💎76💎

4.3K 429 15
                                    

"Selamat bertemu." Suara seorang pemuda yang sangat indah menyapa pendengaran apabila pandanganku jelas melihat seluruh kawasan yang berwarna putih. Tiada dinding, lantai mahupun siling. Segalanya putih.

"Duhai saudari, namamu siapa?" Soalnya lagi.

Suara dia kalau dengar, serius boleh cair. Lembut dan sangat gentle.

"Saya... Hailey Chanson." Balasku sambil memandang sekeliling. Sang pemilik suara masih belum kelihatan.

Seorang pemuda memunculkan diri secara tiba-tiba di hadapanku. Riak wajahnya tampak keliru, memandang aku dari atas sehingga ke bawah.

"Namamu Chanson?"

"Ya." Balasku yakin. Siapakah pemuda ini? Kacak sungguh.

Dia mendekatiku lalu mengelus rambutku sedikit. Kening kanannya dijongketkan sebelah tanda hairan.

"Duhai saudari, adakah kamu daripada keturunanku?" Soalnya sambil memandang wajah aku dalam-dalam. "Wajahmu persis wajahku."

Aku tersentak. Adakah dia ini... Lagenda itu?

"Tuan, Karlen Chanson?" Tanyaku pula padanya. Tangannya melepaskan rambutku pantas.

Dia mengangguk walaupun sedikit teragak-agak. Matanya yang bewarna indigo itu seperti menakung air mata.

"Jikalau kamu bertemu daku di sini... Bermakna CrystalVale sudah kembali ke tangan keluarga kita. Adakah Ochestra World berjaya diselamatkan dan dikembalikan seperti sedia kala?" Dia bertanya dengan penuh berharap. Tangannya menggenggam tanganku kemas.

Aku tersenyum manis. Dialah penyelamat kami, yang memberikan kelebihan ini buatku. 

"Ya, Ochestra World berjaya diselamatkan." Balasku tenang. "Semuanya atas bantuan kuasa tuan. Terima kasih." Sambungku lagi.

"Oh tidak, dakulah yang harus berterima kasih." Ucapnya lalu membongkok sebagai tanda hormat. Tangan kanannya diletakkan di hadapan perut manakala tangan kirinya pula diletakkan ke belakang.

Aku melakukan perkara yang sama. Dialah yang seharusnya dihormati. 

"Selepas ini, CrystalVale bakal jatuh ke tanganmu. Jagalah kerajaanku baik-baik. Sudah banyak yang kulakukan untuk membantu dunia. Daku harap, dirimu dan keluarga sejahtera sentiasa." Tuturnya dengan sopan. Senyuman pada bibirnya tidak lekang terhias manis.

"Semoga bertemu lagi wahai Hailey." Dia berkata sebelum menganggukkan kepalanya sekali.

Hanya anggukan dan senyuman mampu aku balas sebagai jawapan. Melihat keajaiban ini, tiada apa yang mampu ungkapkan dengan lebih lagi.

"Ya, semoga bertemu lagi... grand-père."

Pemuda itu melangkah jauh tanpa menoleh lagi. Sebaik sahaja langkahnya dilajukan, satu cahaya terang menyilaukan pandanganku. 

Buka mata sahaja, aku kembali berdiri di hadapan pohon yang indah tersebut. Tanganku yang memegang batang pohon itu terlepas dengan sendirinya. Serta-merta sekuntum bunga bercambah dari tempat tersebut.

"Ark!" Aku hampir menjerit akibat terkejut. Kus semangat, aku ingatkan apalah tadi.

Aku mengusap dada bagi menenangkan diri. Setelah itu, aku segera menoleh ke arah kedudukan sahabat-sahabatku namun, tiada seorang pun di sini. Sempat lagi aku mengelilingi pohon tersebut bagi mencari ahli keluargaku tetapi keputusannya tetap sama. Aku seorang sahaja yang berada di sini.

"Pelik." Gumamku sendiri. Aku mencekak pinggang sambil mengamati keadaan sekeliling.

Kepala yang tidak gatal aku garu dengan penuh rasa hairan. Bukankah aku ke sini waktu malam dan keadaan taman ini tidak terurus? Mengapa di sini... Sebaliknya pula?

Muzika MelodiaWhere stories live. Discover now