90

193 24 0
                                    

Salina ditemani oleh mamatok sudah berada di hospital masuk 3 hari. Semuanya stabil tapi Sara masih tidak sedarkan diri lagi. Mamatok duduk di sisi dan mengelap wajah Sara dengan air hangat.

"Sara, bila Sara nak balik ni? Tak payah lama-lama hantar si Shuib tu," kata mamatok sambil mengelap tubuh Sara. Salina ketawa sambil menggelengkan kepalanya.

"Mama, kalau orang dengar tu-" tegur Salina sambil mengatur sia atau mangkuk tingkat yang berisi makan tengahari. Selesai mengelap dia bedakkan, sikatkan rambut Sara. Selepas itu mamatok menyertai Salina untuk makan tengahari.

"Selagi dia tidak buka mata, mama risau," kata mamatok mencedok nasi ke pinggan plastik.

"Mama, popo pernah cerita ada tak mana-mana perentas masa yang tinggal di zaman itu dan tak balik-balik?" tanya Salina menyuapkan makanan ke mulutnya.

"Kenapa Sal risau ke?" tanya mamatok. Salina mengangguk. Mamatok menggelengkan kepalanya.

"Cuma cepat atau lambat tapi semua perentas masa akan pulang semula ke zamannya," jawab Mamatok menikmati gulai lemak cili apa yang dimasak oleh Salina.

"Ada tak perentas masa dari zaman lampau ke zaman moden?" tanya Salina.

"Habis Shu Wu Ji tu?" jawab Mamatok.

"Shu Wu Ji lelaki yang baik mama tapi sayang bukan jodoh Sara," kata Salina lagi. Mamatok berpaling kepada Sara yang terbaring di katil hospital.

"Popo pernah berkata, perentas masa itu sangat istimewa. Bukan calang orang boleh melaluinya dan rantai itu memilih orang yang berhati waja," balas mamatok. "Mungkin kerana itu Sara dipilih. Sebab dia berani," sambung mamatok dan terus mendiamkan diri menikmati makan tengahari.

Tun Ishak memindahkan Yong Liu seperti yang diarahkan oleh Sara dan dia menggantikan dengan penjenayah yang lain. Dia mengetatkan kawalan di penjara itu.

Tun Ishak pulang dan memberitahu Syahida yang mereka akan menerima tetamu dan meminta Syahida bersiap untuk malam itu. Rumah Syahida bersebelahan dengan rumah isteri pertama Tun Ishak Delima. Delima akan menerima tetamu dengan kehadiran Syahida.

"Sayang tolong laokong," pinta Shu Wu Ji mengetatkan talipinggangnya.

"Wu Ji, kita di Melaka bukan di Da Ming. Kenapa pakai berlapis-lapis ni?" soal Sara membantu suaminya. Shu Wu Ji merangkulnya.

"Wo xihuan ni," kata Shu Wu Ji tersenyum. "Jangan tinggalkan Wu Ji," katanya lembut. Sara tersenyum.

"Ok jawapan soalan tadi ialah," balas Sara. Shu Wu ji terus memeluk Sara erat.

"Wuji  salah, maafkan Wu Ji," pinta Shu Wu ji. Sara menepuk belakang Shu Wu Ji.

"Sara kelaparan," luah Sara. Shu Wu Ji ketawa.

"Nak buah? Laokong potongkan betik, nak?" tanya Shu Wu Ji.

"Potong dan suap sekali. Sara tak nak kotor tangan. Dan malas nak basuh!" jawab sara.

"Hao leh. Tunggu di sini," kata Shu Wu Ji meninggalkan Sara sendirian.

Selepas maghrib mereka sudah bersiap untuk ke rumah Tun Ishak. Mereka menunggu wakil dari Tun Ishak untuk membawa mereka pergi. Kereta kuda datang tepat pada masanya dan mereka tiba di rumah Tun Ishak dengan disambut begitu mesra. Sara melihat Syahida yang nampak lebih matang sekarang. Melihatkan kandungannya,Sara mengagak sudah 6 bulan.

"Selamat datang, Cik Zheng,"sapa Tun Ishak tersenyum. "Kenalkan ini Delima isteri pertama hamba dan ini Syahida isteri kedua hamba," kata Tun Ishak. Airmata Sara yang tiba tergenang disorokkan dengan bijak. Dia dan Shu Wu JI berpandangan. "Delima, ini kanda kenalkan Cik Zheng dan suaminya Panglima Shu Wu Ji."

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now