75

159 28 2
                                    

Sara dan penumpang-penumpang yang lain dibawa turun dari kapal yang rosak ke sebuah rumah penginapan yang besar dan selesa. Sara  hanya melihat  dua kotak kayu besar yang dibawa masuk oleh pekerja-pekerja kapal.  

"Kalau ada luggage bag kan senang. Ni, aduilah kotak aje berkilo beratnya," omel Sara. Ann Di dan Pipit masuk membawa masuk sebakul buah-buahan. 

"Mari makan buah, tadi kapten kapal menghadiahkan semua penumpang kelas satu sebakul seorang,"pelawa Ann di. Sara menanggalkan kot panjang luar dan pergi ke meja. "Yang kau termenung ni kenapa? Tak nak makan buah?"tanya Ann Di.

"Pit kau pergi basuh ni dulu, "arah Sara dia berteleku di meja. Ann Di memandang Sara.

"Kau takut kan?"tanya Ann di seakan mengusik. Sara menjeling. Dia mengeluh.

"Aku bukan buat salah," potong Sara.  Ann Di ketawa.

"Kalau tak salah, cuba senyum sikit,"usik Ann Di lagi. Sara masih menjeling kawan baiknya. PIpit membawa masuk buah-buahan yang telah dibasuh.

"Thank you Pipit," ucap Sara. "Ann Di kau potong, aku malas," arah Sara. Ann Di membuat muka kepada Sara.  Dia menjeling ke atas. Dengan Sara memang susah dia hendak menolak apa-apa permintaan. Pipit tersenyum. Mereka berdua di hadapannya ini, memang sentiasa bertegang urat tetapi dia dapat melihat betapa mereka sangat mengambil berat antara satu sama lain. Ann Di memotong buat plum dan memberikannya kepada PIpit. Kemudian dia memotong kulit buah pic dan menyuapkannya kepada Sara. "Pit, ada kemungkinan tak kita tahu senarai penumpang kapal ganti yang akan tiba tak lama lagi?"tanya Sara. Pipit terdiam dan berfikir sejenak.

"Pipit tak tahu," jawab Pipit tulus. SAra mengeluh lagi sekali. 'Mati aku kalau Wu JI berada dalam kapal ganti tu,'bisik hatinya. 

"Chop!" jerit Sara mengejutkan Pipit dan Ann Di. "Merpati kita ada banyak kan?"tanya Sara. Pipit menunjukkan 4  jari tanda 4 ekor. "Ok, kau pergi ambil satu. Since kita akan berada seminggu di sini kita boleh berhubung dengan jiaofu." Sara dengan pantas mengambil sehelai kertas dan berus untuk menulis. 

"Jiaofu, kami terkandas di pelabuhan kecil antara Fuzhao dan Hangzhao. Sedang menunggu kapal ganti. Shu Wu JI akan berada dalam kapal itukah?" Dia menggulungkan kertas itu dan melekatkan mesej itu ke kaki merpati kecil  berwarna putih dan melepaskannya terbang. 

Sementara itu, Shu Wu JI banyak termenung. Ah Chan masuk ke bilik bacaannya dengan dokumen perjalanan yang tersedia.

"Daren, ini kertas-kertas yang diperlukan untuk kita berangkat."tegur Ah Chan. Shu Wu JI mengambilnya dan meneliti maklumat yang tertera.  Dia menghela nafas panjang. 

"Bila kita boleh berangkat?"

"Seperti yang dijangkakan sehari lagi," jawab Ah Chan. Dia memerhatikan Shu Wu JI.

"Yang kau tengok aku macam tu kenapa?"tanya Shu Wu JI.

"Daren, kita bernasib baik kerana hanya permohonan kita dibenarkan sedangkan yang lain telah ditolak."

"Ditolak? Pelik tu,"balas Shu Wu JI.

