88

170 23 0
                                    

"Zheng xiaojie, tunggu sebentar," tegur Shu Wu Ji. Sara mengisyaratkan Tun Ishak dan Ann Di mendahuluinya. Liu Lu bersama ketua yang lain pergi meninggalkan askar dan Shu Wu JI yang menahan Sara dari pergi. Liu Lu tersenyum kambing, 'Hai Shu Wu JI, aku cemburu dan kasihan melihat kau. Terimalah akibat mempunyai isteri yang sangat menarik seperti Zheng Shuang,'bisik hati LIu LU. Shu Wu JI membawa Sara ke suatu sudut jauh sedikit dari tentera pengiring. Sara mengikut sahaja dan kalau telahannya tepat Shu Wu JI akan membebel untuk kali yang ke sembilan ratus.

"Wu JI tak suka cara Shuang er berhubung dengan Tun Ishak,"kata Shu Wu JI berbisik. Sara menghela nafas panjang. Untuk yang ke sembilan ratus sembilan puluh sembilan dia jadi muak menjelaskan segalanya kepada Shu Wu JI.

"Lagi?"balas Sara. Shu Wu JI terkejut dengan jawapan Sara.

"Lagi?"tanya Shu Wu JI balik dan Sara mengangguk. "Sara, tak elok terlalu mesra begitu nanti jadi bualan orang," kata Shu Wu JI lagi. Sara memandang mata Shu Wu JI dan mengangguk.

"Ok, mari kita pergi," kata Sara. Shu Wu JI menariknya kembali ke sisinya. "Apasaja yang hendak kau katakan Wu JI, boleh tak selepas perjumpaan ini?"tanya Sara. "Aku penat dan aku hendak balik berehat," kata Sara lagi melepaskan pegangan Shu Wu JI. Dia terus berlalu. Shu Wu Ji melepaskan nafas gemuruhnya dan mengikut Sara pergi ke balai tetamu.

"Assalamualaikum, Yang Mulia," sapa Sara. "Zheng Shuang datang mengadap," kata Sara sambil merendahkan dirinya. Shu Wu JI yang berada di sebelahnya turut mengangkat hormat.

"Oh, inikah dia Zheng xiaojie yang menjadi bualan itu?"tanya Hang LI Po. Sara melihat puteri itu dan tersenyum. Tersangat cantik orangnya. Matanya biarpun sedikit sepet tetapi hidungnya mancung, bibirnya mungil dan pipi bak pauh dilayang.

"Ampunkan patik, lewat mengadap," balas  Sara menundukkan kepalanya. Puteri Hang Li Po tersenyum melihat wanita muda yang berani dan jelita di hadapannya. Shu Wu JI yang begitu serius mengundang perhatiannya.

"Yang ini Shu Daren?"tanya Hang LI Po. Shu Wu JI mengangguk masih lagi tidak mengangkat muka. "Berdirilah, Shu Daren.beta ingin menyampaikan penghargaaan kerana membawa adik beta ke mari dalam satu perjalanan yang jauh dan mencabar," kata Hang Li Po lagi. Wang He Lan tersenyum dengan penuh makna kepada Hang LI Po. "Shu Daren, dengar khabarnya Shu Daren sudah tiada isteri rasmi lagi," sambung Puteri Hang LI Po. Shu Wu Ji agak terkejut dengan soalan itu dan dia hanya mengangguk lemah. "Sudahkah punya pilihan hati? Mahu beta carikan pengganti," tanya Puteri Hang LI Po seakan mengusik.

"Menjunjung kasih tuan puteri. Ya patik sudah mempunyai pilihan hati,"jawab Shu Wu JI. Sara menjeling kepada Shu Wu JI. 'Kalau ya pun nak mengajar aku tak perlu di hadapan semua orang kenamaan di sini,'bisik hati Sara.

"Yang Mulia, ini titah dari Maharaja," sampuk Sara mengeluarkan gulungan kuning dari dalam kotnya. Dia mampir ke hadapan dan LI gugu mengambilnya daripada Sara. Li gugu membukanya dan memberikannya kepada Puteri Hang LI Po. LI gugu mendapat perintah untuk membacakan titah itu dengan kuat.

"Wang LI Bao gongju  telah menunaikan jasa yang sangat besar kepada Da Ming. Dengan ini, beta sebagai maharaja mengurniakan semua barangan berharga dari kapal Maharaja kepada Wang LI Bao gongju dan beta membenarkan Wang LI Bao gongju pulang ke Da Ming lagi setelah 30 tahun menjadi perhubungan diplomatik ke Melaka." Puteri Hang LI Po menghela nafasnya. 30 tahun lagi? Fu Hwang kau memang tidak sayangkan aku,'bisik hati Puteri Hang LI Po. Li gugu menggulung titah itu dan menyimpannya di atas dulang. Shuang LIng dan Wen Bao dua pembantu peribadinya berpandangan sesama sendiri. Wang LI Bao gongju sebenarnya mahu mendengar titah yang berlainan namun segalanya hancur. Sara melihat wajah legenda itu. 'Bertahanlah gongju, kerana kau ialah seorang legenda,'bisik hati Sara.

"Zheng xiaojie, beta amat mengagumi kehebatan Zheng xiaojie mengetuai misi ini biarpun tanpa pangkat dari istana. Keberanian itu akan beta anugerahkan sesuatu. Fikirkanlah, semua yang ada di Melaka ini, beta beri beberapa hari untuk Zheng xiaojie fikirkan hadiah apakah yang Zheng Xiaojie mahukan. Begitu juga dengan Shu Daren, beta juga akan menganugerahkan hadiah impian Shu Daren," kata puteri itu yang selesa bersemayam di hadapan mereka.

