💎37💎

4.9K 406 26
                                    

Suasana malam yang sunyi mendatangkan perasaan gerun kepada setiap pelajar yang pulang lewat. Bebayang di bawah cahaya yang mengelilingi jalan ke sekolah bergerak-gerak perlahan. Jikalau dilihat betul-betul, di sebalik semak yang dicantas cantik, terdapat lima bayangan hitam sedang meniti arus malam.

"Kenapa kita kena tunggu sini?" Lydia bertanya sambil menyandarkan diri pada tembok yang mengelilingi sekitar kawasan Muzika Melodia. Semak yang sedikit tinggi itu dapat menyembunyikan keberadaan mereka daripada dilihat orang.

"Berapa kali saya nak cakap, kalian ada tak yang pandai menggunakan magis halimunan?" Soalku geram. Mereka semua menggelengkan kepala.

"Jadi, kita kena tunggu Faron. Dia sahaja pelajar tahu satu yang saya tahu pandai menggunakan magis itu." Balas aku sejurus itu mendapat anggukan daripada mereka.

Mayu mendekati aku lalu ketawa kecil. "Fu fu fu, macam mana awak tahu tentang itu, Hailey?"

Sebaik sahaja Mayu bertanyakan tentang hal itu, mindaku mengimbas semula sewaktu aku termasuk ke laluan dorm lelaki kerana tidak prihatin terhadap keadaan sekeliling. Pada ketika itulah, aku menyaksikan magis tersebut.

"Saya tahulah!" Jawabku berdalih. Tidak mahu aku memandang Mayu yang tersengih bagaikan kerang busuk.

Reuben hanya ketawa melihat pergaduhan kecil kami manakala Min Hyuk pula bermasam muka. Dia berasa tidak puas hati setiap kali nama Faron dibabitkan bersama aku.

"Maaf, aku lambat." Faron tiba dengan berlari lalu melompat masuk ke belakang semak. 

"Tak apa, janji dapat masuk sekolah." Lydia berkata dan kemudian bangkit dari duduk. Dia berdiri menghadap kami semua seraya mengangkat kening. "Apa lagi? Jomlah. Nanti senior-senior kita tu tunggu."

Kami semua segera bertindak dan membetulkan posisi masing-masing. Inilah masanya untuk Faron menggunakan kelebihannya. 

Jikalau aku, sangat mudah sekiranya magis halimunan digunakan menggunakan suaraku. Tetapi untuk menggunakannya melalui piano invisible, amat sukar. Aku masih belum menguasainya lagi.

"Okey, aku nak mula dah ni. Kalian jangan jalan lambat-lambat. Nanti terkeluar daripada medan magis aku, habislah." Beritahu Faron dengan tegas. Dia berdehem perlahan.

Apabila suaranya mula bergema, kami bergerak pantas dan memanjat pagar sekolah. Aku saja guna perkataan 'panjat' kasi nampak gempak. Walhal kami sekadar menggunakan kelebihan kami sebagaimana kami selalu menggunakannya di platform.

Malangnya, Mayu, Reuben dan Lydia tidak mahir menggunakan kelebihan tersebut tanpa kewujudan platform. Benar, kelebihan itu hanya boleh digunakan apabila platform disediakan sahaja. Namun, kami pelajar handal. Melody studentlah katakan.

Min Hyuk tu aku rasa bonus baginya walau tiada cop melody student kerana dia masih boleh menggunakan kelebihannya tanpa platfom. Tetapi, hanya aku dan Faron harus bergilir membantu mereka yang lain kerana dia masih belum mempunyai tenaga yang cukup.

"Faron, jangan berhenti menyanyi. Saya tolong awak kejap." Ujarku sambil menolak Reuben untuk naik ke atas sementara Faron pula menariknya kuat. Tersekat-sekat nafasnya dapat kulihat dari bawah. Aku faham, aku juga tidak dapat mengekalkan kekuatan suara bersama magis buat masa yang lama sekiranya terdapat beban yang aku bawa.

Tiba sahaja di dalam perkarangan sekolah, kami berlari pantas bagi menuju ke Music Autumn. Kasihan pula apabila melihat Faron sedang berusaha sedaya upaya agar nyanyiannya masih berjalan lancar. Kalau dia tiba-tiba berhenti, nak tak nak aku terpaksa gunakan kelebihan aku pula.

"Guérisseur vocal." Sebutku perlahan lalu menghalakan tanganku ke arah Faron. Aku tahu yang kelebihanku ini tidaklah kuat mana tetapi aku harus berusaha. Faron yang pada mulanya sudah lelah kembali kuat semula untuk menyanyi.

Muzika MelodiaWhere stories live. Discover now