🎶Let's chill🎶

1.2K 103 2
                                    

Lydia ini kan, pagi-pagi sudah membingitkan Music Caller aku. Tidak adalah nak cakap pagi sangat. Aku pun baru habis kelas sebenarnya tapi yalah, baru pukul sepuluh. Nasib baiklah tak menjerit aku sewaktu kelas tadi sebab telefon pintar di dalam poket bergetar. Music Caller  tidak aku angkat sebab kebiasaannya memang aku akan sangkut di belakang telinga sahaja. Selepas tamat kelas, baru aku perasan mesej Lydia.

Katanya mahu lepak di Music Autumn dengan mereka yang lain. Sudah tu, mesej kan ada, mengapa mahu call juga? 

"Woo Hailey, laju-laju mahu pergi mana?" Soal Ethan yang kebetulannya melepasi aku. Aku keluar kelas, dia pun keluar kelas sebelah. Ha, elok sangat bertembung.

Jelingan tajam aku berikan sebelum menjawab dengan pantas. "Pergi jumpa kawan." Selepas itu, aku terus memecut pergi tanpa sempat dia bertanya lagi atau cuba mengikut aku.

Ethan mencebik dan hanya melihat dengan ekor matanya. Elok sahaja dia ingin kembali berjalan ke hadapan, terlihat pula si Audrey yang kebetulannya melalui koridor yang sama. Sebelum mereka bertemu mata, baik cau dulu.

Jam di tangan aku tilik, jadual di dalam buku sempat aku belek. Oh, patutlah Lydia ini sempat mengajak kami semua ke Music Autumn, ada gap masa yang lama sebelum kami mempunyai kelas bersama-sama iaitu kelas Miss Thompson yang mengajar subjek Multiple Music.

Sedar tidak sedar, aku tiba juga di hadapan pintu masuk Music Autumn. Kelebihan piano aku gunakan dan serta-merta pintu tersebut terbuka luas, mempelawa aku untuk masuk. Terbentang luas pemandangan musim luruh yang indah.

Seperti biasa, manusia berada di merata-rata tempat seperti berada di kawasan terbuka atau berehat di bawah pokok yang jingga dedaunnya. Tidak kurang ramai juga yang meluangkan masa di sebelah tasik The Detector.

Eh, tahu masuk saja tetapi di mana si Lydia tu pun tidak tahu. Tempat ini sudahlah besar, baik aku mesej dia terlebih dahulu.

"Hailey!" Satu suara menjerit panggil dari arah kiri. "Sinilah!" 

Terus sahaja aku berpaling ke arah pemilik suara tersebut. Maka terlihatlah Lydia, Mayu, Min Hyuk, Reuben dan Faron sedang melepak di tepi sebuah pohon tinggi, membentuk bulatan kumpulan.

Aku tersenyum ke arah mereka sambil melambaikan tangan. Selepas berjaya mengenal pasti semua yang berada di situ, aku mengambil tempat di sisi kanan Lydia yang berada berdekatan dengan pokok, berhadapan dengan Faron. Lydia ni, macam tahu-tahu saja aku suka duduk dekat dengan pokok dan sengaja membiarkan kawasan itu kosong.

Mayu pula berada di sebelah kiri Lydia. Reuben dan Min Hyuk berada di pertengahan, menghadap pokok tersebut. Maka lengkaplah ahli kumpulan tahun satu kami di sini.

"Ayo, awak semua ni tak ada kelas ke? Sampai-sampai sahaja semua sudah ada di sini." Ujarku lalu menyandarkan beg yang dibawa pada pokok. Buku-buku di tangan pula diletakkan ke atas daun-daun luruh yang memenuhi lantai.

"Aku ada kelas, pukul 6:30 pagi sampai pukul 8:30 tadi. Pastu pukul 9:30 dapat mesej Lydia. Aku baru nak lepak dengan Cruz, tapi katanya benda penting. Terpaksa aku tinggalkan dia tahu tak? Nasib baik dia tak kisah." Balas Faron dengan wajah menyampah.

"Oh, Faron boleh mesej. Kenapa call saya?! Saya dalam kelas tau." Tegurku pada Lydia yang sudah mula tersengih di sebelah.

Mayu tertawa kecil sebelum merehatkan kepala di atas lututnya yang dipeluk dengan kedua belah tangan. "Lydia ni ajak kita sebenarnya bersebab. Masa saya sampai sini sebelum awak semua, dia kata nak minta ajarkan subjek Chords and Music Magic. Manalah saya nak tahu, baik tanya Reuben sahaja. Dia yang berkelebihan sama." Balasnya.

Muzika MelodiaWhere stories live. Discover now