkan Zumu?"tanya Lao Furen mengesat airmatanya.

"Tidak menjadi isteri Li Yang Jian tidak bermakna Li Hua tidak akan menjaga Zumu. Li Hua janji kita terus begini,"pujuk Sara. "Okay?"tambahnya lagi.

"Okay?"tanya Lao Furen kembali. "Belum pernah Zumu mendengar perkataan itu,"beritahu Lao Furen.

"Sekarang Zumu dah dengar. Okay maksudnya hao...baik..faham...macam tu,"jawab Sara ceria. Lao Furen ketawa.

"Okay...Zumu faham. Betul ni Li Hua tak apa-apa kalau Yang Jian menceraikan kamu,"tanya Lao Furen semula.

"Haiya! Li Hua adalah orang yang paling gembira!"jawab Sara berkobar-kobar.

"Betul tak menyesal?"tanya Lao Furen lagi.

"Sikit pun tidak,"jawab Sara. Lao Furen dan Sara ketawa.

"Zumu boleh menghalang niat mereka Li Hua."

"Li Hua minta dengan Zumu, izinkan. Li Hua akan buktikan kepada Li Yang Jian yang keluarga Mo bukanlah terlalu mudah. Li Hua hendak bantu keadaan tiye dan nyang menjadi lebih baik,"rayu Sara. "Zumu, sebab itu izinkan Sara berada lebih lama di rumah keluarga Mo,hmm?"

"Zumu faham dan Zumu izinkan. Zumu sangat berterima kasih kerana niat Li Hua mahu balik membantu. Dan Zumu akan menolong sehabis baik. Beritahu Zumu kalau ada yang boleh dibantu dan itu termasuklah kewangan,"beritahu Lao Furen.

"Tapi-"

"Kalau rasa membebankan anggap sahaja satu pelaburan Zumu dan berikan pulangan modal beserta untung kepada Zumu. Okay?"kata Lao Furen.

"Hah? Okay?"kata Sara terkejut. "Okaaaayyyyyy,"tambahnya. "Zumu orang yang paling bijak di rumah ini,"puji Sara lalu memeluk erat Lao Furen. Dia teringat kepada mamatok apabila memeluk Lao Furen begini. Hatinya rindu. Bilalah dia boleh pulang semula, rintih hatinya.

Li Yang Jian berada di bilik bacaannya sedari tadi. Walaupun di tangan dokumen-dokumen yang perlu disemak fikirannya melayang kepada Mo Li Hua. Banyak sungguh perubahan yang begitu ketara seperti dengan perubahan imej dari gempal ke kurus, mo Li Hua yang kurus adalah orang yang sungguh berbeza.

"Err lang?"panggil Yuan Yuan masuk dengan pembantunya. Li Yang Jian menoleh dan segera pergi mendapatkan Yuan Yuan yang sedang sarat itu.

"Yuan Yuan, kenapa berjalan jauh sangat ni?"tegur Li Yang Jian membantu Yuan Yuan duduk.

"Jauh?"balas Yuan Yuan ketawa. "Hanya beberapa tapak dari bilik Yuan Yuan sudah sampai ke mari,"sambungnya lagi. "Ni, minuman teratai, Yuan Yuan buat untuk Errlang,"tunjuk Yuan Yuan dan mengisyaratkan pembantunya meletakkan mangkuk itu di sisinya. "Minumlah,"pelawa Yuan Yuan sambil mengambil mangkuk itu dan menceduk sesudu. "Yuan Yuan suapkan,"kata Yuan Yuan.

"Tak perlu. Errlang boleh minum sendiri. Yuan Yuan sudah begini janganlah membuat kerja keterlaluan,"balas Li Yang Jian mengambil mangkuk itu dan meminumnya sekaligus.

"Err..."terkejut melihat Li Yang Jian begitu.

"Yuan Yuan maafkan Errlang, sebenarnya banyak lagi kerja Errlang yang perlu diselesaikan,"beritahu Li Yang Jian.

"Na...Yuan Yuan minta diri dulu,"kata Yuan Yuan sambil berdiri dan dibantu oleh Li Yang Jian. "Malam ini Errlang tidur di rumah Yuan Yuan?"tanya Yuan Yuan untuk kepastian.

"Jika semuanya selesai Errlang akan tidur di sana,"jawab Li Yang Jian. Yuan Yuan mengangguk dan mengisyaratkan pembantunya untuk balik bersamanya.

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now