"Mereka tidak boleh mengambil penumpang kerana kapal yang kita naiki ini ialah kapal ganti. Kapal yang sudah bertolak seminggu sudah terkandas kerana kerosakan." Tiba-tiba Shu Wu JI ketawa besar. Ah Chan merasa hairan melihat mood Shu Wu JI yang tidak menentu. Shu Wu JI memandang Ah Chan dan ketawa besar lagi. "Da-Daren, er daren tak apa-apa?"tanya Ah Chan yang cuak dengan sikap Shu Wu JI. Tidak mustahil Shu Wu JI menjadi gila dengan apa yang sedang berlaku sekarang. 

"Aku gembira. selama beberapa hari ini, hari ini adalah hari yang paling menggembirakan," kata Shu Wu Ji berdiri. "Ayuh, aku  belanja kau makan," ajak Shu Wu JI menepuk bahu Ah Chan yang masih keliru bersamanya.

Zhu LIang menangkap merpati yang hinggap di balkoni dan memberikan mesej itu kepada Zheng gonggong. Zheng gonggong membacanya dan ketawa besar. 'Nampaknya, Shuang er akan merasa apa yang telah dilaburkannya,'bisik Zheng gonggong.

"Churen, kenapa churen ketawa?"tanya Zhu Liang.

"Shu Daren berada di luarkah?"tanya Zheng gonggong.

"Ya, dia baru sahaja melangkah masuk."

"Bagus, suruh dia masuk sekarang," kata Zheng Gonggong. Shu Wu Ji mengadap dengan pakaian biasa.

"Jiaofu, Wu Ji datang," sapa Shu Wu JI. Zheng gonggong tersenyum dan mengisyaratkan supaya Shu Wu Ji duduk.  Zhu LIang masuk ke bilik dan membawa keluar sekotak sederhana tahil emas. "Ini apa?"tanya Shu Wu JI.

"Ini untuk perbelanjaan perjalanan kamu," kata Zheng gonggong menyimpan senyumannya. Sesungguhnya takdir itu akan mengalahkan semua perancangan.

"Mana jiaofu tahu, Wu JI-"

"Bukan sehari dua kau menjadi orang aku, Wu JI. Sekarang ini kau adalah ahli keluarga aku. Jiaofu tahu kau mahu meminta cuti bukan?" tanya Zheng gonggong. Shu Wu JI mengangguk. "JIaofu benarkan, pergilah. cuma satu jiaofu minta. Jangan terlalu menghukum Shuang er,"kata Zheng gonggong. "Ingin jiaofu mengajak makan bersama tetapi rasanya kapal akan berlepas sedikit masa lagi. Baik kau berada di pelabuhan sekarang," arah Zheng gonggong. Shu Wu Ji berlutut memberikan hormat kepada bapa mertuanya. "Gunakan kebijaksanaan kamu dalam bercakap dengan Shung er. Anggaplah dia sebagai sekeping layang-layang. Biarpun kau lepaskan ke udara, talinya masih terpegang di tangan," nasihat Zheng gonggong. Shu Wu Ji mengangguk. Dia meminta diri dan meninggalkan kediaman Zheng secepat mungkin. Zheng gonggong membaca semula mesej Sara dan ketawa sendiri.

"Churen, kenapa churen ketawa?"tanya Zhu LIang. Zheng gonggong tidak menjawab dan masih terus ketawa.

Shu Wu jI sudahpun berada di dermaga dan tanpa berlengah dia terus naik ke kapal. Dia masih tersenyum sejak beberapa hari yang lepas. Dia menggelengkan kepalanya. 'Shuang er, ni deng wo, wo lai,' (Shuang er, kau tunggu aku, aku datang,' bisik hatinya.

Sara masih lagi termenung di jendela. Bulan purnama sangat indah malam itu. Hatinya terus berdoa, yang Shu Wu JI tidak akan berada di kapal gantian itu. Kerana dia sudah terlalu penat untuk melarikan dirinya daripada Shu Wu JI.

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now