1

846 41 1
                                    

Recap:

"I'm sorry this happened on your wedding day,"kata Ketua Li. Sara tersenyum tanpa berkata apa-apa. Hatinya terdetik jika Wu Ji sudah kembali ke asalnya.

"Li duizhang,"tegur Wu Ji.

"Ni xing le (kau dah jaga)?"tanya Ketua Li.

"Wu Ji,"panggil Sara. Dia menghampiri katil Wu Ji.

"Nǐ shì shéi,(awak siapa)?"tanya Wu Ji.

"Kau betul-betul tidak kenal siapa ini?"tanya Ketua Li. Wu Ji menggelengkan kepalanya. Sara mengambil langkah ke belakang. Igauannya menjadi kenyataan.

"Sara,"panggil Andrew. Sara menoleh ke belakang. Airmatanya hampir jatuh. "Kau ni kenapa?"

Ketua Li menghampiri mereka dan membawa mereka keluar.

"Nampaknya Wu Ji tidak mengingati apa-apa terutama tentang kamu Sara,"kata Ketua Li.

"Miss Li, wo dong. Tak perlu penjelasan apa-apa,"kata Sara. "Kami balik dulu. Mari Andy,"ajak Sara. Andrew yang masih terpinga-pinga mengikut sahaja Sara di belakang.

"Shuang er aka Sara kau tak apa-apa?"tanya  Andrew menghidupkan enjin kereta.

"At least dia masih hidup. Aku rasa Wu Ji sudah pulang ke zamannya. Sebab itu aku tidak terlalu terkejut tadi."

"Bersyukur juga mak kau dan mamatok akan mengerti keadaan ini,"kata Andrew. Sara mengangguk lemah.

"Hantarkan aku balik. Aku terlalu letih."

Wu Hen atau Andrew yang setia menghantar Sara ke rumahnya. Selepas menjelaskan perkara yang terjadi, Sara balik ke bilik pengantin berhias indah. Dia melihat telefon bimbit di atas mejanya. Seharian sibuk dengan persiapan dia langsung tidak memeriksa mesej-mesej yang ada. Tiba -tiba dia ternampak mesej dari Wu Ji.

"Qin ai de, hari ini kita akan menjadi suami isteri yang sah. Wo ai ni. Walau apapun terjadi."

Sara menangis semahu-mahunya keseorangan.  Dia melihat mesej itu masuk 10 minit sebelum kemalangan itu berlaku.

Dia membalas mesej itu biarpun dia tahu Wu Ji, Shu Wu Ji tidak akan dapat membacanya.

"Aku juga mencintaimu. Terlalu mencintaimu walau apapun terjadi."

Dia menghantar mesej itu. Dia melihat selfie-selfie dan video-video di telefonnya. Di saat itu dia merindukan Zheng gong gong, Abang Ishak. Wu Ji si muka stone yg hampir menjadi suaminya. Kalaulah aku boleh kembali ke zaman itu semula hanya untuk memastikan Wu Ji selamat.Alangkah baiknya. Dia terlalu kepenatan dan tertidur di meja soleknya

(Di saat itu rantai mutiara merah jambu yang berada dalam kotak kayu di meja solek mengeluarkan cahaya dan bergetar)

*********************"*"""*""

"Tok! Tok!Tok!" Pintu bilik Sara diketuk. "Sara, mak ni, buka pintu ni." Sara masih berada di katil. "Sara buka pintu ni sekarang,"arah Puan Salina. Dia merasa begitu gusar sejak Sara pulang dari hospital dan Wu Hen atau Andrew telah menceritakan segalanya.  "Sara!" Panggil maknya kali ni menampar pintu dengan lebih kuat.

Sara memandang rantai mutiara itu berkilau. Dia bangun dan menyentuh rantai itu. "Kenapa kau bergetar?"tanyanya perlahan.  Dia memandang imej di cermin. Solekan dan pakaian pengantin masih dikenakannya. Dia tersenyum pahit. Dia mengambil rantai itu dan memakainya. "Wu Ji, aku rindukanmu,"bisiknya perlahan.

"Sara!!" Tempik Salina. Itu mengejutkan Sara. Sara menyapu saki baki airmata yang turun. Dia membuka pintu biliknya. Puan Salina memeluknya erat.

"Mak,"kata Sara perlahan sambil menepuk belakang emaknya. Airmatanya dapat ditahan dan perasaannya seperti terubat setelah memakai rantai itu. Rantai itulah yang membawanya bertemu Shu Wu Ji.

"Sara...mak dan maktok..."tak terungkap perasaan sedih Salina dan Salmah dengan kata-kata.

"Sara redha mak. Nak diikutkan hidup Sara sebelum ini ibarat pemgembaraan dalam buku,"jawab Sara sambil menghela nafas panjang. Salina mengusap bahu anaknya.

"Betul Sara ok ni?"tanya Salina.

"Biarpun pedih hakikat ini mak, Sara terima sebab dari awal Sara menyediakan diri,"jawab Sara. Salina memahami setiap bait kata anaknya.

