💎34💎

5K 426 22
                                    

Seminggu kemudian...

"Reuben, cepat!!" Jerit Mayu yang berdiri di hadapan dorm Reuben.

Bagaimana dia boleh memasuki bahagian dorm lelaki? Dia menyamar dengan memakai topi bagi menyorokkan rambutnya. Bagi menyembunyikan tubuhnya yang feminin, dia bertindak untuk memakai baju yang berlapis-lapis agar gaya maskulin terserlah.

"Mayu... Awak ni berani mati betul. Kalau pengawal tu nampak macam mana?" Soal Reuben yang masih membetul-betulkan rambutnya. "Boleh je kan kalau guna magis awak tu kasi nampak halimunan?" Soalnya lagi sambil mengunci pintu.

Rengusan marah Mayu berikan kepada Reuben lalu berpeluk tubuh. "Kalau saya halimunan, awak tak nampak saya. Lagipun, saya bukannya pandai guna magis tu lagi." Marahnya.

Selepas itu, dia mula berjalan laju sambil menghentakkan kaki tanda protes. Terkejar-kejar Reuben yang berada di belakangnya.

"Mayu, kejaplah." Tegur Reuben yang terkedek-kedek berlari.

Mayu membuka segala jaket yang dipakainya lalu dimasukkan ke dalam beg. Topi yang berada di atas kepalanya dibaling tepat ke atas kepala Reuben yang sedang berlari di belakang. 

"Kejap apanya? Kita nak tengok duet Hailey dengan Faron hari ini. Cepatlah!"

🎤🎤🎤🎤

Gemuruh yang aku tunggu-tunggu kini dirasai. Suara-suara pelajar baharu termasuklah yang datang bagi melihat kami membingitkan suasana. Kalau aku kena main gitar sekarang ni, sudah lama aku peluk erat-erat gitar itu. Namun, aku harus memainkan lagu di grand piano yang berada di luar sana!

Sekejap-sekejap aku intai penonton melalui langsir pentas. Sekejap-sekejap, aku mundar-mandir di belakang pentas yang sibuk ini. Apabila sudah penat, aku duduk pula di atas sebuah kontena yang penuh dengan kostum.

"Hailey, relaxlah. Kita akan dengar ucapan pengetua dululah nanti." Tegur Faron lalu mengambil tempat duduk di sebelahku.

"Saya relaxlah ni." Balasku bersemangat. Faron hanya tersenyum melihat aku.

Sebagai seorang yang berketurunan Chanson, aku haruslah berani apabila berada di hadapan pentas. Itu mesti apa yang kalian fikirkan bukan? Tetapi aku sudah lama tidak beraksi sebegini. Aku harap waktu Le Musique Concurrence nanti aku baik-baik sahaja.

Apa yang aku sudah pasti sekarang ini, Faron sudah bersedia dengan suaranya. 

Tepukan gemuruh mula kedengaran di luar sana apabila pengerusi majlis menjemput tuan pengetua untuk naik ke pentas. Sambil mendengar pengetua berucap, aku bermain dengan jari yang akan menekan papan kekunci nanti.

Secara tiba-tiba, Faron menarik kepalaku agar berehat di atas bahunya. Aku yang berasa terkejut terus mengangkat kepalaku namun dia menariknya semula.

"Kau ni, jangan degil boleh tak? Relax. Aku tahu kau nervous." Tegasnya lalu meletakkan tangannya ke atas kepalaku agar aku tidak melawan semula.

Tapi, benar apa yang dia kata. Aku memang nampak sangat tidak relax sekarang ini. Dalam kebingitan suara pengetua di mikrofon, aku dapat mendengar dia sedang bersenandung perlahan. Memang sangat menenangkan.

"FH, you'll be on stage in five minutes." Suara Puan Lily kedengaran di sebalik dinding nipis. Faron menjawab bahawa kami sudah bersedia.

Beliau panggil kami FH? Suka-suka saja bagi nama gabungan dekat orang.

Apabila kami sudah dipanggil untuk bersedia, aku meregangkan tubuhku dan jari-jemariku. Sewaktu aku memusingkan badan bagi menghilangkan sengal pinggang, aku dapat lihat seseorang sedang memerhatikan kami dari pintu belakang. Melihatkan aku tersedar dengan kehadirannya, dia segera berlari pergi.

Muzika MelodiaWhere stories live. Discover now