"Yang Mulia, patik tidak perlu berfikir kerana patik sudah pun mempunyai hajat,"balas Shu Wu JI. Sara menjeling Shu Wu JI dari ekor matanya.

"Kalau begitu, patik juga ingin memberitahu hadiah impian patik, Yang Mulia," kata Sara sambil menjeling kepada Shu Wu JI.

"Ah, baguslah begitu,"balas Puteri Hang LI Po.

"Yang mulia, He Lan juga ingin membuat permintaan," pinta Wang He Lan berdiri di hadapan Sara dan Shu Wu JI. Hati Ann Di seperti berada di litar lumba F1. Mendebarkan. Sara mempunyai sebab menyembunyikan hubungannya dengan Shu Wu Ji.

"Shu Daren dan Wang He Lan menaruh hati antara satu sama lain," akui Wang He Lan. Sara menjeling kepada Ann Di di belakangnya. Ann Di menggerakkan kepalanya begitu minimal. Sara mengenyit matanya pada Ann Di untuk memberitahu yang dia mengerti. "Melaka sangat indah, amat sesuai untuk memulakan hidup baru," sambung Wang He Lan. Wajah Shu Wu JI menjadi kemerahan menahan perasaan. Dia hanya mahukan Sara menjadi isterinya. Liu LU tidak terkejut dengan pengakuan Wang He Lan tetapi dia lebih mahu melihat reaksi Shu Wu JI.

"Patik sudah berkahwin,"akui Shu Wu JI. Wang He Lan memandang Shu Wu Ji di belakangnya.

"Nah, He Lan tidak kisah menjadi isteri kedua," kata Wang He Lan tidak mahu menyerah. Shu Wu JI hanyalah untuknya bukan orang lain.

"Bukankah sudah bercerai?"tanya Puteri Hang LI Po.

"Saya telah berkahwin sebelum misi ini, Yang Mulia," kata Shu Wu JI berterus-terang. Sara mengeluh dalam diam. Puteri Hang LI Po membetulkan duduknya di singgahsana dan melihat Wang He Lan.

"Jika beta menitahkan Wang He Lan xiaojie dikahwinkan dengan kamu bagaimana Shu Daren?"tanya Puteri Hang LI Po. Semua dapat menyaksikan betapa tertekannya Shu Wu JI ketika itu. Sara ingin membantu tetapi dia sendiri tidak tahu bagaimana. 

"Shu Wu JI hanya setia kepada Maharaja dan di luar istana Shu Wu JI hanya setia dengan isteri Shu Wu JI sekarang," balas Shu Wu Ji. Liu Lu memerhatikan dalam debaran, Tun Ishak melihat Sara sungguh tenang. Dia terfikir siapakah suami yang Sara khabarkan sebentar tadi?

"Apa? Bukankah Shu Daren seorang duda?"tanya Wang He Lan kehairanan. Shu Wu  JI menggelengkan kepalanya tanpa berkata apa-apa.

"Shu Daren, pegawai tinggi istana sudah menjadi kebiasaan mempunyai isteri lebih dari satu. Itu tradisi," tegur Puteri Hang LI Po. Shu Wu JI menarik nafas sedalam-dalamnya. Sara langsung tidak membantunya dan dia tahu, Sara mahukan dia berkahwin lain. 'Aduilah, Shu Wu JI kau terima  ajelah!'bentak hatinya. Dia tidak sukakan Wang He Lan tetapi dia tidak dapat nafikan mereka berdua duduk sama rendah berdiri sama tinggi. Dahi Shu Wu JI sudah mengeluarkan peluh jantan betina dan wajah Shu Wu JI juga sudah bermacam warna di mata Sara. Sara tersenyum di dalam hatinya. 'Shu Wu JI kau terhutang budi dengan aku,' kata Sara. Dia memandang ke belakang kepada Ann Di dan mengenyitkan sebelah matanya. Tun Ishak perasan akan tindak-tanduk Sara itu. 

"Ah, kepala patik," jerit Sara sambil memegang kepalanya dan dia berpura-pura pengsan. Belum sempat Ann Di menyambutnya Tun Ishak bergegas menyambut tubuh Sara yang hampir mengena lantai. Puteri Hang Li Po berdiri terkejut. Suasana di situ menjadi hingar-bingar. Shu Wu JI pergi mendapatkan Sara tetapi Tun Ishak telah mendahuluinya. 

"Yang Mulia, izinkan patik bawa Cik Muda keluar," pinta Tun Ishak menunduk dan membawa Sara keluar dengan pantas diikuti oleh Ann Di. Shu Wu Ji ingin sekali menuruti tetapi Puteri Hang Li Po masih di situ.

"Kita berhenti dulu,"kata Shuang LIng.

"Tapi-" Wang He Lan cuba membantah.

"He Lan, perkara seperti ini tidak elok dipaksa-paksa lagipun semua orang pasti sudah pasti keletihan selepas pelayaran yang jauh,"titah Puteri Hang Li Po lalu berlalu dari situ. "Oh ya, LI gugu, tunjukkan Wang xiaojie biliknya,"perintah puteri itu lagi.

"Titah dijunjung Yang Mulia," sambut Li gugu.

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now