62

190 26 0
                                    

"Yew gongzhi,"tegur Li Yang Jian. Shu Wu Ji tidak langsung terkejut tetapi dia sangat tidak sukakan kehadiran Li Yang Jian di siti.

"Li Daren, kami semua hendak ke sana untuk makan tengahari, jika sudi marilah bersama,"jemput Yew Hong. Wajah Shu Wu Ji berubah dan Sara menyedarinya.

"Saya menerima jemputan itu er Ma gongzhi,"panggil Li Yang Jian lalu pergi kepadanya. "Saya belum pernah berjumpa seseorang yang menang tiga kali berturut-turut," ucap Li Yang Jian. Sara tersenyum hambar kerana dia tahu ada benda yang ingin Li Yang Jian katakan lagi. Li Yang Jian memeluk Sara dengan erat. Shu Wu Ji menarik tubuh Li Yang Jian dengan segera. Yew Hong merasa pelik dengan tindakan Li Yang Jian itu.

"Li Daren!"panggil Yew Hong. Li Yang Jian ketawa besar.

"Saya ingin sekali menjadi bertuah sebab itu saya memeluk Ma gongzhi. Perasaan Shu Wu Ji begitu membara kerana Li Yang sengaja mahu membuat dia hilang kawalan.

"Na, Li Daren sudah salah. Saya tidak bertuah. Shu Ann Di yang bertuah. Sebab tu saya menang tiga kali berturut-turut,"kata Sara menarik tangan Wu Ji ke sisinya.

"Wu gege...banyakkah yang Wu Gege sudah menang?"tanya Ann Di cuba mengendurkan ketegangan.

"Ann Di boleh membeli apa saja di bandar ini,"jawab Sara. Ann Di bertepuk kegembiraan dia pergi kepada Sara dan memeluk lengannya.

"Kalau macam tu selepas makan bawa Ann di membeli-belah,"kata Ann Di. "Yew gongzhi mari, Ann Di dah lapar,"sambung Ann Di tanpa melepaskan lengan Sara. Pandangan awal dia amat tidak sukakan Li Yang Jian. Terlalu agresif.

"Sila-sila semua,"jemput Yew Hong ke dalam restoran. Mereka diberi satu bilik besar dan meja bulat marmar yang boleh duduk 10 orang dengan selesa. Li Yang Jian dan Shu wu ji berebut untuk duduk bersebelahan Sara. Dan Shu wu Ji ditarik oleh Sara untuk duduk bersamanya. Yew Hong yang agak terpinga-pinga melihat kelakuan Shu wu Ji dan Li Yang Jian yang seperti bermusuh. Ann Di yang duduk di sebelah Sara berbisik.

"Siapa monyet tu?" bisik Ann Di.

"Ex husband Mo Li Hua," bisik Sara. Ann Di tersenyum manis mencubit pipit Sara.

"Wu ge, janganlah usik Ann Di begitu," kata Ann Di berlakon. Yew Hong tersenyum.

"Apa yang dibisikkan tadi, Ann Di xiaojie?" soal Yew Hong.

"ahh..Wu Gege mengatakan yang Ann Di boleh sukakan Li Daren," jawab Ann Di. Li Yang Jian terkejut mendengar namanya disebut.

"Ann Di xiaojie rasa bagaimana?" tanya Yew Hong tersenyum.

"Hmm.. Ann Di hanya sukakan Wu gege," jawab Ann Di sambil memeluk Sara. Sara mengeluarkan keluhan. Pengakuan Ann Di hanya akan mengeruhkan keadaan. 'Alahai, aku sengkeh Andrew la ni jugak baru tau,' komen Sara dalam hati.

"Mari kita makan, saya dah lapar ni," kata Sara mengalih topik perbualan. Li Yang Jian yang masih tidak berpuashati hanya menjeling kepada Sara yang duduknya bersebelahan Shu Wu Ji dan Ann Di. 