"Kalau macam tu, mak dan maktok akan tukarkan kenduri ni jadi kenduri doa selamat,"ucap ibunya. Sara mengangguk saja. "Nanti lepas solat turunlah. Saudara mara kita nak jumpa,"tambah Salina. Andrew yang berada di situ menghampirinya.

"Kawin dengan aku nak?"tanya Wu Hen atau Andrew serius. Tiba-tiba Sara ketawa dan ada airmatanya yang keluar. "Kenapa kau gelak? Aku serius ni,"kata Andrew. Sara mengesat airmatanya yang mengalir.

"Terima kasih tapi kau Islam pun tidak, ada hati nak kawin dengan aku?"balas Sara mengusik. Andrew menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"I am in love with you too,"kata Andrew. Sara merenung lelaki kacak di hadapannya. Dia merehatkan dahinya ke bahu Andrew.

"Thank you,"ucap Sara. Dia mengalihkan dahinya dari bahu Andrew. "Satu hari nanti kau akan berjumpa dengan seorang yang sayangkan kau sepertimana kau sayangkan dia. Aku...tak mampu,"kata Sara berterus-terang.

"Tak mampu atau tak mahu?"kata Andrew perlahan.

"Do you have any idea how my life is without you?"tanya Sara. Pertanyaan itu membuatkan Andrew terpempan. "I can live without Wu Ji but you... You are me, kaulah kawan sejati aku. Aku sanggup gadaikan nyawa untuk kau."

"I am only a friend. Aku paham,"jawab Andrew.

"You are like a family,"pujuk Sara.  "Kalau aku nak survive kali ni hanyalah kerana kau di sisi aku Andy." Andrew menghela nafas panjang. Dia memeluk Sara dan melepaskannya.

"And I feel the same,"kata Andrew. "Get some rest,ok?"pujuknya lagi.Sara mengangguk. Andrew merenung wajah polos Sara yang bengkak matanya menangis dengan sebegitu teruk dan cuba mengukirkan senyuman. "Don't do anything stupid. I' m warning you,"katanya lembut. Sara terketawa kecil sambil mengesat saki-baki airmatanya yang menitis.

"Mengarutlah! Aku ok,"balas Sara. Andrew mengangguk dan meminta izin untuk pergi meninggalkannya di situ. Rantai itu bergetar sekali lagi. Sara memegang rantai itu.

"What do you want to tell me?"bisiknya sendiri.

"Mo Li Hua!"jerit Yuan Yuan, gundik kanan Li Yang Jian, Cendekiawan ternama yang juga seorang panglima.. Mo Li Hua yang duduk di buaian itu memandang gundik suaminya yang cantik  bermata besar. 

"Mei mei tak patut memanggil aku begitu,"jawab Mo Li Hua menghela nafas panjang,dia memandang pembantunya.

"Oh, aku tahu aku mesti memanggil kau jie jie," jawab Yuan Yuan  ketawa kecil tapi aku patut memanggil kau Pang Jie(kakak gemuk) . Yuan Yuan ketawa lagi bersama rombongannya. Dia berlalu sambil mencemik. "Tak sedar diri dia tu hodoh."

Keluarga Li biarpun bukan diraja tetapi terkenal dengan kekayaan perdagangan suteranya ke seluruh dunia. Jadi tanah seluas 4 ekar yang menjadi kediaman keluarga Li bukanlah calang-calang di tempat itu. Keluarga Li terkenal di sekitar Nanjing. Mereka mempunyai banyak kedai dan pengawal keselamatan mereka sendiri.

Mo Li Hua cuba menahan airmata tapi gugur juga.

"Li furen janganlah menangis,"pujuk Xiao Lian. Mo Li Hua mengesat airmatanya.

"Aku di sini 3 tahun. Menjadi isteri atas kertas sahaja. Kalau bukan perintah Maharani, Yang Jian tidak akan pernah mahu menerimaku,"kata Mo Li Hua kesedihan.

"Furen di sini pun bukan kerelaan. Furen menyelamatkan Mo jia dari dianiayai oleh Putera
Mahkota,"pujuk Xiao Lian kesedihan. "Jadi tolonglah furen usah bersedih. Besar pengorbanan furen menyelamatkan Mo jia dan  keluarga Xiao Lian dari dibunuh,"kata Xiao Lian lembut sambil mengesat airmatanya.

"Xiao Lian kita sudah macam adik beradik. Bila tiada sesiapa panggil saja Li Hua,"kata Mo Li Hua kepada sahabat sedari kecil Xiao Lian.

Mo Li Hua dikahwinkan dengan Panglima Cendekiawan Li Yang Jian semasa dia berusia genap 16 tahun. Kini sudah 3 tahun dia berada di istana yang dirasanya seperti neraka. Dia diejek kerana berasal dari keluarga yang punya kekayaan sederhana dan juga perawakan diri yang tidak menarik. Yuan Yuan dijadikan gundik rasmi di hari pernikahan mereka. Dalam ertikata lain, Mo Li Hua tidak pernah dianggap sebagai seorang isteri oleh suaminya Li Yang Jian.

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now