23

270 29 1
                                    

Sepanjang makan malam bersama keluarganya, Li Yang JIan tidak langsung bersuara. Dia hanya mendiamkan diri sahaja selepas bercakap dengan Sara di gazebo petang tadi. Separuh jiwanya terasa kosong. Susah untuk dia menterjemahkan apakah perasaan itu. Yuan Yuan yang berada di sebelahnya perasan akan perangainya yang ganjil itu.

"Err lang," tegur Yuan Yuan. Li Yang Jian terkejut dari lamunannya dan memandang wanita tercantik Nanjing yang juga bakal ibu kepada anaknya yang pertama. "Kenapa ni? Apa yang merisaukan err lang?"tanya Yuan Yuan lembut. DaNyangzi dan Li Lao Ye berpandangan sesama sendiri. Lao Furen  sudah boleh meneka melankolia LI Yang Jian ketika itu. Dalam diam dia menyimpan senyuman. 'Nampaknya perasaan Jian er terhadap Mo LI hua sudah berubah,'bisik hatinya.

"Daren, tidak berselera kerana kurang sihatkah?"tanya Han Mei yang duduk di sisinya. Dia memandang Yuan Yuan. Yuan Yuan menggelengkan kepalanya. Li Yang Jian meneguk teh dan menghempas cawan itu ke meja.

"Err zhi, kenapa ni?"tanya Li Lao Ye terkejut. "Sedang makan pun boleh naik angin begini," tegur Li Lao Ye.

"Err zhi minta maaf tiye, Err zhi cuma merasa hairan kenapa Han Mei dan Yuan Yuan di sini sedangkan Mo LI Hua tidak makan bersama kita," jawab Li Yang Jian. Lao Furen mengangkat mukanya. Dia memandang Yoo Momo. 

"Selama tiga tahun di sini, Jian er tidak ingatkah hari kedua dia di sini sebagai isteri rasmi, JIan er menghalau dia dari meja makan ini?"tanya Lao Furen selamba. Li YangJian terpempan. Baru dia ingat yang dia pernah berbuat begitu. "zumu ingat lagi, Jian er memarahi Li Hua kerana takut dia menghabiskan makanan di meja dan wajahnya membuatkan Jian er tidak berselera makan?"kata Lao Furen mengasak dalam kelembutan. Wajah Li Yang Jian berubah. 

"Betul, Han Mei pun ingat malam itu Daren menghalau dia dari meja makan ini," tambah Han Mei. Li Yang Jian memandang Han Mei dengan tenungan yang keras. "Uih...maafkan Han Mei kerana bercakap tanpa diundang," kata Han Mei lagi. Dia menunduk ke meja tidak mahu melihat wajah Li Yang Jian yang bertukar bengis itu. Yuan Yuan melihat wajah lelaki yang amat dicintainya.

"Err lang, sudahlah ya. Mari makan. Lao Ye dan Danyangzi tentu akan terbantut selera jika Err Lang marah-marah  begini," pujuk Yuan Yuan.

"Zhu Wu," panggil Li Yang Jian. "Pergi panggil Li Furen makan bersama. Ini perintah aku," arah Li Yang Jian. Zhu Wu tanpa berlengah berlari ke bilik Mo Li Hua. Dia mengetuk pintu bilik itu berkali-kali. Tetapi tiada jawapan. Xiao Lian keluar dari taman belakang dan melihat Zhu Wu di situ.

"Zhu ge, kenapa ni?"tanya Xiao Lian.

"Lian er, Li Daren memanggil Li Furen ke rumah besar untuk makan malam," beritahu Zhu Wu.

"Tapi LI Furen sudah bersedia untuk tidur kerana akan bangun awal esok," kata Xiao Lian.

"Tolonglah Lian er. Kalau aku tak bawa Li Furen bersama aku akan dihukum," rayu Zhu Wu. Xiao Lian memandang jejaka di hadapannya. 

"Baiklah, Lian er cuba," kata Xiao Lian. "Nah pegang besen ini sekejap," katanya lagi dan terus masuk ke bilik Sara atau Mo LI Hua. "Furen, Zhu Wu ada di depan. Dia di sini menyampaikan pesan," ucap Xiao Lian. Sara yang baru sahaja menyikat rambutnya yang lurus dan panjang ibarat rambut gadis Rejoice itu menghentikan pergerakannya.

"Apa kau cakap?"tanya Sara.

"Li Daren memerintahkan Li Furen ke rumah besar untuk makan malam bersama keluarga," jawab Xiao Lian.

"Dia tu gila ke? Tak pernah kisah aku makan ke tidak. Sekarang pandai mengarah aku itu ini?"balas Sara menjeling ke atas.

"Xiao Lian kesiankan Zhu ge. Hari tu  bila Li Hua pulang bersama Shu Daren, Zhu Wu dipukul teruk oleh LI yang Jian."

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now