💎79💎

4.1K 400 24
                                    

Aku menarik selimut bagi menutupi tubuh yang kesejukan. Kedudukan yang tidak selesa itu aku betulkan. Duduk di atas kerusi lama-lama, memang melenguhkan setiap anggota badan. Mengantuk tu mengantuk juga tapi bila dah tak selesa, susah nak pejam mata. Maka dengan itu, aku melentokkan kepalaku ke bahu Faron yang berada di sebelah.

"Hailey, Faron, kita dah nak sampai." Suara Min Hyuk yang duduk di bahagian hadapan mengejutkan aku. Terpisat-pisat aku membuka mata dalam suasana terang itu.

"Bangun semua!" Lydia yang berada di sebelah Min Hyuk pula bersuara riang.

Reuben berjalan dari kerusi ke kerusi persis seorang askar yang sedang mengawal. "Wake up, people! We're gonna miss the fun time if you guys late! Hari ini sahaja kita dapat jalan-jalan. Lepas ni, tak ada dah. So, bangkitlah anak muda!" Ujarnya bersemangat. Penumbuknya diangkat ke udara.

Aku mengalihkan selimut lalu meregangkan badan. Faron yang berada di sebelah turut berbuat demikian.

"Kalau rajin, pakai baju sejuk siap-siap." Pesan Justin sebelum menyarungkan baju sejuknya yang sedikit tebal pada tubuh. Beg yang diletakkan pada bahagian ruangan atas diambilnya dan dibawa turun secara perlahan-lahan.

Kami semua menuruni tangga bagi keluar dari kapal terbang. Tujuan kami terbang ke London hari ini hanyalah satu, untuk Le Musique Concurrence yang akan berlangsung dalam masa empat hari sahaja lagi di Amerika Syarikat.

Angin sejuk mencengkam tubuh sebaik sahaja kami elok mendarat di atas lantai. Jet peribadi milik keluarga Reuben tidaklah besar berbanding yang lain namun selesa buat kami bersembilan.

"Jom. Kita cari makan dulu." Ajak Reuben lalu mencapai tangan Mayu agar gadis itu berjalan di sisinya.

Kami sekumpulan berjalan di sekitar lapangan terbang tersebut sambil menarik bagasi masing-masing. Sebuah kedai bernama Pilots Bar and Kitchen menjadi sasaran kami.

Belum sempat kami melangkah masuk, bunyi seseorang menekan punat kamera kedengaran. Ada orang ambil gambar kami?

"Apakah-"

Klik! Klik! Klik!

Lampu daripada kamera dan telefon bimbit berkelip-kelip mengelilingi kami. Dah kenapa pula ni?

"Paparazzi!" Jerit Faron lalu menarik aku agar berlari bersamanya. Ahli kumpulan kami yang lain mengejar dari belakang sebelum mengelilingi aku supaya tiada satu kamera pun yang dapat mengambil gambarku.

Rasa pelik bila aku dapat perhatian ramai. Sebelum ni, aku sendiri yang bersembunyi sebab tak nak sesiapa yang kenal aku. Sungguh, aku rasa menyesal pula tunjukkan diri.

Apalah nak jadi dengan hidup aku ni.

"Tak payah makan. Kita terus ke rumah awak sajalah Reuben." Olivia memberi cadangan. Dia berpaling ke belakang seketika bagi melihat jika masih ada manusia-manusia yang sedang mengejar.

Kami semua bersetuju dengan cadangan Olivia itu. Bagi menghilangkan kehadiran kami di sini, aku menyanyi kecil sambil berharap magis halimunanku berkesan.

"Lari lagi laju, Hailey!" Faron jerit lagi seraya menarik tanganku dengan lebih kuat.

Oi, relaxlah! Aku tengah menyanyi kot!

"Okey...?" Min Hyuk bersuara pelik sambil melihat sekeliling. "Dah tak ada yang kejar kita?"

"Mereka tak nampak kita ke?" Talha pula menyoal, hairan.

Langkah kami mulai perlahan kecuali Faron yang masih terpekik-pekik kegelisahan. Rupanya sudah seperti cacing kepanasan.

"Kenapa kita berhenti? Larilah!" Arahnya tanpa sedar bahawa dia juga sudah berhenti berlari.

Muzika MelodiaWhere stories live. Discover now