"Sila-sila," jemput Yew Hong. Shu Wu JI secara rahsia memegang tangan kiri Sara dan Sara tersenyum.

"Mari makan," kata Sara seumpama berbisik. Selesai menikmati juadah tengahari, Sara dan Shu Wu JI meminta diri. 

"Shu Daren, ayah saya memberikan beberapa buah tangan kepada kediaman Zheng. Bolehkah saya menghantarnya sekarang?"

"Oh? LI daren mengenali Shu Daren?"tegur Yew Hong.

"Sudah tentu, kami bukan orang lain. Dia mengahwini  bekas isteri saya sehari selepas diceraikan," jawab Li Yang Jian tersenyum manis. Sara begitu terkejut dengan kata-kata Li Yang Jian dan Shu Wu JI sesaat lagi akan cuba membunuh lelaki muda di hadapannya.

"Hah?!!!" ucap Ren JI dan Yew Hong terkejut. Sara ketawa.

"Yew gongzhi, ada juga cerita mengatakan Li Daren mendera bekas isterinya selama 3 tahun mereka berkahwin," ucap Sara.

"Ma gongzhi, begitukah?"tanya Yew Hong. Giliran Li Yang Jian menelan kata-kata sepedas cili itu. Sara mengangguk.

"LI Daren lebih menyayangi Li Furen yang sekarang kerana dia telah memberinya seorang putera," jawab Sara.

"Ma Shang Wu!" tegur Li Yang Jian.

"Na, Li Daren, tak perlu rasa malu. Kita lelaki kita boleh mempunyai ramai isteri dan gundik. Itu perkara biasa. Bukankah begitu Yew gongzhi?"kata Sara lagi. Yew Hong mengangguk tanda setuju.

"Ei, ini LI Daren? LI Yang JIan suami MO LI Hua?"tanya Ren JI. Li Yang JIan mengangguk.

"Ren JI," panggil Sara. "Bekas suami. Sekarang MO LI Hua ialah Shu Furen," kata Sara membetulkan kata-kata Ren JI.

"Oh," sambut Ren Ji. "Na, Shu Daren, jangan malu-malu kalau berkehendak apa-apa ya kerana Ren JI mengenali Mo LI Hua.  Seorang gadis yang sangat baik. Sayangnya Ren JI bukan dari keluarga berada kalau tidak, sudah tentu Ren JI menghantar pinangan," kata REn Ji tersenyum.

"Apa?!!!" kata Shu Wu JI dan LI Yang Jian serentak. Sara mengurut kepalanya yang terasa seperti hendak pecah berhadapan dengan kebodohan LI Yang Jian. Ren JI ketawa.

"Betul. Dia sangat comel. Tapi Ren Ji faham Mo xiaojie sudah pun menjadi Shu Furen. REn JI pasti, Shu Daren sayangkan Mo xiaojie," kata Ren JI.

"Betul tu, Saya dan Shu Furen amat bahagia sekarang," kata Shu Wu Ji sambil menjeling kepada LI Yang Jian. "Li Daren, terima kasih kerana merestui perkahwinan kami. Sesungguhnya LI Daren seorang lelaki yang berhati besar," kata Shu Wu Ji lagi. Pernafasan Sara seperti tersekat kerana ada dua ekor beruang yang mencakar muka masing-masing sekiranya perbualan ini tidak dihentikan.

"Yew Gongzhi," panggil Ann Di. Yew Hong melepaskan perhatiannya kepada gadis ceria Ann Di. "Ann Di minta izin ingin membawa Ma gongzhi pergi kerana ada orang menjanjikan Ann Di untuk pergi membeli-belah," ucap Ann Di. 

"Sudah tentu, silakan," kata Yew Hong. 

"Wu gege, mari. Panaslah di sini," kata Ann Di menarik tangan Sara dari kelompok itu. Pipit dan Xiao Liang merasa sangat lega kerana Ann Di menyelamatkan keadaan sekali lagi.

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now