12

302 33 0
                                    

Masuk sahaja ke bilik luas  Xiao Lian bertepuk tangan kesukaan. Sara menggelengkan kepalanya.

"Apa yang gembira sangat ni?"tanya Sara mengusik.

"Aku takkan lupakan wajah kedua gundik itu tadi. Selama tiga tahun di sini kerja mereka ialah membuat kau menangis,"cerita Xiao Lian.

"Lian er...begitu teruk hidup aku sebelum ini di sini ya?"tanya Sara duduk di meja. Xiao Lian memandang tuan dan juga sahabat baiknya termenung.

"Tapi tadi mereka mendapat habuannya,"jawab Xiao Lian menyentuh bahunya. Sara memegang tangan Xiao Lian. Selama beberapa hari ini dia membaca segalanya tentang keluarga ini dari peraturan hinggalah perjalanan hidup Mo Li Hua melalui catatannya dalam buku rahsia yang disorok bawah laci meja membaca. Sara terjumpa buku itu ketika dia sedang membuat kira-kira beberapa hari lepas. "Er.. Li Hua betul ke sekarang kau yang pegang buku kira-kira keluarga ini?"tanya Xiao Lian. Sara mengangguk.

"Tadi, Zumu ada bagitahu. Tiye dan Da Nyangzi memutuskan untuk pergi ke Jiangnan beberapa bulan. Jadi aku akan memegang buku itu sehingga mereka kembali," jawab Sara. Baru Xiao Lian perasan memang beberapa hari ini, Sara sibuk membaca. "Aku penat, Xiao Lian sediakan tempat tidur," arah Sara tersenyum. Pantas sahaja Xiao Lian berlalu membuat kerjanya.

Keesokan paginya, seperti biasa Sara akan terjaga jam 5 pagi, membuat senaman pagi, solat dan berpakaian. "Li Furen," panggil Xiao Lian. Sara tergelak. "Kenapa kau ketawa?" tanya Xiao Lian kehairanan.

"Rasa kelakar bila kau panggil aku Li Furen," jawab Sara. Xiao Lian membuat muka kepada Sara.

"Gundik Yuan dan Gundik Han Mei sudah berada di luar," beritahu Xiao LIan.

"Hao ba, suruh mereka masuk," arah Sara terus ke ruang tamu biliknya yang luas. Dia duduk dan menunggu keduanya masuk.

"Li Furen, selamat pagi," kata mereka serentak.

"Hmm..duduk," suruh Sara. Setelah mereka duduk, beberapa orang hamba datang membawa dulang2 yang berisi teh dan sedikit kuih. "Sila," pelawa Sara. Wajah Sara sungguh serius masa itu. "Sebelum aku mulakan, semua orang suruhan tunggu di luar." Pembantu2 dan gundik2 itu berpandangan sesama sendiri dan mereka terus berlalu. "Xiao Lian, kau juga," arah Sara. Xiao Lian menunduk hormat dan keluar dari situ.

"Li Furen," tegur Han Mei apabila melihat hanya mereka bertiga di situ. "Kenapa tiada pembantu kami?"

"Hak apa kau bertanya?" soal Sara kembali. Han Mei terkejut. 'Sejak bila Mo Li Hua menjadi garang begini?' tanya hatinya.

"Maafkan Han Mei," balas Han Mei menunduk. Yuan Yuan menjeling sahaja kepada Sara kerana sememangnya dia tidak berpuas hati dengan kehadiran Mo Li Hua di rumah itu. Dia yang dulu masuk ke rumah itu tapi tarafnya hanya gundik Li Yang Jian.

"Mulai hari ini, aku nak nasihatkan jangan buat masalah di rumah ini," kata Sara.

"Apa maksud Li Furen?" tanya Yuan Yuan.

"Jika kamu berdua mencipta masalah, aku akan mencipta seribu jalan penyelesaian," kias Sara. Kedua gundik itu berpandangan. "Jangan menyentuh orang-orang aku," kata Sara memberi amaran.

"Hhmm," dengus Yuan Yuan. "Cakap berpusing-pusing," sindir Yuan Yuan.

"Baik aku berterus-terang sahaja," kata Sara. "Yuan Yuan, kau memerintah Xiao Zhi memotong roda kereta kuda aku bukan?" tanya Sara. Yuan Yuan terpempan dengan soalan itu. Dia memandang Sara menyimpan kemarahannya. "Kau tak perlu menjawab pertanyaan itu kerana Mo Li Hua masih bercakap di hadapan kamu berdua." 

Han Mei yang juga mengetahui rancangan membunuh Mo LI Hua itu hanya menundukkan kepalanya. 

" Li Furen, tanpa bukti itu ialah satu tuduhan." jawab Yuan Yuan.

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now