💎2💎

11.2K 766 41
                                    

Sebuah kaunter yang kecil terbit di hadapan layar mata secara tiba-tiba. Adakah ini yang dikatakan magis?

"Baiklah, daftar di sini. Saya akan tunggu di hujung sana." Ujar Justin lalu meninggalkan kami dan bergerak ke hujung koridor.

Aku dan Mayu saling berpandangan sebelum memulakan tugas kami untuk mendaftar. Sebaik sahaja selesai, kami mendekati Justin.

"Sudah?"

"Sudah."

"Mari kita ke kelas." Ajak Justin sebelum memulakan langkah.

Namun, sebelum sempat kami bergerak, terdengar satu jeritan dari arah belakang. Segera kami menoleh.

"Siapa?"

"Boleh kalian tolong kami? Kami juga tersesat!" Seorang jejaka berkata dengan nafas yang termengah-mengah sementara sahabatnya yang berada di sebelah kelihatan tenang.

Anggukan diberikan Justin. "Boleh. Kalian sudah mendaftar?"

"Sudah."

"Kalau macam tu, mari ikut saya." Ajak Justin. Aku dan Mayu yang sibuk melihat kedua-dua jejaka itu memulakan langkah bagi mengikuti Justin.

Dalam perjalanan, kami berbual antara satu sama lain.

"Hello! My name is Reuben Green. Nice to meet you!" Salah seorang jejaka daripada kedua-dua jejaka itu berkata riang.

Mayu yang juga memiliki perwatakan yang sama dengannya turut memperkenalkan diri. "Konnichiwa! Watashi wa Kazue Mayu des! Yoroshiku!"

"Nama dia Kazue Mayu." Aku berkata kepada Reuben yang terpinga-pinga. Terus sahaja anggukan diberikannya.

"Awak?" Soalku kepada seorang jejaka yang bersikap tenteram dan kelihatan dingin.

Dia memandangku dengan pandangan yang redup. "Annyeounghaseyo. Nama saya Ahn Min Hyuk. Min Hyuk ibnida." Balasnya tenang.

"So, basically, sekolah ni memang untuk pelajar dari seluruh negara lah ya?" Soal Reuben yang sedikit kebingungan.

Justin membalas dengan anggukan.

Kami berjalan sehinggalah tiba di hadapan sebuah kawasan yang bertingkat namun tiada sebuah anak tangga pun kelihatan.

"Eh? Macam mana nak naik ni?" Soal Mayu, hairan.

Kami berempat yang merupakan pelajar tahun 1 ini saling berpandangan.

Justin yang berada di hadapan kami berpusing ke belakang. Senyuman nipis diberikan olehnya.

"Setiap tingkat mempunyai kelas, bilik dan makmal yang tersendiri. Jika kalian hendak naik, kalian haruslah menggunakan kelebihan kalian." Jelas Justin yang tidak lekang dengan senyumannya yang manis.

Reuben menjongketkan keningnya. "Kelebihan? Tak akanlah kami perlu main alat muzik kami di sini?"

Pada ketika itu, aku mengambil kesempatan. Sebagai seorang anak daripada keluarga pemain muzik tersohor, aku haruslah menunjukkan kehebatanku.

"C'est d'accord (Tidak mengapa). I got this." Aku berkata dengan yakin lalu memulakan gaya.

Aku mengangkat tangan kiriku. Tanda lahir yang berada pada tanganku bercahaya dan sinaran kecil mula terpancar.

Bagaikan di dalam dunia magis, sebuah tangga yang berbentuk papan piano terbentuk. Aku segera mendakinya untuk ke tingkat satu.

"Wah!" Ucap Reuben, Min Hyuk dan Mayu serentak.

"Marilah naik." Ajakku sambil membetulkan beg yang berada di bahu. Aku sudah tidak sabar untuk memasuki kelas.

Mayu berdiri di hadapan Reuben dan Min Hyuk lalu mengibas rambutnya. Tanda lahir yang berada pada bahagian lehernya kelihatan bercahaya.

Not-not dan angin yang merdu membawanya naik ke atas. Mudahnya, tidak perlu mendaki pun. Aku menoleh ke arahnya kerana terpegun.

"Saya pemain seruling jadi saya special sikit." Ujar Mayu, bangga.

Justin mendongak ke atas lalu mengangguk perlahan. Kemudian, dia berpaling semula.

"Baiklah, siapa pula?" Soal Justin yang sibuk memerhatikan jam pada tangannya.

"Saya!" Laung Reuben lalu berdiri di atas platform.

Tangannya dihayunkan bagai mempunyai tongkat sakti. Bahagian baju pada bahunya kelihatan bercahaya. Maka, di situlah tempat terletaknya tanda lahir miliknya.

Tali nipis terbentuk satu persatu bagaikan tangga. Reuben mendakinya dengan tenang.

"Wah, pemain gitar!" Kata Mayu, teruja. Dia dan Reuben menepuk tangan masing-masing.

Min Hyuk berdiri dengan wajah yang dingin. Dia tidak marah, malah tidak juga gembira. Namun, begitulah wajahnya sentiasa.

Ketukan dram kedengaran pada seluruh pelosok bangunan. Sebaik sahaja bunyi itu semakin perlahan, beberapa buah dram tersusun di hadapan platform. Min Hyuk mendakinya sambil bersiul kecil.

"Baiklah, mari kita jalan. Nanti lambat pula." Ajak Justin lalu naik ke atas menggunakan kelebihannya, biola.

"Mari!"

Muzika MelodiaDonde viven las historias. Descúbrelo ahora